Sikorsky CH-53 Sea Stallion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
CH-53 Sea Stallion
Dua buah helikopter CH-53D Sea Stallion menghampiri zon pendaratan di Hawaii, 2004.
Peranan Helikopter kargo muatan berat
Pengeluar Sikorsky Aircraft
Penerbangan sulung YCH-53: 14 Oktober 1964
Diperkenalkan 1966
Status Aktif
Pengguna utama Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Darat Jerman
Tentera Udara Israel
Kelainan MH-53 Pave Low
CH-53E Super Stallion
Helikopter CH-53 Super Jolly Green Giant

CH-53 Sea Stallion adalah nama panggilan sejenis Helikopter paling berat buatan Sikorsky Aircraft pada asalnya dibuat untuk memenuhi keperluan Kor Marin Amerika Syarikat. Helikopter CH-53 Sea Stallion kini menjadi helikopter paling berat pernah dibuat di negara barat dan ia juga direka bentuk sebagai Model 65 dalam tahun 1960. Dalam tahun 1964, ia juga telahpun memasuki perkhidmatan dengan Kor Marin sebagai CH-53A Stallion.

Helikopter CH-53A dipesan oleh Kor Marin untuk memenuhi keperluan helikopter pengangkutan berat, dan pesawat pertama menjalankan penerbangan pada 12 Oktober 1964.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Helikopter HH-53 adalah versi yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk operasi Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR). Pada 15 Mac 1967, helikopter HH-53B Super Jolly Green Giant membuat penerbangan sulungnya di Pangkalan Udara Wright-Patterson. Setelah menjalani penilaian dengan memuaskan, helikopter ini dihantar untuk menjalani misi CSAR di Vietnam. Helikopter HH-53 "Super Jolly" sepatutnya menggantikan helikopter HH-3 Jolly Green Giant dalam peranan CSAR.

HH-53 "Super Jolly" boleh terbang dengan lebih laju berbanding SH-3 Sea King dan mempunyai berat pelepasan hampir 3 kali berat pelepasan HH-3. Helikopter HH-53 "Super Jolly" juga lebih berkuasa membolehkan ia dipasangkan dengan pertahanan armor dan persenjataan yang lebih berat, dan boleh terkatung-katung dengan lebih upaya khususnya di tempat dan di paras tinggi.

Helikopter HH-53 Super Jolly menjadi helikopter utama digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat tempur CSAR semasa Perang Vietnam menggantikan helikopter SH-3 Sea King. Helikopter ini juga digunakan untuk melaksanakan misi-misi peperangan khas seperti penyusupan masuk anggota-anggota pasukan khas ke kawasan operasi. HH-53 Super Jolly digunakan untuk menyusup masuk pasukan komando semasa serangan ke atas penjara Son Tay dalam tahun 1970 dalam percubaan untuk membebaskan tahanan perang Amerika di penjara tersebut.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

  1. CH-53A - versi awal dibuat untuk Kor Marin sebanyak 139 unit
  2. RH-53A – helikopter pemusnah periuk api, 15 unit dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat
  3. TH-53A – Helikopter untuk latihan juru terbang
  4. HH-53B – Super Jolly Green Giant untuk Tentera Udara Amerika Syarikat khususnya untuk menjalankan operasi CSAR.
  5. CH-53C - Helikopter angkut berat untuk Tentera Udara Amerika Syarikat, 22 unit dibina.
  6. HH-53C - "Super Jolly Green Giant", helikopter HH-53B yang dinaik taraf untuk Tentera Udara Amerika Syarikat
  7. S-65C-2 (S-65o) – versi eksport ke Austria dan Israel
  8. S-65-C3 - versi eksport ke Israel
  9. CH-53D - CH-53A dengan sistem gear yang lebih baik, 124 unit dibina
  10. RH-53D – versi pemusnah periuk api yang ditambah baik
  11. VH-53D – 2 buah CH-53Ds untuk kegunaan VIP Kor Marin
  12. CH-53G - 110 unit binaan VFW untuk Tentera Jerman
  13. YHH-53H – prototaip Pave Low I
  14. HH-53H – helikopter penyusupan Pave Low III
  15. MH-53H – penamaan semula HH-53H
  16. MH-53E – Untuk eksport ke Jepun
  17. MH-53J – helikopter "Pave Low III", HH-53B, HH-53C,
  18. CH-53K – Penggantian CH-53E Kor Marin
  19. MH-53M – Versi "Pave Low IV" IDAS/MATT
  20. CH-53D Yas'ur 2000 - CH-53D yang dinaik taraf dan diperbaiki oleh IAI

