Lempeng

Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.
Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.[1]
Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.
Jenis[sunting | sunting sumber]
Manisan[sunting | sunting sumber]
Lempeng ini sering ditambah manisan seperti sirap, madu, coklat cair, susu sejat, mentega, buah-buahan, gula (dll).
Bukan manisan[sunting | sunting sumber]
Di Malaysia, seperti lempeng kelapa. Di Jepun seperti Okonomiyaki yang menggunakan kobis sebagai bahan utama. Dimana, bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging digunakan.
Variasi[sunting | sunting sumber]
Amerika[sunting | sunting sumber]
Di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico), bater lempeng ditambah dengan serbuk penaik seperti soda bikarbonat.[2]
Eropah[sunting | sunting sumber]
Di England, ia tidak seperti lempeng Amerika, bater orang Inggeris tidak menggunakan soda bikarbonat. Lempeng di Perancis, Belgium, Switzerland, dan Portugal, berbentuk nipis dan dipanggil crêpe.
Lempeng orang Scotland, adalah hampir sama seperti lempeng Amerika, kerana ia ditambah dengan bahan penaik. Lempeng ini dipanggil Scotch pancakes, Scottish pancakesatau drop scones.
Asia[sunting | sunting sumber]
Di India, tepung beras yang direndam lama atau ditapaikan untuk ketika lama digunakan untuk memasak idli, apam atau thosai. Lempeng di Indonesia menggunakan tepung beras untuk dijadikan kuih serabi.
Di Malaysia, kebanyakkan lempeng tidak menggunakan bahan penaik seperti lempeng pisang, lempeng kelapa, lempeng manis, lempeng berlauk, lempeng sayur, dan apam balik. Lempeng-lempeng berjenis ini merupakan makanan yang amat dikenali di Malaysia khususnya pada penduduk Melayu. Ketayap, lempeng berinti kelapa manis dan digulung.
Di dunia Arab, sejenis lempeng berinti dipanggil Atayef atau ataif (kataif atau قطايف) yang disumbat dengan keju Nabulsi (sebagai krim) atau kacang badam, kacang pistacho juga digunakan.
Australia dan New Zealand[sunting | sunting sumber]
Lempeng berbentuk kecil (ukuran diantara 75mm diameter) dikenali sebagai pikelets, menggunakan tepung naik sendiri. Lempeng Amerika juga dimakan dirantau ini.
Afrika[sunting | sunting sumber]
Orang di Kenya, memakan lempeng jenis Inggeris dan Crêpe. Di Afrika Selatan, dipanggil pannekoek.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.