Cinta Fitri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cinta Fitri
Cintafitri
FormatDrama
PenciptaMD Entertainment
Ditulis olehSabrina Firdaus
(season 1)
Hilman Hariwijaya
(season 2 - season 3)
Lintang Wardani
(season 4 - pertengahan season 7)
Team MD Entertainment
(akhir season 7)
PengarahH. Encep Masduki
Dibintangi oleh
Shireen Sungkar
Teuku Wisnu
Adly Fairuz
Donita
Verlita Evelyn
Iqbal Pakula
Dinda Kanyadewi
Sandy Syarief
Irene Librawati
Nuri Maulida
Lian Firman
Meidiana Hutomo
Lagu pembukaanAtas Nama Cinta, Rossa
(Season 1 - pertengahan Season 5)
Cinta Kita, Shireen Sungkar Feat. Teuku Wisnu
(Season 5 - Season 7)
Lagu penutupAtas Nama Cinta, Rossa
(Season 1 - pertengahan Season 5)
Cinta Kita, Shireen Sungkar Feat. Teuku Wisnu
(Season 5 - Season 7)
Negara asalIndonesia Indonesia (2007-2011)
Malaysia Malaysia (2011-2016)
Singapura Singapura (2008-2014)
Brunei Brunei (2007-2011)
Bilangan musim7 Musim
Bilangan episodSeason 1: 200 Episod
Season 2: 168 Episod
Season 3: 150 Episod
Season 4: 115 Episod
Season 5: 144 Episod
Season 6: 116 Episod
Season 7: 109 Episod (jumlah semuanya 1002 episod) (hingga season 7)
Penerbitan
PenerbitDhamoo Punjabi
Manoj Punjabi
Tempoh siaran60 - 90 minit
Penyiaran
Saluran asalSiaran Dahulu :
SCTV
(Season 1 - Season 6)
Siaran Sekarang :
Indosiar
(Season 7)
Siaran Ulang :
MNCTV
(Season 1)
RCTI
(Season 2, Season 5 - Season 7)
Global TV
(Season 3)
SINDOtv
(Season 4)
Julung kali ditayangkan di
2 April 2007 (2007-04-02)
Siaran asalIsnin, 2 April 2007 - Ahad, 8 Mei 2011
StatusTamat

Cinta Fitri merupakan sebuah drama lipur lara yang diproduksi oleh MD Entertainment dan ditayangkan oleh SCTV stesyen televisyan swasta pertama di Indonesia, kemudian berpindah ke stesyen Indosiar dengan lagu tema yang berjudul Atas Nama Cinta yang dipopularkan oleh Rossa yang kemudian diganti lagu tema dengan liriknya yang diambil berjudul Cinta Kita yang dipopularkan oleh Shireen Sungkar Feat. Teuku Wisnu. Selama ini, Cinta Fitri berjaya menjadi drama lipur lara Indonesia yang terlama ditayang di televisyen, dengan 7 musim dan sebanyak 1002 episod yang ditayangkan di televisyen selama 5 tahun, mengalahkan Tersanjung (1998-2005) syarikat produksi Multivision Plus dengan 7 musim dan 370 episod. Cinta Fitri sedang ditayangkan di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei di RCTI, MNCTV, Global TV dan SINDOtv di Indonesia, TV9, TV3, Astro Prima dan Astro Ria (Malaysia), MediaCorp Channel 5 (Singapura) serta Brunai International (Brunei).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Catatan: pelakon-pelakon berikut adalah mereka yang benar-benar watak penting dalam Cinta Fitri, mulai dari Season 1 hingga Season 7. Beberapa pelakon pembantu mungkin tidak disebutkan kerana peranan yang dimainkan tidak terlalu mempengaruhi jalan cerita.

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon berikut adalah tunjang utama bagi alur drama lipur lara ini.

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon berikut masih bermain hingga awal musim 7.

Pelakon musim 1 - Awal musim 7[sunting | sunting sumber]

Pelakon berikut telah bermain dari, mahupun hanya dalam musim 1 hingga akhir musim 7.

