Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Bharubhasa
Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam
raja Kelantan
Pemerintahan1339 - 1362
AnakandaSultan Baki Shah
KerabatDinasti Chermin
AyahandaRaja Sang Tawal
AgamaIslam

Pada tahun 1339, Raja Bharubhasa iaitu putera Raja Sang Tawal yang berpusat di Langkasuka telah membangunkan sebuah empayar baru, tetap usia empayar ini sangat singkat. Empayar ini dinamakan Chermin dan ianya meliputi Bahagian Utara Semenanjung, Champa, Kemboja dan Samudera Pasai. Namun, enam tahun kemudian empayar ini telah runtuh pada 1345 setelah Champa dan Kemboja memberontak dan ancaman dari Kerajaan Ayudhia hingga Raja Bharubhasa terpaksa membayar ufti kepada Ayudhia (Sukhotai) ini. Hal ini juga menyebabkan seluruh Semenanjung sehingga pulau Temasik turut termasuk bawah penguasaan Ayudhia.

Raja Bharubhasa telah memindahkan ibu kotanya ke Kelantan iaitu tempat nenek moyangnya(Bukit Panau)dan masuk Islam dan menggunakan gelaran Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam (Bukit Panau)[perlu rujukan]. Sejak itu Kelantan kembali berperanan dalam sejarah. Pada tahun 1357, Gajah Mada dengan tenteranya dari Majapahit dari Jawa Timur telah menggempur kedudukan Ayudhia di Pulau Temasik untuk menghapuskan penguasaannya keatas tanah semenanjung.

Setelah itu, negeri-negeri dalam semenanjung termasuk Kelantan telah tunduk tanpa perang kepada Majapahit. Gajah Mada telah bergabung dengan Raja Bharubhasa[perlu rujukan] memimpin tentera masing-masing menyerang ke utara untuk meluaskan kekuasaan Majapahit ke Dataran hingga ke Ayudhia dan Kemboja.

Maharaja Majapahit, Sri Maharaja Hayam Wuruk membahagikan empayarnya yang besar kepada dua :

Majapahit Timur : Meliputi Kepulauan berpusat di ibu kota Majapahit, Jawa Timur danMajapahit Barat : Meliputi Semenanjung, Sumatera, Ayudhia dan Kemboja berpusat di Kelantan. Majapahit Barat ini segera dinamakan Empayar Chermin Jiddah.

Bermula 1395, Raja Ayutthiya telah memberontak dan menyerang ke Selatan untuk menguasai negeri-negeri dalam Semenanjung hingga ke Pulau Temasik dalam tahun 1401.

Sumber[sunting | sunting sumber]