Raihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Raihan
29raihan.jpg
Raihan semasa masih disertai Nazrey Johani
Latar belakang
Genre Nasyid
Tahun aktif 1996 - Kini
Syarikat rakaman
Warner Music (M)
Kegiatan berkaitan

NowSeeHeart
Ustaz Amaluddin
S.M. Salim
Yusof Islam
Miloud Zenasni
Mecca2Medina
Seven8Six
Laman sesawang
http://www.raihan.com.my
Ahli Che Amran Idris
Abu Bakar Md Yatim
Amran Ibrahim
Bekas ahli Nazrey Johani
Azahari Ahmad
Nordin Jaafar
Zulfadli Mustaza

Raihan (digayakan sebagai RAIHAN) ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama oleh Farihin Abdul Fatah pada 1996. Anggota asal kumpulan ini adalah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia..

Susulan dengan itu, Raihan terkenal hingga ke seluruh pelusuk dunia dengan irama yang segar sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, pasti Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia. Tidak hairanlah dalam album Syukur pada 1998, pendakwah terkenal Yusuf Islam (dahulunya Cat Steven) berduet untuk lagu Rakan Selawat: The Seal of The Prophet dan God Is The Light.

Selepas kelahiran album Syukur, Amran Ibrahim telah mengundurkan diri buat sementara waktu kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Album Senyum menyusul pada 1999 hanya membariskan empat personal Raihan. Album ini mengadunkan element asal nasyid bersama muzik Nusantara seperti gamelan, ryhtm gendang dan angklung menjadikan muzik Raihan lebih diyakini melalui eksplorasi penerbit Farihin Abdul Fatah. Tidak hairanlah, kesemua album Raihan telah menggondol Anugerah Industri Muzik. Kesinambungan ini diteruskan untuk album sempena Ramadan dan Syawal pada 1999; maka lahirkan album istimewa Maafkan diterajui Raihan di samping NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir.

Filem dakwah Syukur 21 pada tahun 2000 lakonan Raihan menjadi titik tolak kehangatan medium nasyid kontemporari untuk terus berkembang menjadi satu industri yang bertapak kukuh. Berlatarbelakangkan tahun 2021, Raihan mempunyai sebuah pusat sains Raudah memasyhurkan budaya Islamisasi sains yang berteknologi tinggi. Lagu keinsafan berjudul I'tiraf duet bersama Yasin (bekas anggota nasyid Brothers) diangkat menjadi tema filem ini.

Dalam seminggu sebelum album Demi Masa dilancarkan, peristawa yang amat sedih berlaku pada 29 September 2001, Azahari Ahmad telah meninggal dunia pada hari kelahirannya. Raihan bagaikan kehilangan peneraju semangat utama. Tinggallah Raihan dengan tiga ahli - Che Amran Idris yang menggalas sebagai ketua, Nazrey Johani dan Abu Bakar Mohd Yatim. Pada 2002, sebagai langkah untuk memantapkan kembali ahli Raihan untuk album seterusnya Gema Alam, Amran Ibrahim kembali ke pangkuan Raihan untuk meneruskan perjuangan bekas peneraju utama yakni Allayarham Azahari Ahmad. Album Allahu (2004), Raihan mencetuskan kolaborasi hangat apabila bergabung dengan Awie (Wings) untuk lagu Dari Tuhan, S. Jibeng - Takwa & Iman dan Muhammad Al-Husayyan (penyanyi nasyid popular Timur Tengah) untuk lagu 'Araftuka.

Setelah 10 tahun berkecimpung di dalam pahit dan manis di dalam industri nasyid, lahirlah album Koleksi 10 Tahun membariskan lagu-lagu daripada filem animasi Muhammad Utusan Terakhir dan lagu-lagu malar segar Raihan beserta 2 lagu bonus rakaman terbaru Bacalah dan Assalamu'alaikum. Raihan terus berkelana ke merata selusuk dunia, mereka bersetuju merakam lagu hip hop bersama kumpulan rap Islam bernama Mecca2Medina di dalam album Ameen yang diterbitkan pada tahun 2005.

Sudah menjadi diari tahunan mereka, Raihan terus berkelana di seluruh dunia untuk membawa mesej keharmonian dan dakwah Islam. Album Tawakkal (2006) menjadi titik peralihan vokalis utama - Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah, bermotivasi dan bernasyid secara bersendirian. Penggantinya Nordin Jaafar bekas ahli kumpulan AlarmMe menyumbangkan suara solonya yang lunak untuk separuh daripada album ini. Belum pun sampai setahun, Nordin Jaafar mengumumkan pengundurannya daripada Raihan.

