Kumpulan Art Square

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"GempakStarz" dilencongkan di sini.
Logo Kumpulan Art Square

Kumpulan Art Square ialah sebuah syarikat penerbitan di Malaysia. Syarikat ini merupakan syarikat yang memiliki tanda dagang Gempak Starz. Jenis-jenis penerbitan syarikat ini termasuklah majalah-majalah komik, permainan serta hiburan dan novel-novel grafik antarabangsa serta tempatan.

Kumpulan Art Aquare telah terlibat dalam bidang penerbitan di Malaysia hampir sedekad lamanya. Kini, produk terbitan Art Square bukan hanya boleh didapati di Malaysia malahan di Singapura dan Brunei.

Syarikat ini amat dedikasi untuk menerbitkan bahan bacaan inovatif bagi generasi muda di Asia. Dengan matlamat itu, Kumpulan Art Square berusaha mencipta hala tuju untuk industri komik dan hiburan tanah air. Pencapaian terbaik syarikat ini adalah apabila majalah terbitan Art Square diterima oleh para peminat komik dan para pembaca sebagai sumber rujukan berita terkini dalam bidang komik, gaya hidup dan hiburan.

Hingga kini, kumpulan Art Square telah menerbitkan banyak majalah antaranya - Gempak, Utopia, Comic King, Hype, Starz, Popcorn. Gempak dan Utopia kini mempunyai bilangan peminat yang ramai serta antara majalah yang tertinggi jualannya di pasaran Malaysia.

Senarai penerbitan[sunting | sunting sumber]

Majalah[sunting | sunting sumber]

Novel Grafik[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]