Sonia Orbuch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sonia Orbuch
Kelahiran
Sarah Shainwald

(1925-05-24)24 Mei 1925
Meninggal dunia30 September 2018(2018-09-30) (umur 93)
WarganegaraPolska
Nama lainSonia Shainwald Orbuch
Terkenal keranaPejuang perintangan Yahudi ketika Perang Dunia Kedua
Karya terkenal
Here, There Are No Sarahs (2009)

Sonia Shainwald Orbuch (lahir Sarah Shainwald, 24 Mei 1925 - 30 September 2018) ialah seorang pendidik Holokus Amerika. Semasa Perang Dunia Kedua, beliau ialah seorang pejuang perintangan Yahudi di timur Polska.

Sonia bersembunyi di hutan Polska bersama keluarganya semasa Perang Dunia Kedua. Beliau menyertai kumpulan partisan Soviet, dilangnamakan sebagai Sonia sekiranya beliau ditangkap, dan membantu memerangi Jerman. Selepas perang tersebut, beliau pulang ke rumah, di mana beliau bertemu dengan bakal suaminya. Selepas mempunyai seorang anak perempuan di kem pelarian di Jerman, keluarganya akhirnya berhijrah ke Amerika Syarikat.

Beliau menghabiskan baki hidupnya dalam libaturus umum, bercakap tentang pengalamannya dan pada tahun 2009, menerbitkan autobiografinya, Here, There Are No Sarahs: A Woman's Courageous Fight Against the Nazis and Her Bittersweet Fulfillment of the American Dream.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sarah Shainwald dilahirkan pada 24 Mei 1925 dan dibesarkan di Liuboml, ketika itu sebahagian daripada Polska tetapi kini di Ukraina,[1] sebuah bandar kira-kira 200 batu (320 km) di selatan Warsaw, Polska, yang mempunyai penduduk Yahudi yang sangat ramai.[2]

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 ketika beliau berumur 14 tahun. Pakatan Molotov–Ribbentrop membahagikan Polska antara Jerman dan Kesatuan Soviet dan kampung halaman beliau berada di bawah kawalan Soviet. Dua tahun kemudian, Operasi Barbarossa memaksa orang Yahudi Luboml ke geto Yahudi. Lapan ribu orang Yahudi terkesan, mengakibatkan perebutan untuk mempertahankan diri, melarikan diri, atau bersembunyi. Tidak dapat menyertai kumpulan partisan abangnya kerana jantinanya, Sarah bersembunyi di dalam hutan bersama ibubapa dan bapa saudaranya semasa musim sejuk 1942 hingga 1943, sentiasa berpindah-randah dan berlapar, kesejukan, dan berkotor dengan kutu.[2][3]

Sebagai pertukaran untuk pengetahuan bapa saudaranya tentang sesuatu kawasan, partisan Soviet menerima mereka dan menamakan Sarah sebagai Sonia supaya kedengaran lebih seperti orang Rusia.[4] Mereka tinggal di kem hutan dan menyertai partisan dalam tindakan-tindakan sabotaj dan perintangan; beliau telah didaftar menjadi Tentera Merah pada tahun 1944.[2] Semasa salah satu tempoh keluarganya bersembunyi, ibunya meninggal dunia akibat tifus.[2][5] Beliau memberi bantuan kepada yang cedera, walaupun tidak mempunyai latihan perubatan sebelumnya.[4]

Pascaperang[sunting | sunting sumber]

Menjelang Mei 1945 dan pengakhiran perang, beliau kembali ke Luboml dan bekerja di pejabat pos.[2] Pada tahun yang sama, beliau berkahwin dengan bekas pegawai tentera berkuda Pol, Isaak Orbuch,[3] yang ditemuinya di Khelm sejurus selepas perang.[2] Hanya 50 daripada 8,000 penduduk asal yang kebanyakannya orang Yahudi di bandarnya terselamat.[4] Selepas berpindah ke kem pelarian di Zeilsheim berdekatan Frankfurt, Jerman, di mana beliau melahirkan anak perempuannya, keluarganya berpindah ke New York pada Februari 1949, di mana Sonia melahirkan anaknya Paul.[2][4] Beliau kemudiannya berpindah ke Kalifornia Utara bersama keluarganya.[2]

Beliau menceritakan pengalamannya dalam ceramah umumnya[4] dan pada tahun 2009, menerbitkan autobiografinya, "Here, There Are No Sarahs: A Woman's Courageous Fight Against the Nazis and Her Bittersweet Fulfillment of the American Dream" yang dikarang bersama Fred Rosenbaum.[3]

Sebelum beliau meninggal dunia, Sonia merenung sejauh mana perintangan Yahudinya: "Munasabahkah bagi semua orang untuk berjuang dan keluar ke hutan dan bertahan, tidak. Abangku tidak selamat, bapa saudaraku tidak selamat" tetapi beliau merasakan "setiap orang di geto berjuang dengan cara mereka sendiri."[1]

Sonia meninggal dunia pada 30 September 2018.[1] Beliau menerima obituari di seluruh dunia, termasuk dari Amerika Syarikat,[4] Asia, dan Eropah.[3]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  • Here, There Are No Sarahs: A Woman's Courageous Fight Against the Nazis and Her Bittersweet Fulfillment of the American Dream. Gatekeeper Press, Columbus, 2009. ISBN 978-1-57143-130-1 (With Fred Rosenbaum)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sonia Orbuch". Jewish Partisan Education Foundation. December 7, 2016. Dicapai pada November 1, 2018.
  2. ^ a b c d e f g h "Sonia Orbuch's Biography". Facing History and Ourselves. Dicapai pada November 1, 2018.
  3. ^ a b c d Sonia Orbuch obituary. The Times, October 31, 2018. Retrieved November 6, 2018. (langganan diperlukan)
  4. ^ a b c d e f Sonia Orbuch, Bay Area woman who fought Nazis as a girl, dies at 93. Carl Nolte, San Francisco Chronicle, October 9, 2018. Retrieved November 6, 2018.
  5. ^ Cole, Tim (2016). Holocaust Landscapes. London: Bloomsbury. m/s. 52. ISBN 978-1-4729-0688-5.