Yangon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yangon
ရန်ကုန်
Rangoon
Pusat Bandaraya Yangon, menghadap Pagoda Sule dan Sungai Hlaing
Pusat Bandaraya Yangon, menghadap Pagoda Sule dan Sungai Hlaing
Negara Myanmar (Burma)
Bahagian pentadbiran Bahagian Yangon
Kerajaan
 • Datuk Bandar Brigedier Jeneral Aung Thein Lynn
Luas
 • Bandar 400 batu persegi (1,000 km2)
 • Urban 222 batu persegi (576 km2)
Populasi (2007[perlu rujukan])
 • Bandar 5,000,000 (hampir)
 • Kelompok etnik Bamar, Anglo-Burma, Cina Burma, India Burma, Kayin
 • Agama Buddha, Kristian, Islam
Laman web www.yangoncity.com.mm



Yangon (ရန္‌ကုန္‌မ္ရုိ့, populasi hampir 5,000,000 menurut banci 2007), dahulunya Rangoon, ialah bandaraya terbesar dan bekas ibu negara Myanmar. Bandaraya ini terletak di pertemuan Sungai-sungai Yangon dan Bago kira 19 batu (30 km) jauhnya dari Teluk Martaban. Di kedudukan 16°48' Utara, 96°09' Timur (16.8, 96.15), zon waktu piawainya ialah UTC/GMT +6:30 jam. Pada bulan November 2005, kerajaan tentera mula memindahkan pentadbiran pusat ke Naypyidaw, Bahagian Mandalay yang dirasmikan sebagai ibu negara baru pada 26 Mac 2006.[1]

Nama Yangon ialah gabungan dua perkataan, yan (ရန္) dan koun (ကုန္), masing-masing bermaksud "musuh" dan "berundur". Nama Yangon juga diterjemah sebagai "tamatnya persengketaan". "Rangoon" pula kebarangkaliannya berasal daripada kecurangan pendatang British menyebut nama "Yangon" dalam dialek Arakan dari bahasa Burma.

Setelah pemimpin tentera Jeneral Ne Win mengambil alih pemerintahan negara pada tahun 1962, Yangon masih mundur berbanding bandaraya-bandaraya lain di Asia Tenggara sehingga hari ini. Sektor pembinaan amat pesat, kebanyakannya hasil kemasukan pelaburan asing (dari Singapura dan China). Kebanyakan banguan perumahan dan komersil bertingkat-tingkat (taik) telah dibina atau dimodelkan semula di seluruh Pusat Bandaraya Yangon dan kawasan sekelilingya. Yangon mempunyai bangunan kolonial terbanyak di Asia Tenggara hari ini.[2] Pejabat kerajaan di dalam bangunan kolonial (cth. Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaraya, Pasar Bogyoke dan Hospital Besar) telah disenaraikan untuk pengubahsuaian.[3] Bandar Baru (မ္ရုိ့သစ္) dan kawasan pinggir bandar yang lain, seperti Perbandaran Thaketa masih lagi dalam keadaan miskin.

Yangon ialah sebuah ahli Asian Network of Major Cities 21.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Yangon adalah hub domestik dan antarabangsa utama untuk pengangkutan udara, air dan darat.

Udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, terletak 12 batu (19 km) daripada pusat bandar merupakan tempat masuk utama negara bagi pengangkut udara domestik dan antarabangsa. Lapangan ini mempunyai tiga buah terminal, yang dikenali sebagai T1, T2 dan T3. Terdapat penerbangan terus ke bandar-bandar penting di Asia seperti – Doha, Dubai, Dhaka, Kolkata, Hanoi, Ho Chi Minh City, Hong Kong, Tokyo, Beijing, Seoul, Guangzhou, Taipei, Bangkok, Kuala Lumpur, Kunming dan Singapura. Meskipun syarikat penerbangan tempatan menawarkan perkhidmatan ke sekitar 20 lokasi dalam negara, kebanyakan penerbangan adalah ke destinasi-destinasi pelancongan seperti Bagan, Mandalay, Heho and Ngapali, dan ibu negara Naypyidaw.

Keretapi[sunting | sunting sumber]

Stesen Keretapi Yangon Tengah merupakan terminal utama bagi Myanmar Railways'; sebuah jaringan keretapi sepanjang 5,403-kilometer (3,357 b)[4] yang merangkumi Myanmar Hulu (Naypyidaw, Mandalay, Shwebo), bahagian utara (Myitkyina), pergunungan Shan (Taunggyi, Lashio) dan pantai Taninthayi (Mawlamyaing, Dawei).

