Subwilayah di Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Wilayah
Wilayah
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Sesetengah wilayah Jepun pada masa kini mahupun yang lepas dibahagikan kepada subwilayah. Subwilayah adalah sebuah cabang pejabat juridasi (支庁 shichō?) bagi kerajaan wilayah. Kebiasannya, keluasan kawasan sebuah subwilayah terdiri daripada beberapa buah bandar, pekan dan/atau kampung. Subwilayah dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada kerajaan wilayah di luar kawasan geografi wilayah Jepun.

Subwilayah pada masa kini[sunting | sunting sumber]

Subwilayah pada masa lalu[sunting | sunting sumber]

  • Hyōgo, sebuah wilayah yang sangat besar terdiri daripada 10 subwilayah, tetapi kini dikini ianya dikenali sebagai birokrasi penduduk (県民局 kenmin-kyoku?).
  • Chiba pula dapat dibahagikan kepada 5 subwilayah sehingga tahun 2003, apabila cabang pejabatnya ditukar nama kepada pusat penduduk (県民局 kenmin-kyoku?).

Tambahan pula, pada tahun 1907 Jepun telah membentuk Wilayah Karafuto bagi pentadbiran Pulau Sakhalin. Karafuto telah dibahagikan kepada 4 buah subwilayah: Toyohara (Yuzhno-Sakhalinsk), Maoka (Kholmsk), Esutoru (Uglegorsk) dan Shikuka (Makarov).

Pulau-pulau yang telah didapati oleh Jepun selepas daripada Perjanjian Versailles diletakkan dibawah Wilayah Pasifik Selatan (南洋庁 Nan'yōchō?) dari tahun 1922 sehingga 1945. Ini telah membawa kepada 6 subwilayah di Pulau Saipan, PulauYap, Pulau Palau, Pulau Truk, Pulau Pohnpei, Pulau Jaluit. Pada bulan November 1943, kesemua 6 subwilayah ini digabungkan menjadi subwilayah “timur”, “barat” dan “utara” dibawah Jepun sehinggalah pihak Jepun menyerah kalah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]