Sungai Gadut
Pekan Sungai Gadut | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Seremban |
Mukim | Pekan Sungai Gadut |
Keluasan | N/A |
Sungai Gadut merupakan sebuah pekan dan kawasan perindustrian yang terletak 9 kilometer dari Seremban. Merupakan kawasan industri yang ke-2 terpenting di kawasan Senawang, Sungai Gadut mempunyai kilang-kilang yang bertaraf antarabangsa dari dalam dan luar negara. Kawasan ini turut mempunyai kawasan perumahan di sekitarnya. Kawasan ini strategik kerana dihubungi dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan melalui EXIT 220 Persimpangan Senawang,
Laluan Persekutuan 1, dan Jalan Sungai Gadut-Rantau N5. Sungai Gadut mempunyai stesen komuter yang dinamakan stesen komuter Sungai Gadut. Kawasan ini terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai.
Penempatan[sunting | sunting sumber]
Taman perumahan di Sungai Gadut[sunting | sunting sumber]
- Taman Pinggiran Senawang
- Taman Seremban Selatan
- Taman Tuanku Jaafar
- Taman Tuanku Ampuan Najihah
- Taman Seremban Jaya
- •Taman Senawang Perdana
- Taman Seremban Jaya