Siaran Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

(AKAN DIUBAH KE BAHASA MELAYU)
Negara Program Siri Program Siri Bermusim Saluran Televisyen Rangkaian Televisyen Musim Bermula Musim Tamat Status Tersedia
 Indonesia Cinta Fitri
(Indonesia)
Cinta Fitri 1-6 SCTV
(subsidiary of Surya Citra Media)
Salim Group
(subsidiary of Elang Mahkota Teknologi)
2 April 2007 (2007-04-02) November 28, 2010 (2010-11-28) Secara Langsung Kebangsaan
Cinta Fitri 7 Indosiar
(subsidiary of Cakrawala Indosiar Karya Media)
12 Januari 2011 (2011-01-12) Mei 8, 2011 (2011-05-08)
Cinta Fitri 1 MNCTV Media Nusantara Citra
(subsidiary of Global Mediacom)
1 Januari 2012 (2012-01-01) Mac 31, 2012 (2012-03-31) Ulangan
Cinta Fitri 2 RCTI & MNC International 1 April 2012 (2012-04-01) Ogos 18, 2012 (2012-08-18)
Cinta Fitri 5-7 19 September 2012 (2012-09-19) Disember 31, 2012 (2012-12-31)
Cinta Fitri 3 Global TV 1 April 2012 (2012-04-01) Ogos 18, 2012 (2012-08-18)
Cinta Fitri 4 SINDOtv 1 April 2012 (2012-04-01) Ogos 18, 2012 (2012-08-18)
 Malaysia Cinta Fitri
(Malaysia)
Cinta Fitri 1 TV9 Sistem Televisyen Malaysia Berhad
(subsidiary of Media Prima Berhad)
9 Mei 2011 (2011-05-09) Disember 31, 2011 (2011-12-31) Antarabangsa
Cinta Fitri 2 TV3 1 April 2012 (2012-04-01) (TIDAK TAYANG) September 18, 2012 (2012-09-18)
Cinta Fitri 5-7 19 September 2012 (2012-09-19) Disember 31, 2012 (2012-12-31)
Cinta Fitri 3 Astro Prima atau Astro Ria Astro
(subsidiary of Astro Holdings Sdn Bhd)
1 Oktober 2012 (2012-10-01) Disember 31, 2012 (2012-12-31)
Cinta Fitri 4 Astro Pelangi atau Astro Bintang
 Singapura Cinta Fitri
(Singapore)
Cinta Fitri 1 MediaCorp TV12 Suria MediaCorp TV12
(subsidiary of MediaCorp)
1 Januari 2008 (2008-01-01) Ogos 7, 2008 (2008-08-07)
Cinta Fitri 2 MediaCorp TV Channel 5 & MediaCorp TV HD5 MediaCorp TV
(subsidiary of MediaCorp)
1 April 2012 (2012-04-01) September 18, 2012 (2012-09-18)
Cinta Fitri 5-7 19 September 2012 (2012-09-19) Disember 31, 2012 (2012-12-31)
Cinta Fitri 3 Sensasi StarHub TV
(subsidiary of StarHub)
1 Januari 2010 (2010-01-01) Julai 9, 2010 (2010-07-09)
Cinta Fitri 4 Astro Aruna mio TV
(subsidiary of SingTel)
11 Ogos 2010 (2010-08-11) November 28, 2010 (2010-11-28)
 Brunei Cinta Fitri
(Brunei)
Cinta Fitri 1 RTB1 National (News) Radio Televisyen Brunei 2 April 2007 (2007-04-02) November 5, 2007 (2007-11-05)
Cinta Fitri 2 RTB4 International (Satellite) 8 Ogos 2008 (2008-08-08) Ogos 23, 2008 (2008-08-23)
Cinta Fitri 5-7 11 Januari 2010 (2010-01-11) Mei 8, 2011 (2011-05-08)
Cinta Fitri 3 RTB2 National (Entertainment) 12 November 2008 (2008-11-12) April 12, 2009 (2009-04-12)
Cinta Fitri 4 20 Julai 2009 (2009-07-20) November 15, 2009 (2009-11-15)

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri sempat menjadi Drama lipur lara dengan kedudukan tertinggi. Di tahun 2007, Cinta Fitri memegang kedudukan tertinggi kedua setelah Drama lipur lara Intan. Di tahun 2008, Cinta Fitri musim 2 mendapat tempat ke-empat, setelah Upik Abu dan Laura, Chelsea dan Cucu Menantu. Di tahun 2009, Cinta Fitri musim 3 merupakan Drama lipur lara tempat tertinggi ini dan belum ada Drama lipur lara lain yang dapat menandinginya.

Cinta Fitri menjadi Drama lipur lara kebanggaan SCTV kerana jalan ceritanya yang padat, menarik, dan tidak menduga apa lanjutan ceritanya. Ini juga menjadi kunci keberjayaan Drama lipur lara Cinta Fitri sehingga boleh bertahan sehingga musim 7 dengan tayangan selama 5 tahun dari 2007 hingga 2011 dan walaupun setelah Cinta Fitri musim Ramadhan selesai tayang beberapa orang mulai mengkritik jalan cerita Cinta Fitri yang terlihat semakin dibuat-buat dan tidak sebaik jalan cerita season-musim sebelumnya , kenyataannya Cinta Fitri musim 5 justru lebih banyak mendapat pujian dan dalam sekejap menduduki rating tertinggi . Ini menandakan bahwa Cinta Fitri memang masih digemari oleh masyarkat Indonesia. Bahkan, Cinta Fitri kini sudah memasuki musim ke-7 pada tahun 2011 yang sudah tamat ditayangkan.

