T107 (bas Rapid KL)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T107
MRT Sri Damansara Sentral–Taman Wangsa Permai
Bas Rapid KL laluan T107 di Selangor, Malaysia
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Jun 2022; 21 bulan yang lalu (2022-06-16)
Mantan pengendaliTiada
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatanTaman Wangsa Permai, Bandar Sri Damansara, Taman Perindustrian KIP, Taman Perindustrian Togo
Melalui mercu tanda
  • Flat Seri Cemara
  • Apartmen Aman Dua
  • Apartmen Aman Tiga
Titik mulaHab MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A)
Melalui
  • Persiaran Dagang
  • Persiaran Cemara
  • Jalan Aman
  • Persiaran KIP 2
  • Jalan Tago 1
  • Jalan KIP 7
  • Jalan KIP 6
  • Jalan KIP 5
  • Jalan YTN 2
  • Persiaran Industri
  • Persiaran Jati
Titik tamatHab MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A)
Hentian/stesen bas14 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan30–45 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Jalan Ipoh
Pertukaran ke laluan lain
← T106  Laluan bas di Lembah Klang  T108 →

Laluan bas T107 (Laluan MRT Sri Damansara Sentral–Taman Wangsa Permai) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T107 merupakan sebuah laluan bas perantara dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral di Persiaran Dagang menuju ke seluruh kawasan dalam Taman Wangsa Permai, Bandar Sri Damansara, Taman Perindustrian KIP, dan Taman Perindustrian Togo.[1][2] Memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama, laluan bas ini mempunyai 13 buah hentian bas.[2][3][4] Laluan bas T107 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]

Gambaran laluan[sunting | sunting sumber]

Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral Pintu A (PJ866), titik mula dan tamat bagi servis bas T107.
Pintu A bagi Stesen MRT Sri Damansara Sentral

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Laluan bas T107 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran lauan bas 100–199).[5] T107 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Taman Wangsa Permai, Bandar Sri Damansara, Taman Perindustrian KIP, dan Taman Perindustrian Togo yang menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat ke Stesen MRT Sri Damansara Sentral, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Terdapat sebanyak 13 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T107, dengan tiga hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain seperti laluan 104 dan MPS4.[2][6] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[7][8] Laluan bas T107 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]

Laluan bas[sunting | sunting sumber]

Titik mula laluan bas T107 terletak di Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral Pintu A (kod hentian – PJ866) di susur Persiaran Dagang dekat Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.[9] Perkhidmatan bas T107 pertama kali bakal melalui Persiaran Dagang dengan melewati kawasan perumahan Jati SD 4, lalu membelok ke barat laut menuju ke Persiaran Cemara. Di sepanjang Persiaran Cemara, bas bakal melalui kawasan perumahan Mahogani SD 1, Cemara SD 3 dan Saga SD 4 serta kawasan perindustrian Emas SD 5. Terdapat dua hentian bas yang menyediakan perkhidmatan bas laluan T107 di Persiaran Cemara.[2][6]

Berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Taman Desa Aman Puri, bas T107 bakal membelok ke barat untuk melalui Jalan Aman dan seterusnya Persiaran KIP 2. Di Persiaran KIP 2 dekat Taman Wangsa Permai, terdapat dua hentian bas yang di mana bas T107 berkhidmat di hentian bas itu. Tiba di penamat Persiaran KIP 2, bas akan menuju ke utara melalui Jalan Tago 1, lalu berkelok ke barat daya melalui Jalan KIP 7 di Taman Perindustrian KIP, Selayang. Laluan diteruskan lagi dengan melewati Jalan KIP 6, Jalan KIP 5 dan Jalan YTN 2. Berdekatan dengan stesen minyak Petronas cawangan Kepong Industrial Park, laluan bas bakal membelok ke tenggara untuk melewati Jalan Tago 1 semula, lalu merentasi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu (KTM). Tiba di penamat Jalan Tago 1, bas akan menuju ke timur untuk berkhidmat di sekitar Persiaran Industri, lalu Persiaran Jati dan seterusnya kembali ke Persiaran Dagang menuju ke titik tamat. Laluan bas T107 bakal tamat di Hab Bas MRT Sri Damansara Sental Pintu A.[2][6]

Hentian bas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 14 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T107.[2][6]

Senarai hentian bas[sunting | sunting sumber]

Hentian bas laluan T107 (Setakat 28 Disember 2023)[2][6]
Kod Nama hentian bas Lokasi Pertukaran/sambungan Nota Gambar
PJ866 MRT Sri Damansara Sentral Pintu A Susur Persiaran Dagang 12 MRT Sri Damansara Sentral
Pengangkutan bas Rapid Bus: T108, T109
Titik mula
PJ867 Perumahan Jati SD 4 Persiaran Cemara
PJ640 Flat Seri Cemara (Bertentangan) Persiaran Cemara
SL546 Aman Dua Apartment Jalan Aman Pengangkutan bas Bas Smart Selangor: MPS4
Pengangkutan bas Selangor Omnibus: 104
Sekadar melalui
SL209 Taman Wangsa Permai Persiaran KIP 2 Pengangkutan bas Bas Smart Selangor: MPS4
Pengangkutan bas Selangor Omnibus: 104
SL616 Mas Kipark Damansara Persiaran KIP 2 Pengangkutan bas Bas Smart Selangor: MPS4
Pengangkutan bas Selangor Omnibus: 104
SL617 Komersial KIP Jalan Tago 1
SL618 Taman Perindustrian KIP Jalan KIP 7
SL619 Taman Perindustrian KIP 2 Jalan KIP 8
SL620 Kawasan Perindustrian Togo Jalan Togo 1
PJ868 Pusat Dagangan Sri Damansara Persiaran Industri
PJ869 Perindustrian SD 5 Persiaran Industri
PJ870 Komersial Jalan Emas SD 5 Persiaran Industri
PJ866 MRT Sri Damansara Sentral Pintu A Susur Persiaran Dagang 12 MRT Sri Damansara Sentral
Pengangkutan bas Rapid Bus: T108, T109
Titik tamat

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Mass Rapid Transit (MRT) Corp. 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  2. ^ a b c d e f g h "MyRapid - Bus Kiosk | T107" [MyRapid - Hentian Bas | T107]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
  3. ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  4. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T107 (MRT Sri Damansara Sentral – Taman Wangsa Permai)". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  5. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ a b c d e "Laluan T107 Rapid KL | MRT Sri Damansara Sentral ↺ Taman Wangsa Permai". Moovit. 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  8. ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]