Surat paten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Surat paten oleh Ratu Victoria mengenai pembentukan pejabat Gabenor Jeneral Australia

Surat paten dinamakan daripada kata kerja Latin pateo yang membawa maksud berbuka, terbuka dan boleh diakses, [1] dan digelar letterae patentes. Ia adalah sebentuk instrumen undang-undang dalam bentuk surat terbuka oleh raja atau kerajaan yang menubuhkan jabatan atau memberikan hak monopoli, gelaran atau status kepada seseorang atau entiti seperti syarikat. Mereka merupakan sebentuk proklamasi terbuka atau awam. Lawan surat paten adalah surat tertutup (Latin: litterae clausae), yang bersifat peribadi dan dikepilkan supaya hanya penerimanya boleh membaca isinya. Surat paten boleh digunakan untuk pembentukan syarikat atau jabatan kerajaan, atau untuk memberikan status perbandaran atau heraldik. Sejenis surat paten berasal daripada cara ini adalah paten moden yang memberikan hak eksklusif pada ciptaan.

Di United Kingdom dan negara-negara yang dahulunya di bawah pengaruh negara itu, surat paten diberikan di bawah kuasa prerogatif ketua negara ("prerogatif diraja"). Surat semacam ini adalah sebentuk perundangan daripada raja tanpa persetujuan parlimen yang jarang dan signifikan. Surat paten boleh juga menandakan Perkenan Diraja pada perundangan.

Di Amerika Syarikat, pemalsuan surat paten yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat adalah jenayah yang boleh dihukum oleh denda, penjara sehingga sepuluh tahun atau kedua-duanya. (18 U.S.C. § 497). Tanpa surat paten, seseorang itu tidak boleh menjawat jawatannya. Isu inilah yang membangkitkan saman Marbury lwn Madison di mana William Marbury dan tiga yang lainnya mempetisyenkan Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk memerintah James Madison untuk menghantar surat-surat perlantikan mereka yang dibuat di bawah pentadbiran sebelumnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Contoh surat-surat paten[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cassell's Latin Dictionary, revised by Marchant & Charles, 260th. thousand