Hudhud kayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hudhud kayu
Phoeniculus purpureus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Phoeniculidae
Bonaparte, 1831
Genus

Hudhud kayu (Phoeniculidae) ialah keluarga burung dari Afrika dalam order Bucerotiformes yang juga termasuk syamsir. Ahli-ahlinya tinggal di selatan Gurun Sahara dan tidak berhijrah. Walaupun keluarga tersebut kini terhad di Afrika Sub-Sahara, bukti fosil menunjukkan bahawa ia pernah bertaburan dengan lebih luas. Fosil yang dikaitkan dengan keluarga tersebut telah ditemui dalam batuan Miosen di Jerman.[1]

Hudhud kayu berkaitan dengan pekaka, tiung guling, dan hudhud, membentuk klad dengan hudhud menurut Hackett et al. (2008).[2] Hubungan rapat antara hudhud dan hudhud kayu juga disokong oleh sifat yang dikongsi dan unik bagi stapnya.[3] Hudhud kayu paling menyerupai hudhud sungguh dengan paruh melengkung ke bawah yang panjang dan sayap bulat pendek. Menurut kajian genetik, kedua-dua genus, Phoeniculus dan Rhinopomastus, nampaknya telah mencapah kira-kira sepuluh juta tahun yang lalu, jadi sesetengah ahli sistematik menganggapnyaa sebagai subkeluarga yang berasingan ataupun keluarga yang berasingan.[4]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan kumpulan morfologi yang tersendiri, tidak mungkin disalahanggap sebagai kumpulan yang lain.[5] Spesiesnya bersaiz sederhana, dengan panjang 23–46 cm (9.1–18.1 in), kebanyakan panjangnya dari ekornya.[4] Ia mempunyai buluan warna logam, selalunya biru, hijau, atau ungu, dan tidak mempunyai jambul.[6] Jantinanya serupa dalam semua spesies kecuali dua, hudhud kayu hutan dan syamsir biasa.[7] Paruhnya samada merah atau hitam, namun spesies paruh merah muda juga mempunyai paruh hitam dan warna paruhnya dikaitkan dengan umurnya. Kakinya merah tua atau hitam, pendek, dengan tarsus tebal. Ia memanjat batang pokok seperti belatuk, dan apabila memakan di atas tanah, ia melompat berbanding berjalan seperti hudhud sungguh.[5] Ekornya panjang dan bersenggat (bulu tengah adalah yang paling panjang), dan ditandakan jelas dengan warna putih, begitu juga sayapnya.[4][7]

Julat dan tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Syamsir biasa

Ia mendiami hutan terbuka, savana, atau semak duri, dan kebanyakannya bersifat arboreal. Ia memerlukan pokok-pokok besar untuk memakan dan juga mendapatkan rongga untuk bersarang dan bertelur pada waktu malam. Dua spesies ditemui secara eksklusif di hutan hujan, hudhud kayu hutan dan hudhud kayu kepala putih. Semua spesies lain ditemui di kawasan hutan dan belukar yang lebih terbuka.[5]

Ia memakan artropod, terutamanya serangga, yang didapati melalui penguaran dengan paruhnya di kayu reput dan di celah-celah kulit pokok.[7] Ia bersarang dalam lubang pokok, bertelur dua hingga empat biji telur, yang berwarna biru, kelabu, atau zaitun, dan tidak bertanda dalam kebanyakan spesies.[4]

Ia memburu mangsa utamanya di tanah kerana ia menggunakan paruhnya yang seperti lidah untuk menangkap serangga di tanah atau rumput. Lidahnya merangkumi 2/3 panjang paruhnya.[8]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua genus dan lapan spesies dalam Phoeniculidae:

Gambar Genus Spesies Hidup
Phoeniculus Jarocki, 1821
Rhinopomastus Jardine, 1828

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mayr, Gerald (2000). "Tiny Hoopoe-Like Birds from the Middle Eocene of Messel (Germany)". Auk. 117 (4): 964–970. doi:10.1642/0004-8038(2000)117[0964:THLBFT]2.0.CO;2.
  2. ^ Hackett, Shannon J.; Kimball, RT; Reddy, S; Bowie, RC; Braun, EL; Braun, MJ; Chojnowski, JL; Cox, WA; Han, KL (2008). "A Phylogenomic Study of Birds Reveals Their Evolutionary History". Science. 320 (5884): 1763–8. doi:10.1126/science.1157704. PMID 18583609. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  3. ^ Feduccia, Alan (1975). "The Bony Stapes in the Upupidae and Phoeniculidae: Evidence for Common Ancestry" (PDF). The Wilson Bulletin. 87 (3): 416–417.
  4. ^ a b c d Fry, C. Hilary (2003). "Wood-hoopoes". Dalam Perrins, Christopher (penyunting). The Firefly Encyclopedia of Birds. Firefly Books. m/s. 383. ISBN 1-55297-777-3. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  5. ^ a b c Ligon, D (2001). "Family Phoeniculidae (Woodhoopoes)". Dalam Josep, del Hoyo; Andrew, Elliott; Sargatal, Jordivdg (penyunting). Handbook of the Birds of the World. Volume 6, Mousebirds to Hornbills. Barcelona: Lynx Edicions. m/s. 412–427. ISBN 84-87334-30-X.
  6. ^ Forshaw, Joseph (1991). Encyclopaedia of Animals: Birds. London: Merehurst Press. m/s. 148–149. ISBN 1-85391-186-0.
  7. ^ a b c Zimmerman, Dale A.; Turner, Donald A.; Pearson, David J. (1999). Birds of Kenya and Northern Tanzania. Princeton University Press. m/s. 395. ISBN 0691010218.
  8. ^ El-Bakary, Neveen (2011). ""Surface Morphology of the Tongue of the Hoopoe (Upupa Epops)"" (PDF). Journal of American Science. 7 (1).