Pengendali[sunting | sunting sumber]

A S-65C Yas'ur Tentera Udara Israel
 Jerman
 Iran
 Israel
 Mexico

Bekas pengendali[sunting | sunting sumber]

S-65Ö Tentera Udara Austria parking di RAF Greenham Common pada 1974
 Austria
 Jerman
 Amerika Syarikat

Spesifikasi (CH-53D)[sunting | sunting sumber]

Helikopter CH-53 dari HMH-462 mendarat di pangkalan sokongan tembakan di atas gunung. Pangkalan ini sedang dibina oleh anggota tentera dari Divisyen Marin ke-3, A.S.

Data dari Deagel.com,[7] sejarah Tentera Laut A.S,[8] dan Fail fakta Tentera Laut A.S[9]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 juruterbang, 1 atau lebih ketua krew
  • Kapasiti: 37 anggota tentera (55 dalam konfigurasi lain) atau 24 buah pengusung
  • Panjang: 88 kaki 6 in (26.97 m)
  • Diameter rotor: 72 kaki 2.7 in (22.01 m)
  • Tinggi: 24 kaki 11 in (7.6 m)
  • Berat kosong: 23,628 lb (10,740 kg)
  • Berat berisi: 33,500 lb (15,227 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 42,000 lb (19,100 kg)
  • Loji kuasa:General Electric T64-GE-413 turboshaft, 3,925 shp (2,927 kW) setiap satu
  • Lebar (pangkal sayap): 28 kaki 4 in (8.64 m)
  • Lebar (fiuslaj): 15 kaki 6 in (4.7 m)
  • Sistem rotor: 6 bilah pada rotor utama

Prestasi

Persenjataan

  • Dua mesingan .50 BMG XM218 dipasang pada pintu. Terdapat juga mesingan .50 BMG GAU-21 yang dipasang pada tanjakan.
  • Helikopter CH-53G Jerman boleh dipasang dengan dua buah mesingan 7.62 mm MG3 pada pintu sisi, yang mana akan digantikan dengan dua buah mesingan .50 BMG M3M/GAU-21 pada pintu sisi dan satu pada tanjakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "World Air Forces 2014" (PDF). Flightglobal Insight. 2014. Dicapai pada 19 May 2014.
  2. ^ "World's Air Forces - 1981". flightglobal.com. Dicapai pada 19 May 2014.
  3. ^ "Heer und Luftwaffe tauschen Hubschrauber". Flugrevue. 14 December 2012. Dicapai pada 17 January 2013.
  4. ^ Ray, Roland (11 January 2013), "Bundeswehr: 1200 Dienstposten bleiben in Laupheim", Schwäbische Zeitung (dalam bahasa German), dicapai pada 23 March 2013CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aero-news.net tidak disediakan
  6. ^ "RH-53D Sea Stallion". airvictorymuseum.com. Dicapai pada 26 July 2013.
  7. ^ CH-53D Sea Stallion, Deagel.com, accessed 2007-03-10.
  8. ^ CH-53A/D/E Sea Stallion and MH-53E Sea Dragon, US Navy.
  9. ^ CH-53D Fact File, US Navy, 17 May 1999.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]