Bas Smart Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkhidmatan bas secara percuma ini mula dilancarkan pada 1 Julai 2015.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Waktu pengoperasian bas ini dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan kekerapan perjalanan adalah selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]