Walaubagaimana pun, Raihan tetap harum dan terus merentasi sempadan benua sehinggakan sudah dua kali mereka muncul dewan bersejarah yang berprestij di dunia yakni Royal Albert Hall, England tanpa Nazrey Johani[1] mahupun Nordin Jaafar. Di dewan terkenal inilah, keempat-empat anak muda beserta seorang ahli barunya Zulfadli Mustafa melancarkan sebuah album pertama mereka selepas meninggalkan Warner Music (M) Sdn. Bhd. berjudul Selawat: Praises For The Prophet pada 2008 yang berkonsepkan Selawatheraphy dengan alunan suara harmoni menusuk jiwa rangkaian selawat-selawat popular seluruh dunia tanpa apa jua alatan muzik.[2]

Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
1998 (AIM 5) Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) Menang
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Puji-Pujian Dicalonkan Innuendo - Innuendo
Album Nasyid Terbaik Menang
Lagu Terbaik Iman Mutiara Dicalonkan Innuendo - Selamanya
Puji-Pujian Dicalonkan
Album Terbaik Menang
Anugerah Kembara Menang
1999 (AIM 6) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Syukur Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan KRU - The Way We Jam
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Siti Nurhaliza - Adiwarna
2000 (AIM 7) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Senyum Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan Ella - EL
Album Nasyid Terbaik Menang
Lagu Terbaik Bismillah Dicalonkan Sheila Majid - Ku Mohon
Album Terbaik Dicalonkan Noraniza Idris & Siti Nurhaliza - Seri Balas
2001 (AIM 8) Anugerah Kembara Menang
2002 (AIM 9) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Demi Masa Menang
Kulit Album Terbaik Dicalonkan M. Nasir - Phoenix Bangkit
Album Nasyid Terbaik Dicalonkan Rabbani - Intifada
2004 (AIM 11) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Gema Alam Dicalonkan Too Phat - 360° Kulit Album Terbaik Dicalonkan Pete Teo - Rustic Living of Urbanites
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Siti Nurhaliza - E.M.A.S
2005 (AIM 12) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Allahu Menang
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Spider - Nazraku
2006 (AIM 13) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Ameen Dicalonkan V.E - For You
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Jaclyn Victor - Gemilang
Anugerah Kembara Menang
2007 (AIM 14) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Tawakkal Menang
Album Nasyid Terbaik Dicalonkan Ahmadi Hassan - Bahagia Berkasih
2009 (AIM 16) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu Assubhu Bada Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1997/1998 Penyanyi Berkumpulan Popular Menang
1998/1999 Penyanyi Nasyid Popular Menang
2000 Penyanyi Nasyid Popular Menang
2002 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2003 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2004 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2005 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2006 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2007 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2008 Penyanyi / Artis Nasyid Popular Dicalonkan
2009 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2010 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
  • Jualan album terbaik Malaysia (PUJI-PUJIAN – 1.5 juta unit). dan terjumlah 3.5 juta unit sehingga sekarang;
  • released two compilation albums entitled “KOLEKSI NASYID TERBAIK” (2001) and “BACALAH” (2005, tenth anniversary release);
  • starred in Malaysia 's first movie with a totally Islamic theme, SYUKUR 21;
  • won many local industry music awards for a variety of achievements including Best Album, Best Vocals, Album Of The Year and Most Travelled Artistes, travelled all six continents;
  • accorded the Malaysian Book Of Records' Fastest Selling Album (Jan 1997)
  • awarded the Mahabbah award in Dubai (2006)
  • defined the Contemporary Nasyeed music genre, becoming the trendsetters and inspiring many local and international nasyeed acts
  • being the preferred benchmark for nasyeed repertoire and performances
  • appointed Peace Ambassadors representing Malaysia by the Prime Minister Department (2006);
  • launching the annual RAIHAN World Tours (2006) and most significant of all (but seldom mentioned) - inspiring millions of lives to constantly become better Muslims.
  • Termasuk daripada 50 wajah-wajah Malaysia tahun 2008.
Kulit album kompilasi termasuk Raihan.

