Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961
Bandar tuan rumah | Rangoon, Burma |
---|---|
Penyertaan negara | 7 |
Sukan | 13 |
Upacara pembukaan | 11 Disember 1961 |
Upacara penutupan | 16 Disember 1961 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Win Maung (Presiden Burma) |
Tempat upacara | Stadium Bogyoke Aung San |
Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara ke-2, ialah acara pelbagai sukan Asia Tenggara yang diadakan di Rangoon, Burma dari 11 hingga 16 Disember 1961 dengan 13 sukan ditampilkan dalam temasya tersebut. Ini adalah kali pertama kesemua enam ahli pengasas Persekutuan Sukan SEAP bertanding dalam temasya sukan dwitahunan itu dan kali pertama Myanmar, ketika itu dikenali sebagai Burma menjadi tuan rumah temasya itu. Burma, yang kemudiannya dikenali sebagai Myanmar adalah negara kedua yang menjadi tuan rumah Sukan Semenanjung Asia Tenggara, yang kemudiannya dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara selepas Thailand. Temasya ini telah dirasmikan dan ditutup oleh Win Maung, Presiden Burma di Stadium Bogyoke Aung San . Kutipan pingat didahului oleh tuan rumah Burma, diikuti Thailand dan Tanah Melayu.
Penyertaan
[sunting | sunting sumber]- Myanmar (tuan rumah)
- Kemboja
- Laos
- Tanah Melayu
- Singapura
- Thailand
- Vietnam Selatan
1 - Singapura masih berada di bawah pemerintahan koloni Empayar British pada masa itu.
Sukan yang dipertandingkan
[sunting | sunting sumber]- Akuatik ( )
- Olahraga ( )
- Badminton ( )
- Bola keranjang ( )
- Tinju ( )
- Lumba basikal ( )
- Bola sepak ( )
- Menembak ( )
- Lumba layar ( )
- Pingpong ( )
- Tenis ( )
- Bola tampar ( )
- Angkat berat ( )
Pungutan pingat
[sunting | sunting sumber]* Tuan rumah (Burma)
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Burma (BIR)* | 35 | 26 | 43 | 104 |
2 | Thailand (THA) | 21 | 18 | 22 | 61 |
3 | Persekutuan Tanah Melayu (MAL) | 16 | 24 | 39 | 79 |
4 | Vietnam (VIE) | 9 | 5 | 8 | 22 |
5 | Singapura (SIN) | 4 | 13 | 11 | 28 |
6 | Kemboja (CAM) | 1 | 6 | 4 | 11 |
7 | Laos (LAO) | 0 | 0 | 8 | 8 |
Jumlah (7 negara) | 86 | 92 | 135 | 313 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Medal tally". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2018. Dicapai pada 17 February 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kutipan Pingat 1959–1995
- Kutipan Pingat
- Sejarah Sukan SEA
- Sukan SEA OCA
- Jadual pingat Sukan SEA
- Pejabat SEAGF Diarkibkan 6 November 2018 di Wayback Machine
- Ahli Sukan SEA
Didahului oleh Bangkok |
Sukan Semenanjung Asia Tenggara Rangoon Sukan Semenanjung Asia Tenggara II (1961) |
Diikuti oleh: Kuala Lumpur |