Sungai Woh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Woh
Anak sungai kepada Batang Mukah
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberSungai Tanu Antu
 • lokasikira-kira 3.6 km (2.2 bt) ke utara dari kemuncak Bukit Pantu
 • koordinat2°13′14″N 112°36′10″E / 2.220625°N 112.602841°E / 2.220625; 112.602841
 • ketinggiankira-kira 390–400 m (1,280–1,310 ka)
Sumber keduaSungai Hulu Woh
 • lokasikira-kira 2.5 km (1.6 bt) ke utara dari kemuncak Bukit Maleng
 • koordinat2°18′31″N 112°28′27″E / 2.30849°N 112.474073°E / 2.30849; 112.474073
 • ketinggiankira-kira 500–510 m (1,640–1,670 ka)
Kuala sumber 
 • lokasikira-kira 4.9 km (3.0 bt) ke barat laut dari kemuncak Bukit Maleng
 • koordinat2°13′51″N 112°36′58″E / 2.230917°N 112.616016°E / 2.230917; 112.616016
 • ketinggiandi antara 150 dan 160 meter (492.1 dan 524.9 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke tenggara dari Rumah Gayot
 • koordinat
2°17′34″N 112°36′32″E / 2.29279°N 112.60889°E / 2.29279; 112.60889Koordinat: 2°17′34″N 112°36′32″E / 2.29279°N 112.60889°E / 2.29279; 112.60889
 • ketinggian
kira-kira 75–85 m (246–279 ka)
Panjang18.8 km (11.7 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Mukah
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiMukah[3]
Anak sungai 
 • kiriSungai Tanu Antu, Sungai Tekam, Sungai Mayang Mit, Sungai Tapang Nyimbong
 • kananSungai Hulu Woh, Sungai Ulan, Sungai Kerangan, Sungai Mayang
Peta topografiJUPEM Punjut Langi (DNMM5201)

Sungai Woh (Jawi: سوڠاي ووه) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia.[4] Secara pentadbirannya, Sungai Woh merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Woh juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah (Sungai Mukah) dalam Bahagian Sibu.[2][5] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Dalam lembangan Sungai Woh, ia merangkumi sebanyak lapan anak sungai yang bernama. Lapan sungai yang terbabit dengan urutan dari hulu sungai ke hilir sungai ialah Sungai Hulu Woh, Sungai Tanu Antu, Sungai Ulan, Sungai Tekam, Sungai Kerangan, Sungai Mayang, Sungai Mayang Mit dan Sungai Tapang Nyimbong.[1][3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Woh pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Woh".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Woh dalam GeoNames ialah 1737197.[5] Sungai Woh juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Woh.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Woh terbentuk akibat pertemuan dua sungai di pedalaman negeri Sarawak; dua sungai yang terbabit ialah Sungai Tanu Antu dan Sungai Hulu Woh. Pertemuan ini terbentuk di sekitar kawasan perhutanan primer yang bernama Hutan Simpan Mukah Hills di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Lokasi pertemuan bagi sungai ini terletak kira-kira 4.9 km (3.0 bt) ke arah barat laut dari kemuncak Bukit Maleng. Ketinggian di pertemuan dengan sungai yang membentuk Sungai Woh ialah di antara 150 dan 160 m (492.1 dan 524.9 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Woh pada peringkat hulu adalah menuju ke timur, dan apabila bertemu dengan Sungai Ulan, aliran sungai berubah menuju ke arah barat laut. Aliran sungai kekal ke arah barat laut sehingga menuju ke tamat. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke arah tenggara dari Rumah Gayot, Sarawak di ketinggian di antara 75 dan 85 m (246.1 dan 278.9 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Woh dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Mukah ialah kira-kira 18.8 km (11.7 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Woh merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Labawong dan Sungai Hulu Mukah.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Woh.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Woh dilitupi dengan kawasan perhutanan, dan semak belukar.[6][7] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Woh namun Rumah Gayot dan Rumah Indong anak Kulu merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Woh ialah Selangau, yang terletak di bahagian barat laut dari sungai ini.[1][3]

Terdapat lapan batang anak sungai yang bernama dalam lembangan Sungai Woh dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu:[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Punjut Langi (203). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d e f Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  5. ^ a b c d "Sungai Woh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  7. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.