Sungai Belacho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Belacho
Sungei Belacho, Sg. Belacho
Sungai Belacho is located in Bumi
Sungai Belacho
Sungai Belacho (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 130 dan 150 meter (426.5 dan 492.1 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 800 meter ke arah barat daya dari Rumah Muran, Daerah Selangau
 • koordinat
2°22′47″N 112°24′00″E / 2.37962°N 112.40007°E / 2.37962; 112.40007Koordinat: 2°22′47″N 112°24′00″E / 2.37962°N 112.40007°E / 2.37962; 112.40007
 • ketinggian
di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka)
Panjang2.13 kilometer (1.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Belacho (Jawi: سوڠاي بلاچو) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Belacho merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Belacho yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Belacho dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Belacho yang telah direkodkan terletak di 2°23′N 112°24′E / 2.383°N 112.400°E / 2.383; 112.400 (Sungai Belacho).[5][6] Sungai Belacho dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1780271.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Belacho berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 1.35 kilometer (0.8 bt) ke bahagian timur laut dari Rumah Muran dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Belacho terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Belacho mengalir ke arah barat daya dahulu, kemudian berkelok sedikit ke selatan. Tatkala terdapat anak sungai dari kawasan Bukit Jatan, Sungai Belacho akan berkelok ke arah barat untuk menuju ke hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Belacho dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Camtuman ini terletak di kira-kira 800 meter ke arah barat daya dari Rumah Muran.[1][2]

Sungai Belacho mengalir sepanjang kira-kira 2.13 kilometer (1.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Belacho terletak di ketinggian di antara 130 dan 150 meter (426.5 dan 492.1 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Kukok pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Belacho merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Senunok dan Sungai Sebaya.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Belacho.[7] Kawasan lembah Sungai Belacho dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Belacho hanyalah Rumah Muran.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Belacho mempunyai dua batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Senunok, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Sebaya, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Belacho, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.