Pergi ke kandungan

Stesen Komuter Sungai Gadut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen keretapi Sungai Gadut)
Sungai Gadut
 KB15  KTM_Komuter_Logo
Stesen kereta api komuter
Bahagian hadapan stesen
Nama lainJawi: سوڠاي ݢادوت
Cina: 双溪芽笃
Tamil: சுங்கை காடுட்
LokasiStesen Keretapi Sungai Gadut, Taman Pinggiran Senawang, 71450 Seremban, Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang
Platform1 platform pulau
Trek3
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Dielektrikkan14 Mei 2011; 15 tahun yang lalu (2011-05-14)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Senawang
menghala ke Batu Caves
Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin Rembau
Lokasi
Map

Stesen komuter Sungai Gadut merupakan sebuah stesen kereta api komuter yang terletak di dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Stesen ini hanya mempunyai satu jenis perkhidmatan tren iaitu KTM Komuter Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin.

Stesen asal

[sunting | sunting sumber]

Asalnya, terdapat sebuah stesen lama pada laluan kereta api Pantai Barat yang turut menjadi salah perhentian utama bagi jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR).

Naik taraf

[sunting | sunting sumber]

Stesen tersebut kemudiannya telah digantikan dengan sebuah stesen baharu yang lebih besar dan canggih. Malah, stesen ini merupakan stesen kereta api bertingkat yang pertama di seluruh negara.

Ia dibuka pada 14 Mei 2011, serentak dengan pembukaan stesen Senawang serta lanjutan perkhidmatan komuter laluan Seremban–Sungai Gadut (SSG). Sempena pembukaannya, KTMB telah menawarkan 7 hari perjalanan percuma bermula pada tarikh tersebut sehingga 20 Mei 2011. Stesen ini telah dirasmikan pada 24 Mei 2011 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan. Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Seri Kong Cho Ha.

Perkhidmatan komuter

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Oktober 2015, KTMB telah melanjutkan perkhidmatan ulang-alik komuter SSG ke arah selatan sehingga ke Gemas, sejurus selesainya Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Seremban–Gemas. Perkhidmatan ini merupakan perintis kepada laluan komuter sektor selatan.[1][2][3]

Pelancaran perkhidmatan ini juga menandakan perkhidmatan KTM Komuter terpanjang di Malaysia ketika itu, iaitu antara stesen Tanjung Malim di utara dan stesen Gemas.[4]

Laluan ini kemudiannya mengalami perubahan berkuat kuasa 15 Disember 2015. Bagi laluan Seremban, terminal utaranya diubah daripada Tanjung Malim kepada Batu Caves, dan laluan tersebut dikenali sebagai Batu Caves–Gemas.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak kekal lama apabila KTMB memaklumkan penamatan operasi ulang-alik di stesen Batang Melaka dan Gemas, manakala stesen Pulau Sebang/Tampin dijadikan stesen akhir laluan tersebut bermula 20 Jun 2016. Laluan tersebut telah dikenali sebagai Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin sehingga ke hari ini.

  1. "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  2. "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  3. "KTMB introduces new commuter service from Seremban to Gemas". The Malaysian Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2015. Dicapai pada 3 Oktober 2015.
  4. "Longest KTM Komuter Klang Valley & Southern Sector Journey from Gemas to Tanjung Malim". RailTravel Station. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.