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri musim 1
Bilangan episod200 episod
Penerbitan
Tempoh siaran60 - 90 minit (8.00 - 9.00 / 9.30 Malam)
Penyiaran
Saluran asalSCTV
  • Siaran Negara Lain: TV9 (Malaysia) & MNCTV (Indonesia) (2011)
Siaran asalIsnin, 2 April 2007 – Isnin, 5 November 2007
Kronologi
Diikuti olehCinta Fitri musim 2

Fitri adalah seorang gadis kampung yang lucu, norak, ceria dan baik hati. Fitri tidak pernah mempunyai prasangka buruk kepada orang lain. Fitri berasal dari kampung Wonogiri dan hanya hidup dengan mak ciknya, kerana ibu bapa kandungnya sudah lama meninggal dunia.

Menjelang hari pernikahannya dengan Firman, Fitri datang ke Jakarta untuk bertemu dengan keluarga calon suaminya. Namun alangkah terkejutnya dia ketika sampai di Jakarta, bukan pernikahan yang ia temui, melainkan pemakaman Firman. Selesai pemakaman Firman, Fitri yang malu kerana menumpang di rumah calon suaminya yang sudah almarhum itu dan berpura-pura hendak pulang ke kampung. Tetapi sebenarnya Fitri mahu tetap tinggal di Jakarta untuk meraih impiannya, dan juga tidak mahu membuat penjaganya kecewa. Malangnya, ketika sampai di terminal bas dompetnya dicuri sehingga semua wangnya habis.

Fitri cuba bekerja di sebuah warung nasi soto milik Maya, yang ternyata adalah anak pertama dari keluarga Pak Hutama yang kaya raya, yang dihalau dari keluarganya kerana menikah dengan Bram, seorang lelaki miskin dan oportunis.

Moza adalah anak dari almarhum sahabat baik Hutama. Kerana itulah Moza dijodohkan untuk menjadi isteri Farrel suatu masa nanti. Padahal cinta Farrel terkubur setelah kekasihnya, Mischa pergi meninggalkannya untuk belajar di luar negara. Sepanjang hubungan Farrel-Fitri, Moza selalu hadir sebagai pengganggu. Tetapi Farrel tidak peduli ketika Hutama mengancamnya untuk memilih Fitri atau warisan syarikat.

Farrel berjaya mengatasi Moza. Tetapi keadaan semakin runsing dengan kedatangan bekas kekasihnya, Mischa, yang membuat hati Farrel kembali ragu. Tetapi cinta membuktikan kekuatannya. Pada akhirnya, Farrel dan Fitri menjadi pasangan yang sangat membuat iri bagi siapa pun yang melihatnya.

Pada akhirnya, Pak Hutama merestui pernikahan Farrel dan Fitri, meskipun ibu dari Lia, isteri Pak Hutama, tidak setuju. Namun sebelum hari pernikahan, Fitri pulang ke kampungnya untuk bertemu Bu Liknya. Tetapi sewaktu sedang telefon Farrel di jambatan menuju ke rumahnya, ia terjatuh dari jambatan.

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri musim 2
Bilangan episod168 episod
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit (8.00 - 9.30 Malam (hingga pertengahan season) 9.00 - 10.30 Malam)
Penyiaran
Saluran asalSCTV
  • Siaran Negara Lain : TV3 (Malaysia) & RCTI (Indonesia) (2012)
Siaran asalSabtu, 8 March 2008 – Sabtu, 23 Ogos 2008
Kronologi
MengikutiCinta Fitri musim 1
Diikuti olehCinta Fitri musim 3

Setelah Fitri terjatuh dari jambatan di Wongiri, Farrel dan keluarga panik. Bu Lik dan Rini juga kalut. Tetapi untunglah Fitri selamat kerana dijumpai orang-orang kampung. Rancangan pernihakan pun dilangsungkan dengan bahagia. Tetapi kerana masih tinggal bersama, konflik mertua-menantu otomatis muncul. Fitri dan Lia sering terlibat konflik akibat Oma selalu memanas-manaskan Lia. Konflik Aldo-Kayla tidak kalah memanas, Aldo dianggap terlalu sibuk menjaga ibu bapanya dan Norman. Kehidupan rumah tangga Maya dan Bram juga tak menemukan jalan keluar yang baik. Keputusan mereka bekerja dalam satu pejabat yakni syarikat properti milik Emil, jadi bumerang. Pasalnya, Maya dan Bram merahasiakan status mereka sebagai suami isteri. Sehingga Emil yang tidak mengetahui hal itu, malah naksir Maya.

