Steve Thornton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Steve Thornton merupakan salah seorang pemain genderang yang terkenal dunia.[1] Kini beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebelum berpindah ke Malaysia pada tahun 1997, Thornton telah menetap lama dan bekerja di kota besar New York, Amerika Syarikat. Beliau telah banyak melalui kehidupan kerja yang sukar dan mencabar khususnya dalam bidang merekod bunyian dan alunan muzik. Antara artis dunia yang terkenal yang pernah menjalani rekod muzik bersama beliau ialah ahli saxofon Sadao Watanbe, dan gig ini terus berlanjutan sehingga ke hari ini. Thornton juga pernah bekerja dan pernah memasuki album bersama beberapa artis dunia lain seperti Herbie Hancock, Mongo Santamaria, lagenda jazz Miles Davis, dan pemain piano McCoy Tyner. Beliau juga pernah muncul dalam konsert artis penghibur terkenal dunia seperti Tracy Chapman, Mariah Carey, dan raja pop Michael Jackson. Beliau menunjukkan bakat permainan percussion yang sangat baik dalam beberapa album antaranya vokalis jazz Tania Maria dan senandung romantik Jon Lucien. Terbaru, Thornton telah mengeluarkan satu album CD sendiri diatas nama ("Nature's Plan"), disitu juga turut menunjukkan penglibatan Keiko Lee, vokalis jazz popular di Jepun.

Beliau yang dibesarkan di New York, Thornton asalnya telah banyak didedahkan dengan muzik dan suara dari Mongo Santamaria, Tito Puente, dan Willie Bobo. beliau mula menjinakkan diri dalam bermain alat percussion bongo sejak umurnya mencecah 7 tahun dan masih mengingati instrument Latin Percussion (LP) pertamanya yang diperbuat dari conga gentian kaca.

Thornton juga dilihat cukup agresif ketika memainkan alat percussion bongo pada konsert solo penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza binti Tarudin di Royal Albert Hall, London pada bulan April 2005.

Kerjaya kini[sunting | sunting sumber]

Sehingga saat ini Steve Thornton masih lagi mengambil bahagian bersama kumpulan Sadao Watanabe dan Raihan, kumpulan Nasyid pop tradisional Islam yang banyak dan berjaya menukilkan lagu-lagu dakwah Islamiah sehingga terkenal di seluruh dunia.<ref}Kelincahan jemari Steve Thornton</ref> Raihan merupakan kumpulan Nasyid yang tidak asing lagi di Malaysia dan pernah menggegarkan Malaysia dan Singapura menerusi lagu Nasyid inovasi tradisional alaf baru. Menerusi album "Puji-pujian", Raihan telah berjaya mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia dan Singapura menandingi jualan album muzik yang lain. Raihan juga pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London, dihadapan Queen Elizabeth 2 sehinggakan penganalisa British menyifatkan lagu Raihan adalah "ia merupakan suatu berkembangan hebat." Raihan (beerti "sensasi keharuman syurga" dalam bahasa Arab). Kini Thorton telah menonjolkan banyak bakat sebalik tabir dalam album-album dan persembahan Raihan yang baru. Koleksi lagu banyak dipaparkan di MTV Asia, dan Anugerah Industri Muzik Malaysia telah meletakkan Raihan sebagai kumpulan Nasyid vokal terbaik.

Steve Thornton dan Latin Percussion (LP)[sunting | sunting sumber]

Thorton menganggap produk-produk LP adalah mustahak kerana drum yang diguna masih kekal pada bentuk asal dan tunning muziknya masih asli (tidak diinovasikan keterlaluan). "Ini sangat penting bagi saya bahawa conga, bongo, dan timbale perlu kekal dalam tunenya, khususnya studio. Dan kadangkala saya tidak membuat persembahan tanpa drum saya sendiri-tidak ada kesempatan atau bajet untuk saya terbangkan mereka (alat percussion) semua ke persembahan saya yang seterusnya-- tetapi dengan (produk) LP sentiasa ada dimana-mana dan sangat mudah untuk ditemukan di dunia. Jadi saya merasakan bila saya pergi ke mana-mana saya harus menyewa instrument LP. Biasa juga pengedar LP cuba menyediakan LP bagi memenuhi persembahan saya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]