Syamsuar Hasyim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syamsuar Hasyim
Juga dikenali sebagai
Sam D'Lloyd
Kelahiran(1948-05-10)10 Mei 1948
Aceh, Indonesia
Meninggal dunia9 Jun 2012(2012-06-09) (umur 64)[1]
Jakarta, Indonesia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1972–2012
Kegiatan berkaitan
Kumpulan D'lloyd

Syamsuar Hasyim (10 Mei 1948–9 Jun 2012)[2][3] atau lebih terkenal sebgai Sam D'Lloyd ialah penyanyi lelaki Indonesia yang turut popular di Malaysia. Beliau adalah penyanyi utama Kumpulan D'lloyd yang popular pada era 70-an. Antara lagu kegilaan ramai dan sering disiarkan di radio ialah lagu "Keagungan Tuhan", "Oh Di Mana", "Cinta Hampa", "Semalam Di Malaysia" dan "Mengapa Harus Jumpa".

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sam dilahirkan pada 10 Mei 1948 sebagai Syamsuar Hasyim, di Aceh kepada ibu bapa berketurunan Minangkabau. Tidak banyak yang diketahui mengenai zaman kanak-kanak Sam, kerana kehidupan peribadi beliau jarang mendapat liputan dan publisiti media, mahupun diketahui oleh umum.

D’Lloyd[sunting | sunting sumber]

Kumpulan asal D’Lloyd ditubuhkan awal 1970 , dianggotai tujuh ahli termasuk Sam sebagai penyanyi utama, Bartje Van Hauten sebagai ketua kumpulan dan pemain gitar utama, Andre Kasiman Gultom (flute dan saksofon), Chairul Daud (drum), Budiman Palunggun (keyboard), Sangkan Panggabean (bass) dan Yustian (gitar kedua).

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Jun 2012, Sam meninggal dunia pada 7.15 pagi di Rumah Sakit Islam Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia pada usia 64 tahun.[4][5] Beliau menderita sakit jantung dan barah paru-paru.[6] Bartje Van Houten, Titiek melalui SMS memaklumkan kepada akhbar Tempo.com. Jenazah penyanyi itu dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tanah Kusir, Jakarta.[7]

D’Lloyd terus aktif berpuluh tahun. Peminat di Malaysia menyaksikan konsert D'Lloyd di Johor, Malaysia pada 12 Mei 2012 walaupun keadaan kesihatannya tidak berapa baik. Penyanyi berkenaan dilaporkan terjatuh ketika membuat persembahannya di Johor.[8] Di Indonesia, mereka membuat persembahan di Menteng pada 25 Mei 2012 sebelum kesihatannya kembali teruk dan dibawa ke hospital.[8] D’Lloyd terpaksa membatalkan empat konsert yang sepatutnya berlangsung di Palembang (8 Jun 2012), Jakarta (22 Jun 2012), Kuching (4 Julai 2012) dan Cirebon (10 Julai 2012). Tanpa Sam, anggota asal D’Lloyd kini hanya tinggal Bartje dan Chairul.[9][10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Karya dipetik[sunting | sunting sumber]