Sungai Salintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Salintang
Sungei Salintang, Sg. Salintang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Tempuan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 2.66 kilometer ke barat dari Nanga Arau, Daerah Selangau
 • koordinat
2°18′30″N 112°32′46″E / 2.30834°N 112.54603°E / 2.30834; 112.54603Koordinat: 2°18′30″N 112°32′46″E / 2.30834°N 112.54603°E / 2.30834; 112.54603
 • ketinggian
di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka)
Panjang2.1 kilometer (1.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama

Sungai Salintang (Jawi: سوڠاي سالينتڠ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Salintang merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Salintang yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][4] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[2] Sungai Salintang dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 21 Julai 2023, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 12547148.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Salintang berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 3.38 kilometer (2.1 bt) ke utara dari sempadan daerah antara Daerah Selangau dan Daerah Dalat. Punca bagi Sungai Salintang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills dekat dengan sumber Sungai Salusing dan Sungai Elang. Sungai Salintang mengalir ke utara, kemudian bekelok ke barat selepas mengalir sepanjang 500 meter. Tatkala terdapat anak sungai dari Bukit Tempaun bermuara, sungai ini akan berkelok ke utara sekali lagi untuk menghampiri hilir. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Salintang dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 2.66 kilometer (1.7 bt) ke barat dari Nanga Arau.[1][2]

Sungai Salintang mengalir sepanjang kira-kira 2.1 kilometer (1.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Salintang terletak di ketinggian di antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Salintang pula terletak di ketinggian di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Salintang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Sitajak dan Sungai Elang.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Salintang.[5] Kawasan lembah Sungai Salintang dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][5] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Salintang ialah Nanga Arau, Rumah Limbing, dan Rumah Nyalang.[1][2] Dalam peta topografi siri T735 yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia, Sungai Salintang mempunyai sebatang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Sitajak, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Elang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Salintang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.