Pergi ke kandungan

Sultan Abdullah Al-Mu'adzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sultan Abdullah Muadzam Shah)
Sultan Abdullah Mu'adzam Shah
سلطان عبد الله معظم شاه
Paduka Seri Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kedah Darul Aman
Pemerintahan1698–1706
Didahului olehSultan Ataullah Muhammad Shah II
Diikuti olehSultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I
Kemangkatan22 September 1706
Istana Baginda, Kota Bukit Pinang
PemakamanMakam Diraja Langgar, Langgar, Kota Setar
PasanganWan Nang Mas
AnakandaTunku Muhammad Jiwa
Tunku Ahmad Tajuddin
Tunku Aisyah
Nama penuh
Tunku Abdullah ibni Tunku Ataullah
Nama diraja
Sultan Abdullah Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Ataullah Muhammad Shah
Nama selepas mangkat
Marhum Bukit Pinang II
KerabatMahawangsa
AyahandaSultan Ataullah Muhammad Shah II
BondaTunku Maheran
AgamaIslam

Sultan Abdullah Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Ataullah Muhammad Shah (Jawi: سلطان عبد الله معظم شاه ابن المرحوم سلطان عطاء الله محمد شاه; mangkat tahun 1706) ialah Sultan Kedah ke-17. Baginda merupakan putera kepada Sultan Ataullah Muhammad Shah II dan Tunku Maheran.

Pada 17 November 1698, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-17 selepas kemangkatan ayahanda baginda dan bersemayam di Kota Bukit Pinang.[1]

Kehidupan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Abdullah Mu'adzam Shah merupakan putera sulung kepada Sultan Ataullah Muhammad Shah II dan Permaisuri Tunku Maheran. Baginda juga mempunyai dua orang adinda bernama Tunku Ibrahim dan Tunku Latifah.

Baginda telah berkahwin dengan Wan Nang yang diberi pangkat Paduka Bonda. Baginda berdua dikurniakan tiga orang anakanda iaitu dua putera bernama Tunku Muhammad Jiwa dan Tunku Ahmad Tajuddin serta seorang puteri bernama Tunku Aisyah.[2]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Setelah menaiki takhta, Sultan Abdullah Mu'adzam Shah bersama jemaah menteri baginda telah bermuafakat untuk mengangkat adinda baginda, Tunku Ibrahim sebagai Raja Muda. Raja Muda Ibrahim telah membangunkan sebuah bandar baharu yang bernama Kota Limbong dan bersemayam di sana. Baginda bersama jemaah menteri bermuafakat untuk memasyhurkan adinda ipar baginda, Tengku Ishak sebagai Raja Temenggung, menggantikan nendanya, Raja Temenggung Sulaiman yang baru mangkat. Tengku Ishak juga merupakan suami kepada adinda baginda, Tunku Latifah.[2] Pada 17 Jun 1701, baginda telah memerintahkan Raja Muda Ibrahim untuk membina suatu kawasan pemakaman diraja di Kota Limbong yang kini dikenali sebagai Makam Diraja Langgar.[1]

Baginda dikatakan merupakan seorang sultan yang amat mengambil berat hal ehwal dalam dan luar negeri. Baginda juga telah membenarkan putera sulung baginda, Tunku Muhammad Jiwa ke luar negeri untuk merantau. Namun begitu, baginda berada dalam keadaan kemasyghulan kerana rindu akan putera baginda itu yang terlalu lama merantau.[1]

Pada 22 September 1706 bersamaan 13 Jamadilakhir 1118 Hijrah, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Setar.[1]

  1. ^ a b c d To' Kerani Mohd Arshad, Muhammad Hassan (1968). Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (PDF). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ a b Adil, Buyong (1980). Sejarah Kedah (PDF). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Didahului oleh
Sultan Ataullah Muhammad Shah II
Sultan Kedah
1698-1706
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I