Taman Buaya Miri dan Zoo Mini
Taman Buaya Miri dan Zoo Mini | |
---|---|
Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo | |
Maklumat umum | |
Jenis | Taman Buaya, zoo |
Lokasi | Miri, Sarawak, Malaysia |
Alamat | Lot 164, KM24 Miri - Kuala Baram Road, 98000 Miri |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 4°34′N 113°59′E |
Pembinaan bermula | 1998 |
Pembukaan | 16 Ogos 1998 |
Pemilik | Benaya Sdn Bhd. |
Pengurusan | Benaya Sdn Bhd. |
Butiran teknikal | |
Keluasan tingkat | 9 hektar |
Tapak web | |
www.miricrocodilefarm | |
sunting · sunting di Wikidata |
Taman Buaya Miri dan Zoo Mini (bahasa Inggeris: Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo) ialah sebuah ladang penternakan buaya dan zoo mini di Miri, Sarawak, Malaysia. Taman ini telah berdaftar dengan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Taman dan zoo ini telah dibuka kepada umum pada tanggal 16 Ogos 1998.[2] Taman ini telah menjadi taman buaya yang kedua dibuka di Sarawak selepas Taman Buaya dan Zoo Jong Buaya yang terletak di Kuching.[3]
Seni bina
[sunting | sunting sumber]Taman dan zoo ini terletak di Sungai Baram dan dibina di atas tapak tanah seluas 9 hektar. Kolam buatan turut dibina sebagai tempat menternak dan pembiakan buaya.[1]
Pameran
[sunting | sunting sumber]Taman buaya ini menempatkan lebih daripada 1,000 ekor buaya beraneka spesies.[4] Terdapat juga sebuah pusat penyampai maklumat bagi menghebahkan perihal tentang pelbagai aspek berkaitan dengan buaya seperti pertembungan buaya dengan manusia yang membawa maut, kitaran hidup buaya dan sebagainya.[2]
Operasi
[sunting | sunting sumber]Perbelanjaan bulanan taman dan zoo ini dianggarkan sejumlah RM 40,000 ke RM50,000. Kebanyakan perbelanjaan ini digunakan untuk membeli makanan haiwan -haiwan dan membayar upah 15 orang kakitangan taman dan zoo berkenaan. Mereka selalu cuba untuk mendapatkan dana bantuan daripada Lembaga Pelancongan Malaysia bagi menampung kos operasi.[3]
Masa Operasi
[sunting | sunting sumber]Taman dan zoo ini dibuka pada setiap hari dari jam 9:00 pagi sehingga jam 6:00 petang.
Bayaran Masuk
[sunting | sunting sumber]Bayaran masuk ke taman dan zoo mini ini berbeza mengikut peringkat umur dan taraf kewarganegaraan.[5][1]
Peringkat Umur | Warganegara | Bukan Warganegara |
---|---|---|
Dewasa | RM25.00 | RM40.00 |
Kanak-kanak | RM15.00 | RM20.00 |
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Senarai tarikan pelancong di Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "The Crocodile Farm". Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2015. Dicapai pada 1 November 2016. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b "Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo is Home to Thousand Crocodile of Different Species, Exotic Animals and Birds". Sarawak Vacation Destination. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ a b Sman, Cecilia (12 June 2016). "Miri Crocodile Farm attracts visitors to the city". Borneo Post Online. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ "Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo". Sarawak Tourism. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ "The Crocodile Farm". Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo Entrance Fee. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-16. Dicapai pada 16 October 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)