Takur telinga hitam (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takur telinga hitam
Lukisan, 1838
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Psilopogon
Spesies:
P. duvaucelii
Nama binomial
Psilopogon duvaucelii
(Lesson, 1830)
Sinonim

Takur telinga hitam (Psilopogon duvaucelii) ialah takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia terdapat di Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Borneo. Ia mendiami kawasan semak dan hutan sehingga ketinggian 1,200 m (3,900 ka). Oleh kerana julatnya yang besar, ia disenaraikan sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah IUCN.[1]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Ia mempunyai buluan hijau zaitun, tekak dan tengkuk biru, paruh hitam, dan jalur hitam besar di antara matanya. Di bawah matanya terdapat tompok merah yang dikelilingi oleh hitam.[2] Panjangnya 16–17 cm (6.3–6.7 in) dan beratnya 26.3–37 g (0.93–1.31 oz).[3]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Bucco duvaucelii ialah nama saintifik yang diusulkan oleh René Lesson pada tahun 1830 yang memerihalkan seekor takur dari Sumatera.[2] Nama genus Psilopogon telah diusulkan oleh Salomon Müller pada tahun 1836, pada mulanya untuk takur api (P. pyrolophus) dari Sumatera.[4] Dalam dekad berikutnya, kira-kira 19 nama genus telah diusulkan untuk spesies takur, termasuk Megalaima oleh John Edward Gray pada tahun 1849 dan Mezobucco oleh George Ernest Shelley pada tahun 1889. Pakar taksonomi menggunakan nama genus yang berbeza apabila memerihalkan takur dalam koleksi muzium sejarah semulajadi.[5]

Mezzobucco duvaucelii gigantorhinus telah diusulkan oleh Harry C. Oberholser pada tahun 1912 untuk takur jantan dewasa berparuh besar dari Pulau Nias.[6] Mezzobucco duvaucelii tanamassae telah diusulkan oleh Rodolphe Meyer de Schauensee pada tahun 1929 untuk takur jantan dari Kepulauan Batu yang berbeza dengan M. d. gigantorhinus berdasarkan warna merah yang lebih meluas pada dadanya.[7]

Tiga subspesies yang diiktiraf sebagai taksa sah sejak 2014:[3]

  • P. d. duvaucelii – subspesies penama; Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo, dan Pulau Bangka
  • P. d. gigantorhinus - Pulau Nias, di luar Sumatera barat
  • P. d. tanamassae – Kepulauan Batu, di luar Sumatera barat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BirdLife International (2018). "Psilopogon duvaucelii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22726136A131279378. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22726136A131279378.en. Dicapai pada 20 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Lesson, R. P. (1831). "Barbu de Duvaucel; Bucco Duvaucelii". Traité d'ornithologie, ou Tableau méthodique des ordres, sous-ordres, familles, tribus, genres, sous-genres et races d'oiseau. Tome 1. Strasbourg: F. G. Levrault. m/s. 164. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Lesson1831" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b del Hoyo, J.; Collar, N. J.; Kirwan, G. M. (2014). "Black-eared Barbet Psilopogon duvaucelii". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D.A.; de Juana, E. (penyunting). Handbook of the Birds of the World and BirdLife International Illustrated Checklist of the Birds of the World. 7: Jacamars to Woodpeckers. Barcelona, Spain and Cambridge, UK: Lynx Edicions and BirdLife International. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "HBW2014" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Müller, S. (1835). "Aanteekeningen over de natuurlijke gesteldheid van een gedeelte der westkust en binnenlanden van Sumatra, met bijvoeging van eenige waarnemingen en beschrijvingen van verscheid dieren". Tijdschrift voor Natuurlijke Geschiedenis en Physiologie. 2: 315–355.
  5. ^ Ripley, S. D. (1945). "The barbets" (PDF). The Auk. 62 (4): 542–563. doi:10.2307/4079804. JSTOR 4079804.
  6. ^ Oberholser, H. C. (1912). "Descriptions of one hundred and four new species and subspecies of birds from the Barussan islands and Sumatra" (PDF). Smithsonian Miscellaneous Collections. 60 (7): 1–22.
  7. ^ Meyer de Schauensee, R. (1929). "A New Barbet from the Batu Islands". Proceedings of the Academy of Natural Sciences of Philadelphia. 81: 521. JSTOR 4064046.