Song Hye-kyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea yang mana nama keluarganya ialah Song.
Song Hye-kyo
Song Hye-kyo in 2016 KBS Drama Award.jpg
Kelahiran Song Hye-kyo
(1981-11-22) 22 November 1981 (umur 36)
Daegu, Korea Selatan
Pendidikan Universiti Sejong
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1996–sekarang
Ejen United Artists Agency
Pasangan Song Joong-ki (k. 2017)
Laman web Laman web
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian Semakan Song Hye-gyo
McCune–Reischauer Song Hye-kyo

Song Hye-kyo (lahir 22 November 1981) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau meraih populariti menerusi drama Autumn in My Heart (2000), All In (2003), Full House (2004), Worlds Within (2008), That Winter, the Wind Blows (2013) dan Descendants of the Sun (2016).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1996–2004[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, Song yang berumur 14 tahun ketika itu memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Model Smart SunKyung dan beliau membuat penampilan hiburan pertamanya sebagai seorang model untuk syarikat tersebut.[1] Beliau kemudiannya diberikan peranan kecil di dalam drama First Love. Beliau terus muncul di dalam pelbagai drama dan sitkom termasuk Soonpoong Clinic sebelum mula dikenali selepas membintangi drama KBS, Autumn in My Heart pada tahun 2000.

Pada tahun 2003, populariti Song terus meningkat selepas beliau membintangi bersama Lee Byung-hun di dalam drama All In. Drama ini mencapai rating agihan penonton setinggi 47.7%. Pada tahun berikutnya, beliau membintangi bersama Rain di dalam drama romantik komedi, Full House. Drama ini terkenal di Asia dan menjadikan Song sebagai salah seorang pelakon wanita Korea paling terkenal di Asia.

2005–2012[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2005, beliau menetap di San Francisco untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan kemudiannya di Seattle.[2] Pada tahun yang sama, Song membuat penampilan filem pertamanya di dalam My Girl and I (sebuah buatan semula filem Crying Out Love in the Center of the World).

Beliau kembali berlakon pada tahun 2007 di dalam adaptasi filem Hwang Jin Yi.[3] Jun Ji-hyun dan Soo Ae merupakan pilihan asal penerbit untuk melakonkan watak Hwang Jin-yi sebelum Song dipilih.[4] Setahun kemudian, beliau membuat penampilan Amerika Syarikat pertamanya di dalam filem indie Hollywood, Make Yourself at Home (sebelum ini bertajuk Fetish).[5]

Beliau kembali berlakon dalam TV pada lewat tahun 2008 menerusi drama Worlds Within yang juga dibintangi Hyun Bin.[6] Pada tahun 2010, beliau membintangi filem antologi Camellia yang terdiri daripada tiga filem pendek. Song muncul di dalam segmen terakhir filem ini, Love for Sale bersama Kang Dong-won.[7]

Song kemudiannya membintangi filem A Reason to Live dimana selepas beberapa kali ditangguhkan, filem ini akhirnya ditayangkan pada bulan Oktober 2011.[8] Pada tahun 2011, beliau menjadi pelakon wanita Asia pertama untuk menandatangani kontrak bersama agensi global Perancis, Effigies.[9] Song juga melakonkan watak sokongan di dalam filem The Grandmaster.[10]

2013–sekarang[sunting | sunting sumber]

Song bersatu kembali bersama penulis dan pengarah Worlds Within untuk drama That Winter, the Wind Blows, sebuah buatan semula drama Jepun tahun 2002, Ai Nante Irane Yo, Natsu ("I Don't Need Love, Summer"). Untuk persembahan lakonannya di dalam drama ini, Song memenangi Daesang (atau "Anugerah Utama") di Anugerah Bintang APAN ke–2.[11]

Pada tahun 2014, Song bersatu kembali bersama Kang Dong-won di dalam filem My Brilliant Life, adaptasi novel Kim Aeran bertajuk My Palpitating Life.[12] Song membintangi filem China keduanya, The Crossing diarahkan oleh John Woo. Song membintangi sebuah lagi filem China pada tahun 2015, The Queens.[13]

Pada tahun 2016, Song membintangi drama romantik komedi, Descendants of the Sun bersama-sama Song Joong-ki.[14] Drama ini mencapai populariti luar biasa di Korea Selatan dengan episod terakhir merekodkan rating agihan penonton setinggi 41.6% dan juga di China dimana ia ditonton 2.5 bilion menerusi laman iQiyi.[15] Song memenangi Daesang di Anugerah Drama KBS 2016.[16]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2005 My Girl and I Bae Su-eun
2007 Hwang Jin Yi Hwang Jin-yi
2008 Make Yourself at Home Sookhy
2010 Camellia – "Love for Sale" Bo Ra
2011 Countdown Wanita cantik (kameo)
A Reason to Live Da Hae
2013 The Grandmaster Zhang Yongcheng
2014 My Brilliant Life Mi Ra
The Crossing: Part 1 Zhou Yunfen
2015 The Queens Annie
The Crossing: Part 2 Zhou Yunfen

