Sungai Ngayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Ngayah
Sungei Ngayah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 0.84 km (0.52 bt) ke timur dari Kampung Baru Selangau, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 45 dan 65 meter (147.6 dan 213.3 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 1.08 km (0.67 bt) ke timur laut dari Rumah Nangkai, Daerah Selangau
 • koordinat
2°34′05″N 112°18′21″E / 2.56796°N 112.30575°E / 2.56796; 112.30575Koordinat: 2°34′05″N 112°18′21″E / 2.56796°N 112.30575°E / 2.56796; 112.30575
 • ketinggian
di antara 25 dan 45 meter (82.0 dan 147.6 ka)
Panjang7.02 kilometer (4.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiMukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201/MY512A)

Sungai Ngayah (Jawi: سوڠاي ڽايه) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[4] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Ngayah telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994. Pengenal pasti Sungai Ngayah dalam GeoNames ialah 1753645.[5] Nama lain bagi Sungai Ngayah yang dicatatkan ialah Sungei Ngayah sahaja.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Ngayah berpunca di kawasan perhutanan sekunder dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 0.84 kilometer (0.5 bt) ke bahagian timurdari Kampung Baru Selangau. Sungai Ngayah mengalir ke arah barat dahulu di peringkat hulu lalu mengalir ke arah barat laut dengan beberapa likuan sungai yang terbentuk untuk menuju ke penamat. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Ngayah dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di lebih kurang 1.08 kilometer (0.7 bt) ke bahagian timur laut dari Rumah Nangkai.[1][2]

Sungai Ngayah mengalir sepanjang kira-kira 7.02 kilometer (4.4 bt) dari punca ke muaranya di Batang Mukah. Punca bagi Sungai Ngayah terletak di ketinggian di antara 45 dan 65 meter (147.6 dan 213.3 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Ngayah pula terletak di ketinggian di antara 25 dan 45 meter (82.0 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Ngayah merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Likau dan Sungai Maga.[5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Ngayah.[6] Kawasan lembah Sungai Ngayah dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][6] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Ngayah ialah Rumah Nangkai, Rumah Linggi, Rumah Bundan dan Kampung Baru Selangau.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Likau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Maga, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2005). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  5. ^ a b c d "Sungai Ngayah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.