Sungai Sebirau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sebirau
Sungei Sebirau, Sg. Sebirau
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Lombok
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 120 dan 160 meter (393.7 dan 524.9 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira dua kilometer ke barat laut dari Nanga Arau, Daerah Selangau
 • koordinat
2°18′39″N 112°33′19″E / 2.31073°N 112.55523°E / 2.31073; 112.55523Koordinat: 2°18′39″N 112°33′19″E / 2.31073°N 112.55523°E / 2.31073; 112.55523
 • ketinggian
di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka)
Panjang2.38 kilometer (1.5 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Sebirau (Jawi: سوڠاي سبيراو) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Sebirau merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Sebirauyang digunakan sebelum tahun 1972.[1][4] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[2] Lokasi koordinat bagi Sungai Sebirau yang pertama dijumpai dalam sebuah gazetir yang bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua terbitan Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat bagi Sungai Sebirau yang dicatatkan terletak di 2°19′N 112°33′E / 2.317°N 112.550°E / 2.317; 112.550 (Sungai Sebirau).[5][6] Sungai Sebirau dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1746125.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Sebirau berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 13.38 kilometer (8.3 bt) ke barat daya dari puncak Bukit Lombok dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Sebirau terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Sebirau akan mengalir ke tenggara sepanjang dua kilometer, kemudian membengkok ke arah selatan untuk menghampiri muara. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Sebirau dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 2.66 kilometer (1.7 bt) ke barat dari Nanga Arau.[1][2]

Sungai Sebirau mengalir sepanjang kira-kira 2.38 kilometer (1.5 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Sebirau terletak di ketinggian di antara 120 dan 160 meter (393.7 dan 524.9 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Sebirau pula terletak di ketinggian di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Sebirau merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Elang dan Sungai Pulau Lalangau.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sebirau.[7] Kawasan lembah Sungai Sebirau dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Sebirau ialah Nanga Arau, Rumah Limbing, dan Rumah Nyalang.[1][2] Dalam peta topografi siri T735 yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia, Sungai Sebirau mempunyai sebatang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Sebirau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.