Soghomon Tehlirian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Soghomon Tehlirian
Սողոմոն Թեհլիրեան
Tehlirian pada 1921
Kelahiran(1896-04-02)2 April 1896
Meninggal dunia23 Mei 1960(1960-05-23) (umur 64)
San Francisco, California, Amerika Syarikat
DikebumikanPerkuburan Ararat, Fresno, California
Terkenal keranaPembunuhan Talaat Pasha

Soghomon Tehlirian (Bahasa Armenia: Սողոմոն Թեհլիրեան; 2 April 1896 – 23 Mei 1960) adalah seorang revolusioner dan perajurit berbangsa Armenia menganggotai Persekutuan Revolusi Armenia.

Beliau terlibat utama dalam Operasi Nemesis, suatu misi membunuh Talaat Pasha mantan Wazir Agung Kerajaan Uthmaniyah membalas dendam atas tindakan Talaat dan parti Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan mengarahkan pengusiran yang mengorbankan jutaan orang Armenia. Beliau segera mengikuti dekat jejak Talaat yang melarikan diri berikutan gencatan senjata Mudros sebaik diketahui keberadaannya di daerah Charlottenburg kota Berlin; malah beliau turut mengambil alamat persembunyian bersebelahan rumah Talaat di 4 Hardenbergstraße.[1][2] Pada pagi tanggal 15 Mac 1921, Soghomon sengaja berjalan senyap di belakang Talaat dan menembak tepat di tengkuknya[3][4] dengan sepucuk pistol Luger P08.[5] Meskipun beliau segera diberkas dan dibicarakan pihak berkuasa Jerman, beliau dilepaskan juri mahkamah yang menerima belaan dirinya.[6] Soghomon disanjung sebagai pahlawan negara Armenia atas sebab ini.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Derogy, Jacques (1990). Resistance and Revenge: The Armenian Assassination of the Turkish Leaders Responsible for the 1915 massacres and deportations. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 65. ISBN 9780887383380.
  2. ^ "Soghomon Tehlirian". Ararat. Armenian General Benevolent Union of America. 31. 1990. Dicapai pada May 25, 2013.
  3. ^ Bogosian, Eric. Operation Nemesis: The Assassination Plot that Avenged the Armenian Genocide. New York: Little, Brown & Company, 2015, pp. 9–13.
  4. ^ Totten, Samuel; Bartrop, Paul R. (2008). Dictionary of genocide (ed. 1. publ.). Westport, CT: Greenwood Press. m/s. 418. ISBN 978-0313346446.
  5. ^ Bogosian. Operation Nemesis, p. 203.
  6. ^ a b Vartabedian, Sarah (2007). Commemoration of an Assassin: Representing the Armenian Genocide (PDF) (Master of Arts). University of North Carolina. m/s. 7. Dicapai pada April 25, 2021.
  7. ^ Von Voss, Huberta (2007). Portraits of Hope: Armenians in the Contemporary World. New York: Berghahn Books. m/s. 6. ISBN 9781845452575.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]