Lain lagi kisah Moza. Vino, partner kerja baru di Retro yang belagu, membuat Moza sebal. Vino mempunyai alasan. Sikap sinisnya pada wanita lahir gara-gara masa lalunya yang buruk soal asmara. Kedua-duanya sering bergaduh. Banyak yang menduga Vino bakal jadian dengan Moza. Tapi nasib berkata beza. Moza malah berjodoh dengan Aldo. Norman dan Yuga tinggal berdua di rumah sewa. Yuga bahagia bertemu kembali dengan Nabila yang kini jadi ibu guru di sekolahnya.

Musim 3[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri musim 3
Bilangan episod150 episod
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit (8.00 - 9.30 Malam)
Penyiaran
Saluran asalSCTV
Siaran asalRabu, 12 November 2008 – Ahad(Minggu), 12 April 2009
Kronologi
MengikutiCinta Fitri musim 2
Diikuti olehCinta Fitri musim 4(musim Ramadhan)

Disaat Fitri positif hamil, Farrel dimasukkan ke penjara dengan tuduhan telah membunuh Bram. Hutama dan Lia kalut, kecuali Maya, yang memang menuntut hal ini. Akhirnya Farrel bebas, namun Mischa terus memanaskan Maya untuk mengambil warisan Hutama dengan alasan untuk Alif. Hasutannya berjaya membuat Maya menguasai harta ayahnya. Hal ini membuat Hutama, Lia, dan Oma semakin tidak tenang. Mereka pindah ke rumah sewa milik Fitri-Farrel dan menemukan kebahagiaan di sana. Diluar dugaan, Kayla koma ketika melakukan donor sum-sum untuk Finza. Hadi berubah sengit pada Aldo dan Moza yang telah menikah. Perang dingin diantara keduanya pun tidak terelakkan lagi.

Suatu hari Fitri terkejut melihat sosok Bram di tempat umum. Semua menganggap Fitri hanya berhalusinasi. Menghilangnya Bram menggiring Mischa menemukan partner baru untuk menggempur kebahagiaan Fitri-Farrel, yakni Faiz yang mengaku putera kandung Hutama yang sesungguhnya, bukan Farrel. Seluruh keluarga Hutama terpukul.

Musim 4 (musim Ramadhan)[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri musim 4
(Cinta Fitri musim Ramadan)
Bilangan episod115 episod (8.30 - 10.00 Malam)
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit
Penyiaran
Saluran asalSCTV
Siaran asalIsnin, 20 Julai 2009 – Ahad(Minggu), 15 November 2009
Kronologi
MengikutiCinta Fitri musim 3
Diikuti olehCinta Fitri musim 5

Melalui perjuangan panjang, putera yang dinanti-nantikan oleh Farrel dan Fitri akhirnya lahir dengan selamat. Farrel meminta Bu Lia memberikan nama untuk anak mereka. Alasannya Bu Lia adalah ibu yang sangat dicintai dan dihormatinya. Dalam keharuan luar biasa, Bu Lia menamai bayi itu Raffa Emeraldi Hutama.

Bu Lia mengingatkan Farrel tentang amanah Hutama sebelum meninggal, untuk menjaga keluarga dan Retro dari apapun juga. Farrel dan Fitri tidak boleh menolak. Mischa dan Faiz terkejut dengan kepulangan Farrel, Fitri, dan Oma ke rumah. Apalagi Bu Lia meminta Farrel kembali bekerja di Retro.

Sementara itu Bram yang selalu merasa diremehkan oleh Mischa dan Faiz berjaya menemukan kaset CCTV ketika Pak Hutama meninggal dunia di Retro. Bram terkejut mengetahui pembunuh sebenarnya adalah Mischa dan Faiz. Namun Bram yang oportunis, bukannya membongkar kedok Mischa dan Faiz malahan memeras mereka demi keuntungannya sendiri. Di lain tempat, Aldo kehilangan Moza yang diculik Tristan pada saat mereka berpindah ke villa. Lewat perjalanan panjang, akhirnya Aldo berhasil menemukan Moza. Namun Moza ternyata sudah menjadi isteri Tristan.

Bagaimanakah usaha Farrel dan Fitri membongkar kedok Mischa dan Faiz? Adakah Mischa dan Faiz akan membiarkan Farrel, Fitri, dan Raffa hidup bahagia? Apakah yang sebenarnya terjadi dengan Aldo dan Moza? Bagaimana pula dengan hubungan Maya dan Bram?

Musim 5[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri musim 5
Bilangan episod144 episod
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit (8.30 - 10.00 Malam)
Penyiaran
Saluran asalSCTV
  • Siaran Negara Lain : TV3 (Malaysia) & RCTI (Indonesia) (2014-2015)
Siaran asalIsnin, 11 Januari 2010 – Khamis, 3 Jun 2010
Kronologi
MengikutiCinta Fitri musim 4(musim Ramadhan)
Diikuti olehCinta Fitri musim 6

Musim 5 dibuka dengan kisah Lia yang terlibat dalam runtuhan hotel setelah gempa bumi yang hebat melanda Yogyakarta. Kejadian nahas itu bertepatan dengan terbongkarnya rahsia bahawa Faiz bukan anak kandungnya. Lia dalam keadaan terluka parah, antara hidup atau mati. Mischa dan Faiz yang ketakutan memanfaatkan situasi kejadian tersebut untuk melarikan diri.

