Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
SPAN
LogoSPAN.png
SPAN
Gambaran keseluruhan
Dibentuk (2007-03-15) 15 Mac 2007 (umur 10)
Ibu pejabat Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Kakitangan Kerajaan Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Agensi induk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Tapak web Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Tentang Kami[sunting | sunting sumber]

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi

  • Ke arah perkhidmatan bekalan air yang mampan, berdaya harap dan termampu untuk semua

Misi

  • Untuk mengawal selia industri perkhidmatan air melalui pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air yang adil, berkesan dan telus

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam satu sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005, Parlimen Malaysia meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak). Pindaan diwartakan pada 10 Februari 2005 dan ia dikuatkuasakan pada 21 Mac 2005.

Dengan pindaan itu, Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan tadahan air dan lembangan sungai.

Pada Pertengahan 2006, Parlimen Malaysia meluluskan dua undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Akta 654 menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas SPAN manakala Akta 655 memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal dan sosial serta perlindungan hak pengguna.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan suatu struktur perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang telus dan bersepadu untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan dan cekap kepada pengguna;
  • Memastikan bekalan air yang tersedia ada dan berkekalan untuk jangka masa panjang termasuk pemuliharaan air;
  • Menyumbang kepada kekekalan alur air dan kawasan tadahan air;
  • Memudahkan kemajuan persaingan untuk menggalakkan ekonomi dan kecekapan dalam industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;
  • Menubuhkan suatu persekitaran pengawalseliaan yang memudahkan kekekalan keupayaan kewangan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan bagi jangka masa panjang;
  • Mengawal selia untuk faedah pengguna bagi jangka masa panjang;
  • Mengawal selia tarif dan memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan atas asas ekuiti;
  • Meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran melalui pengurusan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan yang berkesan dan cekap;
  • Menubuhkan suatu sistem kebertanggungjawapan dan pengelolaan antara pengendali industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; dan
  • Mengawal selia keadaan selamat dan keselamatan sistem bekalan air dan sistem pembetungan.

Formulasi Akta[sunting | sunting sumber]

  • Bagi merealisasikan penglibatan holistik Kerajaan Persekutuan dalam perkhidmatan air, dua rang undang-undang telah diluluskan Parlimen pada Jun 2006 iaitu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air. Kedua-dua rang undang-undang ini diwartakan sebagai Akta pada Julai 2006 iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Akta SPAN, Akta 654) dan Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA, Akta 655)
  • Akta SPAN dikuatkuasakan pada Februari 2007 manakala WSIA atau AIPA dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 menggariskan fungsi Suruhanjaya sebagaimana berikut:

  • Menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan melaksanakan dan memajukan objektif dasar kebangsaan itu;
  • Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
  • Memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dan memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi berkontrak dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan;
  • Menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri itu dan secara khususnya pengurangan air tidak terhasil melalui program jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang;
  • Menasihati Menteri tentang mekanisme yang adil dan cekap bagi menentukan tarif yang adil kepada kedua-dua pengguna dan pemegang lesen dan melaksanakan tarif yang telah ditetapkan melalui mekanisme dan alat yang sesuai;
  • Memastikan matlamat pembangunan Negara berkenaan dengan liputan, pembekalan dan akses kepada perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan tercapai;
  • Memastikan pengekalan kualiti air dan perkhidmatan pembetungan secara jangka panjang melalui pembangunan modal kerja yang berterusan;
  • Merumuskan dan melaksanakan rancangan supaya semua permintaan yang munasabah bagi perkhidmatan pembetungan dipenuhi dan melalui perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan, menyediakan suatu rancangan kawasan tadahan pembetungan yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembetungan yang baru dan langkah-langkah bagi pembaikan mana-mana sistem pembetungan yang sedia ada;
  • Menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
  • Menasihati Menteri secara amnya mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

Kuasa[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan termasuklah;

  • Untuk menggunakan semua harta Suruhanjaya, alih dan tidak alih mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman;
  • Untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;
  • Untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya;
  • Untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
  • Untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan program pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya dengan patut dan berkesan;
  • Untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan
  • Untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

Garis Panduan[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis lesen di bawah WSIA:

  • Pemilik-pemilik bagi satu sistem bekalan air awam atau pemilik satu pembetungan awam atau mereka yang beroperasi satu sistem bekalan air atau sistem pembetungan untuk tujuan menyediakan air dirawat atau perkhidmatan pembetungan pada awam perlu memohon untuk lessen individu yang akan dibenarkan oleh Menteri atas saranan oleh SPAN; dan
  • Pemilik-pemilik bagi satu sistem bekalan air swasta atau sistem pembetungan swasta atau mana-mana sebahagian dari sistem atau mereka yang beroperasi satu bekalan system air swasta, atau satu sistem pembetungan swasta untuk tujuan menyediakan air dirawat atau perkhidmatan pembetungan kepada empunya itu atau penduduk sebuah premis untuk penggunaan persendirian mereka hanya adalah diperlukan untuk memperolehi satu Kelas Lesen melalui pendaftaran yang akan diluluskan oleh Menteri berdasarkan kriteria umum tertentu

Di bawah beberapa jenis kategori lesen untuk diterbitkan seperti berikut:

  • Lesen Kemudahan - untuk mereka yang mempunyai satu bekalan system air, atau sistm pembentungan, dan / atau mana-mana sebahagian dari sistem;
  • Lesen Perkhidmatan - untuk mereka yang mempunyai satu sistem bekalan air atau sistem pembetungan dan / atau mana-mana bahagian bagi sistem-sistem; dan
  • Lesen Perkhidmatan - untuk mereka yang menjalankan, menyediakan dan / atau rekaan air lagi boleh didapati perkhidmatan bekalan atau perkhidmatan pembetungan.

Struktur Pelesenan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kawal Selia Air[sunting | sunting sumber]

  1. Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan
  2. Bahagian Perancangan Sumber
  3. Unit Kualiti Air

Jabatan Kawal Selia Pembetungan[sunting | sunting sumber]

  1. Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan
  2. Bahagian Perancangan Kawalan Tadahan

Jabatan Kawal Selia Pemasaran[sunting | sunting sumber]

  1. Bahagian Pelesenan & Tarif
  2. Bahagian Pendakwaan
  3. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan

Perkhidmatan Sokongan[sunting | sunting sumber]

  1. Bahagian Undang-Undang
  2. Bahagian Pembangunan Industri
  3. Bahagian Pengurusan Korporat
  4. Bahagian Pengauditan Industri Air
  5. Bahagian Data, IT & Pentadbiran
  6. Bahagian Migrasi
  7. Unit Audit Dalaman
  8. Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna
  9. Unit Kewangan
  10. Unit Modal Insan

Ahli-ahli Suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Pengerusi[sunting | sunting sumber]

Y.B. Datuk Liang Teck Meng

Ahli Suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

  • Y.Bhg. Dato' Mohd Ridhuan Ismail
  • Y.Brs. En. Dzulkifli Ahmad
  • Y.Bhg. Datuk Dr. Bernard S. Maraat
  • Y.Bhg. Dato’ Ir. Lim Chow Hock
  • Y.Bhg. Dato’ Dr. Tan Yew Chong
  • Y.B. Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew
  • Y.Bhg. Datuk Suzannah Liaw Siew Yea
  • Y.Bhg. Dato’ M. Santhananaban
  • Y.Bhg Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Hj. Adnan

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.