Pergi ke kandungan

Rantau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rantau

Rantau terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Dalam peta terletak pada koordinat ° 35' 0" Utara, 101° 58' 0" timur. Dari Kuala Lumpur, pekan ini boleh dicapai menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan keluar melalui plaza tol selepas bandar Seremban.

Antara lokasi berdekatan ialah Siliau, Port Dickson, Seremban, Pedas dan Rembau. Kampung dan taman berdekatan ialah Kampung Baru, Kuala Sawah, Kampung Siliau, Taman Tuanku Jaafar, Kampung Solok, Taman Pasir Mas dan Felda Gugusan Rantau. Ekonomi utama di sini ialah sektor pertanian terutama kelapa sawit.

Antara tokoh tempatan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohamad bin Haji Hasan , PU Azman, Tan Sri Aspa.

Masjid yang terdapat di Pekan Rantau ini adalah Masjid Jamek Pekan Rantau, Muzium Pak Aspa [1]

Nama Rantau berasal daripada pedagang Dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Melayu. Lalu para pedagang tersebut menjumpai kawasan yang subur bagi tujuan hasil pertanian. Rantau juga dikenali sebagai kawasan perdagangan yang strategik pada masa tersebut. Apabila para pedagang tersebut mahu menamakan kawasan tersebut mereka buntu lalu mengadakan mesyuarat. Semasa mesyuarat berlangsung seorang pedagang yang bernama Pak Aspa yang berjiwa patriotik menanyakan soalan kepada pedagang lain “Apa yang sedang kita buat sekarang wahai pedagang?” kata Pak Aspa dengan penuh keyakinan dan non-chalant . Lalu pedagang yang lain pun menyahut “Merantau !” . Dari situlah nama Rantau diperkenalkan di atas jasa Pak Aspa yang berjiwa kepemimpinan. Kita mestilah bersyukur kerana kebijaksanaan Pak Aspa berjaya menyelesaikan masalah di kawasan Rantau.