Syamsir (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syamsir
Rhinopomastus cyanomelas
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Phoeniculidae
Genus: Rhinopomastus
Jardine, 1828
Spesies

Syamsir ialah tiga spesies burung Afrika yang tergolong dalam genus Rhinopomastus dalam keluarga hudhud kayu, Phoeniculidae. Walau bagaimanapun, kajian genetik menunjukkan bahawa ia mencapah daripada hudhud kayu sungguh kira-kira 10 juta tahun yang lalu dan oleh itu ia kadang-kadang diletakkan dalam keluarga tersendiri, Rhinopomastidae.[1][2]

Ia lebih kecil berbanding kebanyakan hudhud kayu dan paruhnya melengkung seperti pedang syamsir, yang berkaitan dengan namanya. Ia kebanyakannya hitam berkilat dengan beberapa tanda putih pada sayap. Walaupun hudhud kayu lain bersifat suka berkawan yang berkumpul dalam kumpulan, syamsir biasanya dilihat bersendirian atau berpasangan.

Ia memakan utamanya serangga dan invertebrata lain, yang ditangkap menggunakan paruhnya untuk menguar ke dalam lubang dan celahan. Ia bersifat akrobatik, disesuaikan dengan baik untuk memanjat pokok. Telur ditelurkan di dalam rongga pokok.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Gambar Nama saintifik Nama lazim Pemerihalan Taburan
Rhinopomastus aterrimus Syamsir hitam Paruh melengkung kurang ketara berbanding spesies lain. Dua populasi, satu memanjang dari Afrika Barat menghala timur ke Habsyah dan satu lagi di Anggola dan negara-negara bersebelahan.
Rhinopomastus cyanomelas Syamsir biasa Spesies terbesar dan berekor terpanjang dan satu-satunya dengan tanda putih pada ekor. Selatan dan Timur Afrika.
Rhinopomastus minor Syamsir Habsyah Lebih kecil berbanding spesies lain dengan paruh merah dan bukannya hitam. Belukar gersang dari Tanzania utara ke Somalia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fjeldsa, Jon; Bowie, Rauri C. K. (2008). "New perspectives on the origin and diversification of Africa's forest avifauna". African Journal of Ecology. 46 (3): 235–247. doi:10.1111/j.1365-2028.2008.00992.x.
  2. ^ Symes, Craig; Perrin, Michael R. (2008). "The habitat and associated bird assemblages of the Grey-headed Parrot Poicephalus fuscicollis suahelicus in Limpopo Province, South Africa". Ostrich - Journal of African Ornithology. 79 (1): 9–22. doi:10.2989/OSTRICH.2008.79.1.2.375.
  • Christopher Perrins, ed. (2004) The New Encyclopedia of Birds, Oxford University Press, Oxford
  • Ian Sinclair & Peter Ryan (2003) Birds of Africa south of the Sahara, Struik, Cape Town