Sultan Ahmad, Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nama asal baginda ialah Tengku Long Sulong, iaitu putera sulong Sultan Muhammad II. Baginda lebih dikenali dengan nama Sultan Ahmad Tengah. Baginda menaiki takhta pada tahun 1886[1] menggantikan ayahandanya Sultan Muhammad II. Sebelum itu dilantik oleh Siam sebagai Gabenor Kelantan dengan gelaran Phraya Rajadipati Putrapurutravisesa Pradisvara Rajanarubadindra Surindra Ravivamsa (Phraya Ratsathibodi Butburutphiset Prathetsaratchanarubodin Surintharawiwangsa) pada 14 Jun 1869 merangkap Raja Kelantan (Pewaris Takhta Pertama). Pihak Siam kemudian mengiktirafnya sebagai Sultan Kelantan yang sah. Pada 1887, baginda membina Istana Jahar.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Baginda dilaporkan mempunyai 9 orang isteri dan dikurniakan 16 orang putera dan 13 orang puteri. Diantara putera baginda adalah:-

  1. Long Kundur
  2. Tengku Muhammad Saleh yang menjadi Temenggung
  3. Tengku Muhammad Patani
  4. Tengku Besar Tuan Mahmud (Tengku Sri Maharaja Tua)
  5. Tengku Idris (Tengku Petra Semerak) dianugerahi gelaran Phra Negararatta Nararaksha (Phra Nakaret Noraraks) oleh Raja Siam
  6. Tengku Sulaiman (Tengku Sri Vikrama Raja) dianugerahi gelaran Phra Rajanukara Prasidha (Phra Rachanukarn Prasit) oleh Raja Siam.
  7. Long Mansur
  8. Tengku Besar Yusuf (Tengku Besar Indra Raja)
  9. Tengku Chik Tuan Abdullah (Tengku Bendahara)
  10. Tengku Ibrahim
  11. Tengku Yakub
  12. Tengku Abdul Rahman[2] (Tengku Sri Asmara di-Raja)

Baginda turut berbesan dengan Long Mansor Bin Long Demor (Tengku Sri Maharaja) yang memerintah timur Kelantan:

  1. Tengku Salleh (putera Long Mansor) berkahwin dengan Tengku Kembang (puteri Sultan Ahmad)
  2. Tengku Besar (putera Sultan Ahmad) berkahwin dengan Tengku Kalsom (puteri Long Mansor)

Perkahwinan ini dipercayai bermotif politik dan ada kaitan dengan usaha-usaha untuk menyatukan kerabat diraja Kelantan.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmad mangkat pada 27 Februari 1890.[3]

Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1886 – 1890
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad II Sultan Muhammad III

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Shahril Talib (2003). History of Kelantan : 1890 - 1940. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9839961489. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shahril Talib, ms 37.
  2. ^ Shahril Talib, ms 38.
  3. ^ Shahril Talib, ms 37.