Sitron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sitron
Chinesische Zedrat Zitrone.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. medica
Nama binomial
Citrus medica
Sinonim[1]

Sitron (Jawi: سيترون), limau susu, limau jari, limau mata kerbau atau limau kerat lintang (nama botani: Citrus medica)[2][3] ialah buah sitrus besar wangi dengan kulit tebal. Ia adalah salah satu daripada empat buah-buahan sitrus asal (yang lain ialah limau bali, mandarin dan papeda), yang kebanyakan jenis sitrus yang lain dibangunkan melalui semulajadi kacukan penspesiesan atau kacukan buatan.[4]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama "sitron" berasal dari perkataan bahasa Latin citrus, yang juga merupakan asal-usul nama genus Citrus.

Asal dan taburan[sunting | sunting sumber]

Sitron ialah spesies limau yang tua. Ia dipercayai tumbuh asli di lembah kaki gunung-ganang Himalaya timur, India.[5] Pada abad ke-4 SM, buah ini telah banyak ditanam di Laut Kaspia dalam laluannnya ke lembangan Mediterranean, di mana ia ditanam di kawasan-kawasan berbeza pada abad-abad kemudian.[6] Banyak orang menyebutkan peranan Alexander Agung dan tenteranya yang menyerang Iran dan Pakistan sebagai pihak bertanggungjawab menyebarkan limau ini ke arah barat sampai negara-negara Eropah seperti Yunani dan Itali.[3][7][8][9][10][11][12][13]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok limau ini renek mencapai 2.4-4.5 m tinggi dengan dahan dan ranting kaku. Daun-daunnya berbentuk bujur nipis, hampir tidak bersayap dengan tepi bergerigi; panjangnya 5-20 sm.[2][3]

Bunga-bunganya berkudup besar berwarna putih, merah jambu atau ungu dengan garis pusat 3–4 sm. Buahnya jenis memanjang dan berbau harum, ada jenis limau ini yang terbahagi buahnya seperti jejari. Kulit buah ini tebal dan berwarna hijau tua masa muda, warna ini bertukar menjadi kuning setelah masak. Isi buah keras dan tidak berjus.[2][3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kulinari[sunting | sunting sumber]

Sitron dipotong separuh dan dibuang pulpanya, dimasak dalam gula

Kandungan utama buah sitron adalah kulit putih yang tebal melekat kepada ulasnya dan tidak boleh dipisahkan dengan mudah. Oleh itu, pulpa sitron kering dan mengandungi kuantiti kecil jus dan ulas hambar berbanding pulpa lemon atau oren. Kulit buah ini boleh dimasak dalam gula dan dipotong dadu menjadi manisan; ia juga dibuat sebagai perisa campuran kek dan kuih-muih.[2]

Torte sitron

Tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Buah ini dijadikan sumber minyak wangi dan penghalau nyamuk.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ollitrault, Patrick; Curk, Franck; Krueger, Robert (2020). "Citrus taxonomy". Dalam Talon, Manuel; Caruso, Marco; Gmitter, Fred G, Jr. (penyunting). The Citrus Genus. Elsevier. m/s. 57–81. doi:10.1016/B978-0-12-812163-4.00004-8. ISBN 9780128121634. S2CID 242819146 Check |s2cid= value (bantuan).
  2. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2006). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 20, 96–97. ISBN 9789676118929.
  3. ^ a b c d Morton, Julia F. (1987). Fruits of warm climates. Miami, FL.: Purdue University Center for New Crops and Plant Products. m/s. 179–182. Dicapai pada 23 Julai 2022.
  4. ^ Klein, J. (2014). "Citron Cultivation, Production and Uses in the Mediterranean Region". Dalam Z. Yaniv; N. Dudai (penyunting). Medicinal and Aromatic Plants of the Middle-East. 2. Springer Netherlands. m/s. 199–214. doi:10.1007/978-94-017-9276-9_10.
  5. ^ Wu, Guohong Albert; Terol, Javier; Ibanez, Victoria; López-García, Antonio; Pérez-Román, Estela; Borredá, Carles; Domingo, Concha; Tadeo, Francisco R; Carbonell-Caballero, Jose; Alonso, Roberto; Curk, Franck; Du, Dongliang; Ollitrault, Patrick; Roose, Mikeal L. Roose; Dopazo, Joaquin; Gmitter Jr, Frederick G.; Rokhsar, Daniel; Talon, Manuel (2018). "Genomics of the origin and evolution of Citrus". Nature. 554 (7692): 311–316. Bibcode:2018Natur.554..311W. doi:10.1038/nature25447. PMID 29414943.
  6. ^ Isaac, Erich (Januari 1959). "The Citron in the Mediterranean: a study in religious influences". Economic Geography. 35 (1): 71–78. doi:10.2307/142080. JSTOR 142080.
  7. ^ Simoons, Frederick J. (1990). Food in China: a cultural and historical inquiry. CRC Press. m/s. 200. ISBN 9780849388040.
  8. ^ "ethrog". University of California, Riverside.
  9. ^ Marion Eugene Ensminger; Audrey H. Ensminger (1993). Foods & Nutrition Encyclopedia. 1 (ed. ke-2). CRC Press. m/s. 424. ISBN 9780849389818.
  10. ^ Calabrese, Francesco (2003). "Origin and history". Dalam Giovanni Dugo; Angelo Di Giacomo (penyunting). Citrus: The Citrus Genus. CRC Press. m/s. 4. ISBN 9780203216613.
  11. ^ Biology of Citrus[pautan mati]
  12. ^ Hume, H. Harold (2007). Citrus Fruits and Their Culture. Read Books. m/s. 59. ISBN 9781406781564.
  13. ^ Emmanuel Bonavia (1888). The Cultivated Oranges and Lemons, Etc. of India and Ceylon. W. H. Allen. m/s. 255.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Citrus