Album-Album Raihan[sunting | sunting sumber]

Bil. Maklumat Album Senarai Lagu
01 Puji-Pujian

(1997)

  1. Puji-Pujian
  2. Peristiwa Subuh
  3. Iman Mutiara
  4. Sifat 20
  5. Rakan Selawat (Kenangan)
  6. Sesungguhnya
  7. Rayuan Rindu
  8. Rakan Selawat (Maulid) feat. Ustaz Amaluddin
  9. Kembali
  10. Assolatuwasalam feat. Ustaz Amaluddin
02 Syukur

(1997)

  1. Syukur
  2. Balada Selawat
  3. Khabar Iman
  4. Kita Hamba
  5. Thank You Allah
  6. Seal of the Prophet feat. Yusuf Islam
  7. Rukun Kita
  8. Odei Anak
  9. Damba Cinta Mu
  10. 25 Rasul
  11. God is the Light feat. Yusuf Islam
  12. Syukur (acapella)
03 Senyum

(1999)

  1. Bismillah
  2. Senyum
  3. Tak Selamanya
  4. Nabi Anak Yatim
  5. Cinta Hakiki
  6. Bersatu
  7. Anak Permata
  8. 10 Malaikat
  9. Cahaya Selawat
  10. Ya Rasullallah
  11. Bismillah (acapella)
04 Maafkan bersama

Artis Undangan

(1999)

  1. Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Rem & Ajai)
  2. Harapan Ramadhan (Raihan & Man Bai)
  3. Gema Takbir (Raihan & NowSeeHeart)
  4. Lailatul Qadar (Raihan)
  5. Mulianya Ramadhan (Rem)
  6. Ke Desa (NowSeeHeart)
  7. Hari Raya Untuk Semua (Raihan & NowSeeHeart)
  8. Iktibar Ramadhan (Amir)
  9. Satu Pagi Di Hari Raya (Raihan & NowSeeHeart)
  10. Rindu Di Aidilfitri (Ajai)
05 Koleksi Nasyid Terbaik

(2000)

  1. I'tiraf feat. Yasin & Putra Putri Raudhah) (lagu baru)
  2. Haji Menuju Allah (lagu baru)
  3. Senyum
  4. Cahaya Selawat
  5. Puji-Pujian
  6. Sesungguhnya
  7. Iman Mutiara
  8. Thank You Allah
  9. Peristiwa Subuh
  10. Syukur
  11. 25 Rasul
  12. Bismillah
  13. Ya Rasullullah
  14. Rakan Selawat (Kenangan)
  15. Al-HIjrah (lagu baru)
06 Syukur 21 (OST) -

Various Artist (2000)

  1. Taman Sari (Instrumental)
  2. I'tiraf (Raihan feat. Yasin & Putra Putri Raudhah)
  3. Tema Takbir (skor muzik)
  4. Aisyah & Lili (skor muzik & dialogue)
  5. Tanda Syukur (Mega Utami)
  6. Eco Space Launch (skor muzik & dialogue)
  7. Kenangan Kamal (skor muzik & dialogue)
  8. Prinsip Azmi (skor muzik & dialogue)
  9. Balada Lili (Man Bai)
  10. Bligo (skor muzik)
  11. Raudhah (Mega Utami)
  12. Raudah Bersatu (Raihan)
  13. I'tiraf (Mega Utami)
07 Demi Masa

(2001)

  1. Tihamah
  2. Demi Masa
  3. Kasih Sayang
  4. Mari Berhibur
  5. Bonds of Love
  6. Puji Pujian II
  7. Carilah Cinta
  8. Ashabul Kahfi
  9. Yang Disembah
  10. KIta Sama
08 Gema Alam

(2002)

  1. Mari Bersolat
  2. Gema Alam
  3. Cing Ai Ching Ai
  4. Assubhubada
  5. Perjalanan
  6. Dunia
  7. Tanya Ibu Dan Ayah
  8. Untukmu Palestin
  9. The Right Path
  10. Mengemis Kasih
09 Brotherhood

[pasaran antarabangsa]

(2003)

  1. Your Face is Bright
  2. Assolatuwasalam
  3. God is the Light
  4. Puji-Pujian
  5. The Right Path
  6. Thank You Allah
  7. Sifat 20
  8. Bonds of Love
  9. 25 Rasul
  10. Assubhubada
  11. Untuk Mu Palestin
  12. Rakan Selawat (Maulid)
  13. Seal of the Prophet
10 Allahu

(2004)

  1. Allahu
  2. Taqwa Dan Iman feat. S. Jibeng
  3. Antara Dua Cinta
  4. 'Araftu Ka feat. Mohamed Al-Husayyan
  5. Doa Tilawah
  6. Ababil
  7. Sifat Sifat Nabi
  8. Pesanan Buat Kita
  9. Your Face is Bright
  10. Dari Tuhan feat. Awie & Man Kidal
11 Koleksi Terbaik 1 Dekad:

Iqra' (Bacalah)

(2005)