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
1995 New Generation Report: Adults Don’t Know Peranan kecil KBS2
1996–1997 First Love Pelajar
1997 Happy Morning Oh Ye-boon
Beautiful Face Peranan kecil SBS
70-minute Drama: When They Met Pelakon tambahan
One of a Pair MBC
1997–1998 Wedding Dress Cucu KBS2
1998–1999 Six Siblings Choi Eun-shil MBC
1998–2000 Soonpoong Clinic Oh Hye-kyo SBS
1998 White Nights 3.98 Hong Jung-yeon (muda)
Deadly Eyes Oh Jung-ah
1998–1999 How Am I? Ye Rin
1999–2000 Marching Song Hye-kyo
Sweet Bride Kim Young-hee
2000 Autumn in My Heart Yoon / Choi Eun-seo KBS2
2001 Hotelier Kim Yoon-hee MBC
Guardian Angel Jung Da-so SBS
2003 All In Min Su-yeon
Sunlight Pours Down Ji Yeon-woo
2004 Full House Han Ji-eun KBS2
2008 Worlds Within Joo Joon-young
2013 That Winter, the Wind Blows Oh Young SBS
2016 Descendants of the Sun Kang Mo-yeon KBS2
2018 Boyfriend Cha Soo-hyun tvN

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Artis
1996 "This Promise" Kim Soo-keun
2000 "Curious Destiny" Shin Sung-woo
"Once Upon a Day" Kim Bum-soo

Rancangan televisyen dan radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan Peranan Saluran
1998 Inkigayo Live 20 Pengacara bersama Park Soo-hong SBS
1999-2000 Our Happy Saturday Pengacara
2000 Music Bank Pengacara bersama Lee Hwi-jae KBS
2001 Mnet KM Music Festival Pengacara bersama Cha Tae-hyun Mnet
2007 She's Olive: Song Hye-kyo in Paris Diri sendiri O'live
2009 Good Morning Panda (Dokumentari) Pencerita EBS
2016 May, the Children (Dokumentari) KBS1

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Nota
2012 "Switch: Be White" duet bersama John Park (single)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Top 5 female hallyu stars whose look barely changed over time". The Korea Herald. 19 Jun 2014. Dicapai 12 September 2018. 
  2. ^ "Song Hye-gyo to Resume Acting Soon". KBS Global. 17 Mac 2005. Dicapai 12 September 2018. 
  3. ^ "Song Hye-kyo Sheds Cute Image for Gisaeng Role". The Chosun Ilbo. 27 Mac 2007. Dicapai 12 September 2018. 
  4. ^ "New Song picked for Hwang Jin Yi". Korea JoongAng Daily. 17 April 2007. Dicapai 12 September 2018. 
  5. ^ "Song Hye-kyo Reveals a Dark Side in New Movie". The Chosun Ilbo. 23 November 2010. Dicapai 12 September 2018. 
  6. ^ "Song Hye-kyo Goes Behind the Scenes in New Drama". The Chosun Ilbo. 25 Oktober 2008. Dicapai 13 September 2018. 
  7. ^ "Gang Dong-won, Song Hye-kyo start filming Love". 10Asia. 25 Oktober 2008. Dicapai 13 September 2018. 
  8. ^ "Song Hye-kyo's new film to open in theaters next month". 10Asia. 6 September 2011. Dicapai 13 September 2018. 
  9. ^ "Song Hye Gyo Signs Contract with Global Agency in France". Soompi. 21 Oktober 2011. Dicapai 13 September 2018. 
  10. ^ "Song Hye-kyo to appear in Wong Kar-wai biopic". 10Asia. 21 Disember 2009. Dicapai 13 September 2018. 
  11. ^ "Song wins top Star award". Korea JoongAng Daily. 18 November 2013. Dicapai 13 September 2018. 
  12. ^ "Kang, Song Hye-kyo to star in new film". The Korea Times. 4 Disember 2013. Dicapai 13 September 2018. 
  13. ^ "BUSAN: Song Hye-kyo to Reign in Desen Media's Queens". Variety. 4 Oktober 2014. Dicapai 13 September 2018. 
  14. ^ "Song Hye-kyo, Song Joong-ki pair up for new drama". The Korea Herald. 2 April 2015. Dicapai 13 September 2018. 
  15. ^ "Descedants of The Sun ends on massive ratings high". The Chosun Ilbo. 15 April 2016. Dicapai 13 September 2018. 
  16. ^ "Song Hye-kyo poses with Song Joong-ki at KBS Drama Awards". K-pop Herald. 4 Januari 2017. Dicapai 13 September 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]