Farrel gelisah luar biasa begitu Lia selesai bercakap dan menutup telefon dari seberang sana. Suatu perasaan tidak menyenangkan menyergap dihatinya. Dan itu benar, kerana tidak lama setelah itu Farrel mendapat khabar Yogyakarta dilanda gempa. Farrel jadi cemas dan panik. Apalagi ibunya tidak dapat dihubungi. Ia secepat kilat memutuskan untuk berangkat ke Yogyakarta. Firasatnya mengatakan Lia dalam keadaan bahaya, perlu pertolongan.

Oma sampai terkejut dan dibawa ke hospital selepas mendengar khabar Yogyakarta dilanda gempa dan Lia terlibat dalam kejadian kebangsaan itu. Seluruh keluarga menangis dan terus berdoa untuk keselamatan Lia dan Oma.

Sementara itu, Mischa terus berusaha mencari tahu, memastikan keadaan Lia. Dia berharap Lia meninggal. Meskipun Faiz sudah meminta, bahkan memaksanya untuk lari, Mischa tidak akan meninggalkan Yogyakarta sebelum betul-betul yakin Lia memang sudah meninggal.

Farrel tiba di Yogyakarta, dan dengan susah payah akhirnya ia menemukan jenazah yang mirip Lia. Tepat pada waktu itu, Faiz melihatnya dan mengira bahawa jenazah yang dilihat Farrel adalah jenazah Lia. Faiz pun buru-buru memberitahu Mischa. Mischa girang bukan main dan akhirnya setuju untuk pulang ke Jakarta.

Mischa dan Faiz ternyata salah. Jenazah itu bukan Lia. Allah Maha Besar. Lia ternyata masih hidup, bertahan di tengah puing-puing hotel. Farrel pun akhirnya berhasil menyelamatkan Lia. Namun Faiz dan Mischa yang tidak menyedari kekeliruan ini, terkejut melihat Farrel berjaya membawa Lia pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sesampainya di Jakarta, keadaan Lia menurun dan berubah koma. Kenyataan Mischa berbohong soal Faiz yang harusnya diungkapkan malah tidak terjadi. Mischa tidak berdiam diri. Ia berusaha menghabiskan Lia di hospital. Ketika usaha Mischa hampir berjaya, tiba-tiba Lia sedar dari komanya. Mischa amat sangat ketakutan dan mencuba untuk melepaskan diri, tapi ia malah tertangkap.

Farrel meledak marah setelah mendengar cerita dari Lia. Mischa dan Faiz akhirnya ditangkap polis. Sidang dilakukan, Mischa dan Faiz didakwa dalam kes penipuan, percobaan pembunuhan, dan pembunuhan berancangan.

Musim 6[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri musim 6
Bilangan episod116 episod
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit (8.30 - 10.00 Malam)
Penyiaran
Saluran asalSCTV
  • Siaran Negara Lain : TV3 (Malaysia) & RCTI (Indonesia) (2015-2016)
Siaran asalRabu, 4 Ogos 2010 – Ahad(Minggu), 28 November 2010
Kronologi
MengikutiCinta Fitri musim 5
Diikuti olehCinta Fitri musim 7

Setelah Mischa tidak sengaja ditikam, Fitri membawanya ke hospital dengan ambulance. Farrel terus mengejar Handoko, tetapi dia berjaya melarikan diri. Mischa dalam keadaan kritikal, namun Fitri malah menunggui Mischa di sana.

Ketika Oma dan Lia kembali ke rumah, tanpa mereka duga, Handoko ternyata sudah ada di sana, menyandera Raffa dan berniat menghabiskan semua. Lia, Oma, dan Bulik berkonfrontasi langsung dengan Handoko. Untungnya, Lia sempat mengkhabarkan keadaan ini ke Farrel. Farrel bersama polis datang mengepung Handoko. Handoko lari, tetapi Farrel berjaya mengejar dan akhirnya Handoko mengakui semua perbuatannya, sebelum terpeleset jatuh dan meninggal.

Sementara itu, Mischa mulai membaik. Setelah sedar, bukannya berterima kasih, dia malah membuka konfrontasi baru dengan Fitri dan seluruh keluarga Hutama dengan berusaha membawa Farrel keluar dari rumah dan lingkungan keluarga Hutama. Keluarga langsung kesal dibuatnya. Bahkan Lia jadi stress dan akhirnya jatuh sakit. Di tengah keadaan yang menjadi semakin tegang kerana Mischa berjaya menguasai Farrel, kesihatan Lia semakin memburuk dan Lia akhirnya meninggal dunia.