  1. Bacalah (lagu baru)
  2. Assalamualaikum (lagu baru)
  3. Puji-Pujian
  4. Syukur
  5. Bismillah
  6. Ashabul Kahfi
  7. Mari Bersolat
  8. Allahu
  9. Utusan Terakhir
  10. Iman Mutiara
  11. Demi Masa
  12. Cing Ai Ching Ai
  13. Ababil
  14. Terima Kasih Ya Rasullallah
  15. God is the Light feat. Yusuf Islam
  16. Dari Tuhan feat. Awie & Man Kidal
12 Ameen

(2005)

  1. 99 Names
  2. Puasa Dulu Baru Raya!
  3. Berilah Harapan
  4. Dikir Raihan Zikir
  5. Do You Know Him? feat. Mecca To Medina
  6. Wahai Kawan
  7. Adik Remajaku
  8. Keikhlasan
  9. Terimalah Aku
  10. Ameen
13 Tawakkal

(2006)

  1. Tawakkal
  2. Doa Makan
  3. Mata Massa
  4. Keindahan Alam
  5. Wahai Saudara
  6. Tholaal Badru
  7. Bit Taqwa
  8. Salamunalaik
  9. InsyaAllah
  10. Salaam feat. Miloud 'France' Zenasni
14 Koleksi Abadi

(2007)

CD1:
  1. Puji-Pujian
  2. Iman Mutiara
  3. Rayuan Rindu
  4. Assolatuwasalam
  5. Syukur
  6. 25 Rasul
  7. Bismillah
  8. Senyum
  9. Demi Masa
  10. I'tiraf feat. Yasin & Putra Putri Raudhah
CD2:
  1. Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan)
  2. Gema Alam
  3. Allahu
  4. Taqwa Dan Iman feat. S. Jibeng
  5. Assalamualaikum
  6. 99 Names
  7. Puasa Dulu Baru Raya
  8. Satu Pagi Di Hari Raya bersama NowSeeHeart
  9. Tawakkal
  10. Doa Makan
VCD:
  1. Puji-Pujian
  2. Iman Mutiara
  3. Syukur
  4. 25 Rasul
  5. Bismillah
  6. Senyum
  7. Demi Masa
  8. I'tiraf
  9. Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan)
  10. Allahu
  11. Dari Tuhan feat. Awie & Man Kidal
  12. Assalamualaikum
  13. Puasa Dulu Baru Raya
  14. Doa Makan
15 Praises For The Prophet

(2008)

  1. Solawatul Murtadha
  2. Solawatul Burdah
  3. Ya Rasulallah Salamun Alaik
  4. Solwatus Syafaah
  5. Solawatul Mustafa
  6. Assubhu Bada
  7. Solwatul Fathilah
  8. Tholaal Badru
16 Musafir Perjuangan

(2010)

  1. Musafir Kelana
  2. Allah is Calling
  3. Nun Di Sana
  4. God is the Light
  5. Tanpa Agama
17 Lagu-Lagu Hafalan

(2011)

  1. 5 Waktu Solat
  2. Sifat 20
  3. 12 Bulan Bulan Islam
  4. 10 Malaikat
  5. 25 Rasul
  6. 99 Asmaul Husna
  7. 6 Rukun Iman
  8. 5 Rukun Islam

Agak berbeza dengan album-album Raihan sebelumnya, album

LAGU-LAGU HAFALAN lebih kepada album edutainment yang

amat sesuai untuk membantu anak-anak hafal sambil berhibur

dengan lagu-lagu yang 'catchy'.

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • 25 Rasul
  • Balada Selawat
  • Damba CintaMu
  • Al-Hijrah
  • Khabar Iman
  • Kita Hamba
  • Odei Anak
  • Rakan Selawat
  • Rukun Kita
  • Syukur (Acapella)
  • Syukur
  • Thank You Allah
  • Haji Menuju Allah
  • I'tiraf
  • 10 Malaikat
  • Anak Permata
  • Bersatu
  • Bismillah (Acapella)
  • Bismillah
  • Cahaya Selawat
  • Cinta Hakiki
  • Nabi Anak Yatim
  • Senyum
  • Tak Selamanya
  • Ya Rasulullah
  • Iman Mutiara
  • Puji - Pujian
  • Allahu
  • Sesungguhnya
  • Dari Tuhan (bersama Awie)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Saya nak berdakwah dan berniaga" - Nazrey". Utusan Malaysia. 15 Mei 2006. Dicapai 2008-09-27.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Ahmad Busyairi (6 Februari 2006). ""Bantu Corakkan Alam Sekitar"". Utusan Malaysia. Dicapai 2006-02-06.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]