Yangon Circular Railway mengoperasikan sebuah jaringan keretapi komuter sebanyak 39 buah stesen sepanjang 45.9-kilometer (28.5 b) yang menghubungkan bandar-bandar satelit Yangon. Sistem ini banyak digunakan oleh penduduk tempatan, dengan menjual sekitar 150,000 tiket setiap hari.[5]Perkhidmatan komuter bertambah popular sejak pihak kerajaan menurunkan kadar subsidi petrol pada bulan Ogos 2007.[5]

Bas dan kereta[sunting | sunting sumber]

Yangon mempunyai jaringan jalan raya sepanjang 4,456-kilometer (2,769 b) yang terdiri dari semua jenis (seperti tar, konkrit dan tanah merah) setakat bulan Mac 2011. Kenbanyakan jalanraya berada dalam keadaan yang teruk dan tidak cukup meluas untuk menampung pertambahan jumlah kenderaan.[6] Majoriti penduduk Yangon tidak mampu untuk membeli kereta dan bergantung pada jaringan ekstensif bas untuk bergerak. Lebih daripada 300 syraikat bas awam dan persendirian mengoperasikan sekitar 6,300 buah bas di seluruh bandar, membawa lebih 4.4 juta penumpang sehari.[7][8] Kesemua bas dan 80% teksi di Yangon menggunakan gas asli cecair (CNG), berikutan sebuah dekri kerajaan pada tahun 2005 untuk menjimatkan wang bagi mengimport petroleum.[9] Bas-bas lebuhraya ke bandar-bandar lain berlepas daripada Terminal Bas Lebuhraya Dagon Ayeyar ke bahagian delta Irrawaddy manakala Terminal Bas Lebuhraya Aung Mingala untuk ke bahagian-bahagian lain di seluruh negara.[10]

Sebuah bas panduan sebelah kanan yang diubahsuai untuk kegunaan trafik pemanduan sebelah kanan di jalan-jalan Yangon

Pengangkutan bermotor di Yangon adalah sangat mahal bagi kebanyakan penduduknya. Pihak kerajaan hanya membenarkan hanya beberapa ribu buah kereta sahaja diimport masuk pada setiap tahun ke dalam negara dengan jumlah penduduk melebihi 50 juta ini,[11] harga-harga kereta di Yangon (dan di Burma) adalah antara yang tertinggi di dunia. Pada bulan Julai 2008, dua buah model kereta terkenal di Yangon, Nissan Sunny Super Saloon model tahun 1986/87 dan Toyota Corolla SE Limited tahun 1988, berharga sekitar AS$20,000 dan AS$29,000.[12] Sebuah kenderaan utiliti sport yang diimport yang berharga sekitar AS$50,000, boleh melonjak naik sehingga AS$250,000.[11] Kereta import tak berdaftar yang dibawa masuk secara haram lebih murah – tipikalnya sekitar separuh harga dari kereta yang berdaftar. Apa-apapun, penggunaan kereta di Yangon yang semakin meningkat, sebuah tanda akan peningkatan jumlah pendapatan bagi sesetengah orang, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan Yangon. Pada tahun 2011, Yangon mempunyai kira-kira 300,000 buah kenderaan berdaftar selain jumlah kenderaan tidak berdaftar yang tidak diketahui.[6]

Sejak tahun 970, kenderaan mesti dipandu di bahagian kanan jalanraya di Burma, sebahagian daripada dekri kerajaan tentera.[13] Walaubagaimanapun, kerajaan tidak mewajibkan kereta-kereta stereng sebelah kananl untuk mematuhi peraturan pemanduan di sebelah kanan jalanraya, kebanyakan kereta di atas jalan-jalan raya masih menggunakan kereta yang dipadankan dengan stereng sebelah kanan. Kereta terpakai Jepun, yang banyak dibawa masuk masih menggunakan stereng sebelah kanan dan tidak pernah diubahsuai ke sebelah kiri. Akibatnya, para pemandu di Burma terpaksa bergantung pada para penumpang mereka apabila ingin memotong kenderaan lain.