Apa yang akan terjadi kali ini? Dengan keadaan dirinya yang hamil serta di tengah keadaan keluarga Hutama yang kehilangan Lia dan yang lain terpecah belah; Maya yang berjanji akan menikahi Hartawan setelah bercerai tapi mulai merasakan cinta lagi pada Bram, Kayla yang sakit parah dan mulai merasa tidak berguna, dan bahkan Aldo pun sedang tidak boleh membantu Farrel dan Fitri dengan keadaan ancaman kesihatan puterinya, Aliza, bila ia tak mahu menceraikan Mozza dan menikahi Angel. Ikuti terus kisahnya di Cinta Fitri musim 6!

Musim 7[sunting | sunting sumber]

Cinta Fitri musim 7
Bilangan episod109 episod (Cinta Fitri Tamat)
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit (8.00 - 9.00 Malam)(Ditukar pada pukul 9.00 - 10.00 malam)
Penyiaran
Saluran asalIndosiar
  • Siaran Negara Lain : TV3 (Malaysia) & RCTI (Indonesia) (2016)
Siaran asalIsnin, 17 Januari 2011 – Ahad, 8 Mei 2011
Kronologi
MengikutiCinta Fitri musim 6

Oma kini telah tiada. Di tengah kedukaan keluarga Hutama, Mischa – yang semakin berdendam kepada keluarga Hutama – muncul kembali. Ia yang telah membuat dirinya sendiri menjadi cacat (wajahnya terbakar separuh kerana kemalangan) merasa perlu melampiaskan kemarahannya pada Fitri dan Farrel. Maka Mischa pun membuat rancangan untuk menculik Raffa.

Keluarga Hutama yang sekarang sudah bersatu kembali, setelah Farrel pulih dari lumpuhnya, menjadi risau, terutama kerana Mischa ternyata sempat berjaya masuk kembali ke dalam rumah keluarga Hutama. Fitri tidak mahu mengambil risiko. Ia akhirnya menyetujui usulan Lia Hutama untuk membawa dan menyembunyikan Raffa keluar dari rumah itu.

Rancangan untuk menyembunyikan Raffa pun mulai diperhitungkan. Namun Mischa ternyata diam-diam terus mengawasi keluarga Hutama, sehingga rancangan itu pun akhirnya tercium oleh Mischa. Meskipun keluarga Hutama sudah menghubungi polis untuk melindungi keluarga Hutama dan mengejar Mischa, tapi Mischa yang sekarang begitu licik. Ia tetap boleh menghindar dari kejaran polis dan diam-diam mengikuti Fitri.

Dan ketika Fitri lengah, Mischa pun akhirnya berjaya merebut Raffa dari pelukan Fitri. Mischa membawa pergi Raffa…

Sementara itu, Kayla semakin mendesak Hadi untuk segera menikahi Rita, terutama kerana keadaannya yang semakin lama semakin memburuk. Abel yang tadinya merasa keberatan, akhirnya mengetahui keadaan Kayla dan menyetujui pernikahan Hadi dengan Rita. Namun keajaiban kemudian terjadi. Setelah Rita menikah dengan Hadi, keadaan kesihatan Kayla berangsur-angsur pulih.

Sedangkan Aldo, usahanya ternyata semakin lama semakin membaik. Keberjayaannya mengatasi syarikat yang lain. Otomatis keluarga Aldo jadi bergelimangan harta. Namun hal itu malah merubah Mozza. Mozza menjadi lebih gengsian, terutama dalam hal mendidik Aliza. Ia jadi sangat memanjakan Aliza.

