Stratum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stratum Goldenville di kuari di Bedford, Kanada. Ia merupakan mendakan laut Kambria Tengah. Formasi ini melitupi separuh Nova Scotia dan direkodkan setebal 29,000 kaki di sesetengah kawasan.

Dalam bidang geologi dan berkaitan, stratum ialah lapisan batu atau tanah dengan bahagian dalamannya mempunyai ciri-ciri yang membezakannya dengan lapisan bersempadan. Setiap lapisan biasanya merupakan satu dari beberapa lapisan selari yang terletak di atas sesama sendiri, selapis demi selapis, diletak oleh kuasa alamiah. Ia mungkin merangkumi lebih ratusan ribu kilometer persegi dari permukaan Bumi. Stratum biasanya dilihat sebagai lapisan warna berlainan atau bahan struktur berbeza yang terdedah di tebing, pemotongan jalan, kuari, dan tebing sungai. Lapisan individu mungkin berbeza dalam ketebalan dari beberapa milimeter sehingga melebihi satu kilometer. Setiap lapisan mewakili cara khusus mendakan -- mendakan sungai, pasir pantai, arang batu paya, gubuk pasir, lapisan lava, dsb.


Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]