Sungai Hulu Mukah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Hulu Mukah
Anak sungai kepada Batang Mukah
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 4 km (2.5 bt) ke barat daya dari kemuncak Bukit Kemayau
 • koordinat2°15′34″N 112°48′19″E / 2.259392°N 112.805372°E / 2.259392; 112.805372
 • ketinggiankira-kira 290–320 m (950–1,050 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke tenggara dari Rumah Indong
 • koordinat
2°17′38″N 112°36′33″E / 2.2939°N 112.60916°E / 2.2939; 112.60916Koordinat: 2°17′38″N 112°36′33″E / 2.2939°N 112.60916°E / 2.2939; 112.60916
 • ketinggian
kira-kira 75–95 m (246–312 ka)
Panjang27 km (17 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Mukah
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiMukah[3]
Anak sungai 
 • kiriSungai Mabau, Sungai Satungkal, Sungai Kerangan, Sungai Metah
 • kananSungai Butan, Sungai Buayau, Sungai Oyau, Sungai Bila Depan, Sungai Ensurai, Sungai Tebalian
Peta topografiJUPEM Punjut Langi (DNMM5201)

Sungai Hulu Mukah (Jawi: سوڠاي هولو موكه) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Hulu Mukah merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Hulu Mukah juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Hulu Mukah pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "Hulu Mukah".[1][3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Hulu Mukah dalam GeoNames ialah 1737180.[4] Sungai Hulu Mukah juga mempunyai nama lain iaitu Hulu Mukah, Sungai Ulu Mukah dan Ulu Mukah.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Hulu Mukah berpunca di sekitar kawasan perhutanan primer, Hutan Simpan Mukah Hills di dekat sempadan Daerah SelangauTatau, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 4 km (2.5 bt) ke arah barat daya dari kemuncak Bukit Kemayau dalam Daerah Tatau. Ketinggian di punca bagi Sungai Hulu Mukah ialah di antara 290 dan 320 m (951.4 dan 1,049.9 ka) dari atas permukaan laut.Sungai Hulu MUkah merupakan sebagai daripada Batang Mukah. Pergerakkan Sungai Hulu Mukah pada umumnya akan menuju ke bahagian barat untuk bercamtum dengan Sungai Woh sebagai penamat untuk membentuk aliran sungai baharu yang bernama Batang Mukah; dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan sebagai penamat Batang Mukah. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke arah tenggara dari kawasan Rumah Indong anak Kulu, Sarawak di ketinggian di antara 75 dan 95 m (246.1 dan 311.7 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Hulu Mukah dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Sungai Hulu Mukah ialah kira-kira 27 km (17 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Hulu Mukah merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam sistem lembangan Mukah terletak di antara Sungai Woh dan Sungai Butan.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Hulu Mukah.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Hulu Mukah dilitupi dengan kawasan perhutanan yang tebal.[5][6]

Dari hilir ke hulu, terdapat dua belas batang anak sungai yang bernama dalam lembangan Sungai Hulu Mukah dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu:[1][3]

Berikut ialah kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Hulu Mukah:[1][3]

  • Rumah Madang

Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Hulu Mukah ialah Song, yang terletak di bahagian barat daya dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Woh, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Punjut Langi (203). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d e f Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Hulu Mukah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.