Sebuah teksi di Yangon

Dalam kawasan bandar Yangon, menjadi satu kesalahan untuk membawa beca, basikal dan motosikal. Sejak bulan Februari 2010, perkhidmatan bas trak pikap dilarang untuk beroperasi di enam buah perbandaran di tengah Yangon, iaitu Latha, Lanmadaw, Pabedan, Kyauktada, Botahtaung dan Pazundaungs.[14] Pada Mei 2003, satu larangan menggunakan hon kereta telah dikuatkuasakan di enam buah perbandaran di Yangon bagi mengurangkan percemaran bunyi.[15] Pada April 2004, hon kereta telah diperluaskan ke seluruh kawasan bandar.[15]

Sungai[sunting | sunting sumber]

Empat buah jeti utama di Yangon kesemuanya terletak berdekatan dengan pinggir bandar. Ia digunakan untuk mengangkut penduduk tempatan menyeberangi sungai ke Dala dan Thanlyin, serta ke Delta Irrawaddy.[16] Terusan Twante sepanjang 22-batu (35 km) merupakan laluan terpantas daripada Yangon ke delta Irrawaddy sehingga tahun 1990-an apabila jalan-jalan yang menghubungkan Yangon dan Divisyen Irrawaddy boleh digunakan sepanjang tahun. Meskipun feri penumpang ke delta masih digunakan, perjalanan ke Burma Hulu melalui sungai Irrawaddy kini terhad untuk tujuan mudik bagi membawa pelancong.

Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Agama-agama utama yang dianuti di Yangon adalah Buddhisme, Kristian, Hinduisme, dan Islam. Pagoda Shwedagon merupakan sebuah mercu tanda keagamaan terkenal di bandar ini.

Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Yangon adalah anggota bagi Jaringan Bandar Utama Asia 21.

Bandar berkembar[sunting | sunting sumber]

Yangon berkembar dengan:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Burma's new capital stages parade". BBC News. 2006-03-27. Dicapai pada 2006-08-03. 
  2. ^ Martin, Steve (2004-03-30). "Burma maintains bygone buildings". BBC News. Dicapai pada 2006-05-22. 
  3. ^ "Special Report". Myanmar Times. Dicapai pada 2006-08-13. 
  4. ^ "MR to link Mandalay and Bhamo". New Light of Myanmar. 22 February 2010. 
  5. ^ a b Yeni (30 January 2008). "The Railway Bazaar". The Irrawaddy. 
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan w11-30yr-plan tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan uncrd tidak disediakan
  8. ^ Yan Naing Hein. "First private bus line in Yangon launched". The Myanmar Times. 
  9. ^ Wai Moe (14 October 2008). "Rangoon Commuters Afraid of Gas Explosions". The Irrawaddy. 
  10. ^ "Getting Around Yangon". Myanmar's Net. Dicapai pada 14 October 2008. 
  11. ^ a b "Burmese Economy Is an Obstacle to Aid". The New York Times. 29 May 2008. 
  12. ^ Thomas Kean (2 June 2008). "Clash of the titans on streets of Yangon". The Myanmar Times. 
  13. ^ "Burma Makes Road Switch". The New York Times. 7 December 1970. Dicapai pada 22 May 2010. 
  14. ^ Nay Nwe Moe Aung (24 February 2010). "Authorities ban light truck buses in downtown areas". Myanmar Times. Dicapai pada 18 August 2011. 
  15. ^ a b Shwe Yinn Mar Oo (10 December 2007). "Vehicle horn penalties increased". Myanmar Times. Dicapai pada 18 August 2011. 
  16. ^ "Yangon – Getting there and around". Lonely Planet. Dicapai pada 26 July 2009. 
  17. ^ Nwe Nwe Aye & Wai Phyo Myint (30 May 2005). "Yunnan keen to boost economic, trade ties". The Myanmar Times. 
  18. ^ "Nanning and Yangon Become Sister Cities". City Government of Nanning. 18 July 2009. 
  19. ^ http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=652059
  20. ^ Busan, Yangon, Myanmar Become Sister Cities (2013-01-22). "Busan, Yangon, Myanmar Become Sister Cities". Haps Magazine. Dicapai pada 2016-08-03. 
  21. ^ Business (2012-11-10). "Yangon, Turin to establish connectivity as sister cities". Myanmar Update. Dicapai pada 2016-08-03. 
  22. ^ [1] Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 16.7982° U 96.1647° T