Apakah yang akan terjadi selanjutnya? Adakah Farrel dapat kembali merebut Raffa dari cengkeraman Mischa? Bagaimana Kayla menghadapi Rita sebagai madunya, sementara dirinya semakin lama menjadi semakin sihat? Dan bagaimana tanggapan keluarga Pak Iman melihat perubahan sikap Mozza? Saksikan kelanjutan ceritanya di Cinta Fitri musim 7 hanya di Indosiar.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Award Kategori Drama Hasil
2007 SCTV Awards Pelakon Lelaki Ngetop Teuku Wisnu Menang
Pelakon Wanita Ngetop Shireen Sungkar Dicalonkan
2008 SCTV Awards Program Ngetop Cinta Fitri Season 2 Menang
Pelakon Lelaki Ngetop Teuku Wisnu Menang
Pelakon Wanita Ngetop Shireen Sungkar Menang
2009 SCTV Awards Program Ngetop Cinta Fitri Season 3 Menang
Pelakon Lelaki Ngetop Teuku Wisnu Menang
Pelakon Wanita Ngetop Shireen Sungkar Menang
Pelakon Lelaki Pendamping Ngetop Adly Fairuz Menang
Pelakon Wanita Pendamping Ngetop Dinda Kanyadewi Menang
Panasonic Awards Drama Siri Terfavorit Cinta Fitri Season 3 Menang
Pelakon Lelaki Terfavorit Teuku Wisnu Menang
Pelakon Wanita Terfavorit Shireen Sungkar Menang
2010 Panasonic Gobel Awards Drama Siri Terfavorit Cinta Fitri Season 5 Menang
Pelakon Lelaki Terfavorit Teuku Wisnu Dicalonkan
Pelakon Wanita Terfavorit Shireen Sungkar Dicalonkan
SCTV Awards Program Ngetop Cinta Fitri Season 6 Menang
Pelakon Lelaki Ngetop Teuku Wisnu Menang
Pelakon Wanita Ngetop Shireen Sungkar Menang
Pelakon Lelaki Pendamping Ngetop Adly Fairuz Menang
Pelakon Wanita Pendamping Ngetop Dinda Kanyadewi Menang
2011 Panasonic Gobel Awards Drama Siri Terfavorit Cinta Fitri Season 7 Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terfavorit Teuku Wisnu Dicalonkan
Pelakon Wanita Terfavorit Shireen Sungkar Dicalonkan

Trivia[sunting | sunting sumber]

Trivia Cinta Fitri di  Indonesia[sunting | sunting sumber]

  • Dari awal season 1 hingga season 5, rating Cinta Fitri berada ditahap teratas dan terbaik. Namun di season 6, mulai mengalami penurunan, disebabkan alur cerita yang tidak berkembang.
  • Di tahun 2007, Cinta Fitri memegang rating tertinggi kedua setelah sinetron Intan.
  • Setelah musim 3 berakhir, untuk memenuhi permintaan para peminat Drama lipur lara terpanjang di Indonesia ini, pertama mulai sejak hari Jumaat, 1 Mei 2009 SCTV menayangkan kembali Cinta Fitri musim 3 (rerun) setiap hari mulai pukul 10.00 WIB selama 2 jam penuh, namun baru berjalan lebih kurang 1-2 minggu, program ini dihentikan.
  • Cinta Fitri musim 4 (disebut juga musim Ramadan) semula direncanakan untuk tayang mulai tanggal Khamis, 9 Julai 2009, namun kerana salah satu pelakon utama, Dinda Kanyadewi mengalami kecederaan musim terbaru ini diundur selama 2 minggu dan mulai tayang pada hari Isnin, 20 Julai 2009 setiap hari pukul 20.00 WIB.
  • Cinta Fitri musim 5 yang ditayangkan mulai sejak hari Isnin, 11 Januari 2010, setiap hari pukul 20.30 WIB sudah dinanti-nantikan kedatangannya hampir seluruh masyarakat Indonesia untuk mengungkapkan bagaimana akhir dari Drama lipur lara kegemaran mantan presiden Republik Indonesia B.J. Habibie. Selain itu, 144 episode dalam Cinta Fitri musim 5 menandakan bahwa Cinta Fitri telah ditayangkan selama 777 episode. Untuk merayakannya, pihak MD Entertainment telah mengadakan program menonton bersama Cinta Fitri episode "Final 777" di Supermall Lippo Karawaci, Tangerang, dan dimeriahkan oleh para pelakon Cinta Fitri.
  • Cinta Fitri terus mendapat rating yang tinggi sejak musim 1 hingga sekarang.
  • Di tahun 2007, Cinta Fitri memegang rating tertinggi kedua setelah Drama lipur lara Intan dan memperoleh tempat dua penghargaan dari SCTV Awards 2007 sebagai Artis Meletup, Pelakon Meletup, Artis Pendamping Meletup, Pelakon Pendamping Meletup, Golden Achivement dan Program Meletup memulai 6 kategori penghargaan.
  • Di tahun 2008, Cinta Fitri musim 2 mendapatkan tempat kedua, setelah Upik Abu dan Laura, mendapat filem Amerika tempat kedua setelah Mamma Mia! dan High School Musical 3 dan memperoleh tempat kedua penghargaan dari SCTV Awards 2008 sebagai Artis Meletup, Pelakon Meletup, Artis Pendamping Meletup, Pelakon Pendamping Meletop, Golden Achivement dan Program Meletup memulai 6 kategori penghargaan.
  • Di tahun 2009, Cinta Fitri musim Ramadan merupakan Drama lipur lara dengan rating tertinggi dan memperoleh dua penghargaan dari SCTV Awards 2009 sebagai Artis Meletup, Pelakon Meletup, Artis Pendamping Meletup, Pelakon Pendamping Meletup, Golden Achivement dan Program Meletop memulai 6 kategori penghargaan.
  • Di tahun 2010, Cinta Fitri musim 6 merupakan Drama lipur lara dengan rating tertinggi dan memperoleh dua penghargaan dari SCTV Awards 2010 sebagai Artis Meletup, Pelakon Meletup, Artis Pendamping Meleetup, Pelakon Pendamping Meletup, Golden Achivement dan Program Meletup memulai 6 kategori penghargaan.
  • Pada musim 7, Drama lipur lara Cinta Fitri ditukar tayangan dari SCTV ke Indosiar , kerana ada konflik di antara pihak MD dengan pihak SCTV. Di tayangkan setiap hari pukul 8.00 malam yang sedang ditayangkan di Indosiar. Masa tayang diubah pada pukul 8.30 malam.
  • Ida Kusumah, yang berlakon sebagai Oma, meninggal pada tanggal 25 November 2010. Oleh kerana itu, pada episode-episode terakhir di season 6, watak Oma dihilangkan, dan pada season 7, diceritakan Oma meninggal.
  • Setelah 5 tahun, dengan 7 season dan hampir 1000 episod, sinetron Indonesia paling digemari ini akan segera memasuki season finale. Untuk mendapatkan akhir cerita terbaik, MD Entertainment mengajak penggemar setia CF di seluruh Indonesia untuk berkarya dalam detik-detik episod penutup dengan mengirimkan idea akhir cerita sinetron tersebut.
  • Cinta Fitri Season 7 mengalami penurunan rating, yang season sebelumnya selalu mendapat rating tertinggi,tetapi di season 7 rating sangat menurun.
  • Cinta Fitri di pentas Panasonic Gobel Awards 2011, dikalahkan oleh PUTRI YANG DITUKAR yang menjadi Rating tinggi dan share terlaris.
  • Cinta Fitri secaranya rasmi tamat pada tanggal 8 Mei 2011, namun tidak dimunculkan pelakon Verlita Evelyn sebagai Maya dalam episode terakhir kerana beliau sedang mengandung.
  • Cinta Fitri tayang ulang di MNCTV mulai 1 Ogos 2011 season 1 setiap hari pukul 02:30 WIB (dinihari).
  • Cinta Fitri tayang ulang di RCTI mulai 1 April 2012 season 2, kembali tayangan berdapur lira bermula dari season 5 sampai season 7 setiap hari pukul 20:00 WIB (malam).

