Pergi ke kandungan

Siriraj Kakudhabhand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siriraj Kakudhabhand
Keputeraan(1885-11-27)27 November 1885
Bangkok, Siam
Kemangkatan31 Mei 1887(1887-05-31) (umur 1)
Bangkok, Siam
KerabatDinasti Chakri
AyahandaChulalongkorn (Rama V)
BondaSaovabha Phongsri

Pangeran Siriraj Kakudhabhand (Bahasa Thai: ศิริราชกกุธภัณฑ์ , RTGSSirirat Kakutthaphan, Arab Melayu: سيريراج کاکحوداباند; dari 27 November 1885 – 31 Mei 1887) ialah Pangeran Siam (pada kemudiannya bertukar nama sebagai Thailand) Beliau adalah ahli keluarga diraja Siam dan merupakan anak kepada Raja Chulalongkorn dan Ratu Saovabha Phongsri.[1]

Pangeran Siriraj merupakan anak ke-53 kepada Raja Chulalongkorn dan anak kelima kepada Ratu Saovabha Phongsri. Beliau meninggal sebab penyakit berak berdarah, selepas kematiannya Raja Chulalongkorn yang masih bersedih membina Hospital Siriraj, hospital moden pertama di Siam daripada sempena namanya.

  1. ^ ราชกิจจานุเบกษา, ข่าวสิ้นพระชนม์สมเด็จพระเจ้าลูกยาเธอ เจ้าฟ้าศิริราชกกุธภัณฑ์, เล่ม 4, ตอน 10, 11 มิถุนายน พ.ศ. 1887, หน้า 73