Skon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Skon
Scones cream jam.jpg
Skon dihidangkan bersama jem dan krim beku
JenisKek atau roti cepat
Tempat asalUnited Kingdom
Bahan utamaGandum, barli atau oat
di Wikibuku Buku Masakan: Skon  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Skon

Skon (Bahasa Inggeris: scone) ialah sejenis roti cepat/kek yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, barli atau mil oat dengan serbuk penaik sebagai agen pengikat dan dibakar di atas kuali leper. Skon sering diperisakan manis dan kadangkalanya diberus dengan lapisan kuning telur sebelum dibakar.[1] Ia ialah komponen asas hidangan-hidangan teh krim (cream tea) atau Devonshire (Devonshire tea). Kuih ini berbeza daripada pai epal atau mana-mana roti manis lain yang dibuat dengan menggunakan yis.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Arah jam dari bawah: skon tattie panas bermentega di sebelah skon keju, skon sirap hitam yang berkilat dan rata, skon titis, dan skon susu di atas skon buah.

Skon orang Britain sering kali mempunyai rasa manis, tapi ada juga skon yang dibuat dengan rasa berlauk. Isinya termasuk kismis, buah anggur, keju atau kurma. Di Scotland dan Ulster, skon jenis berlauk termasuk soda scone (atau soda farls) dan skon kentang (dikenali sebagai tattie scone) yang menyerupai lempeng kecil nipis berlauk yang diperbuat daripada kanji kentang. Skon kentang paling biasanya digoreng dan dihidangkan dalam hidangan full Scottish breakfast atau Ulster fry.

Jenis skon lain yang sering didapati ialah skon titis (drop scone)[2] yang berbentuk seakan-akan penkek yang mana adunan dituangkan ke pemanggang atau kuali untuk memasaknya, dan skon air limau (lemonade scone) yang dibuat dengan air limau dan krim menggantikan mentega dan susu. Terdapat juga skon buah (fruit scone/fruited scone)[2] yang berbentuk seperti skon bulat biasa, dibuat dengan mencampurkan buah-buahan seperti anggur, sultana, kulit buah dan halwa ceri dalam doh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hollywood, Paul. "Paul Hollywood's scones". BBC. Dicapai pada 22 September 2015.
  2. ^ a b "'scone' - Istilah Malaysia". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 14 September 2017.