Trivia Cinta Fitri di  Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Cinta Fitri 1 sedang ditayangkan di Malaysia melalui TV9 (Malaysia) pada 9 Mei 2011 dan ditayangkan setiap hari (Isnin hingga Jumaat) pukul 12:30 sehinga 1:30 tengahari waktu tempatan, Tayangan cerita selama 1 jam dan tayangan ke udara berjumlah dalam 400 episode (dengan di Indonesia jumlah sebenar 200 episode).
  • Cinta Fitri 2 akan ditayangkan di Malaysia melalui TV3 (Malaysia) pada 1 April 2012 dan ditayangkan setiap hari (Isnin hingga Ahad, per-Harian) pukul 9:00 sehingga 10:00 malam waktu tempatan, Tayangan cerita selama 1 jam dan tayangan ke udara berjumlah dalam 336 episode (dengan di Indonesia jumlah sebenar 168 episode).
  • Cinta Fitri pernah ditayangkan setiap hari semasa raya minggu pertama tahun 2011 di TV9.
  • Kini, Cinta Fitri 1 tayang setiap Isnin - Jumaat mulai pada Jummat, 6 Januari 2012 di saluran yang sama iaitu TV9, yang pada asalnya tayang setiap Isnin - Khamis dan telah tamat ditayangkan pada Rabu, 28 Mac 2012 yang diikuti oleh Nikita.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Situs resmi Cinta Fitri Season Ramadhan di MD Entertainment.net

Laman rasmi MD Entertainment

Forum komentar Cinta Fitri di Komunitas Untuk Semua

http://www.tv9.com.my/happenings/press_release/Cinta_Fitri.html (Cinta Fitri Season 1 di TV9 Malaysia)

http://www.sctv.co.id/view.php?114,16949,,1179248400,1309619141 (Cinta Fitri Season 1 di SCTV Indonesia)

http://www.sctv.co.id/view.php?114,19969,,1211389200,1309619212 (Cinta Fitri Season 2 di SCTV Indonesia)

http://www.sctv.co.id/view.php?114,21118,,0,1309619284 (Cinta Fitri Season 3 di SCTV Indonesia)

http://www.sctv.co.id/view.php?114,22453,,1271782800,1309618309 (Cinta Fitri Season 5 di SCTV Indonesia)

http://www.sctv.co.id/view.php?187,22831,,1290704400,1309618978 (Cinta Fitri di SCTV Indonesia)

http://www.indosiar.com/sinopsis/88984/cinta-fitri-season-7 (Cinta Fitri Season 7 di INDOSIAR Indonesia)

Rujukan dan pautan[sunting | sunting sumber]