Tan Keng Liang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Keng Liang
陈庆亮
Butiran peribadi
Lahir (1977-11-14) 14 November 1977 (umur 46)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
KerakyatanWarganegara Malaysia
Parti politikGerakan - Barisan Nasional
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
Tan Keng Liang
Cina Tradisional: 陳慶亮
Cina Ringkas: 陈庆亮
Transliterasi
Bahasa Mandarin
- Hanyu Pinyin: Chén Qìngliàng
Bahasa Min
- POJ Min-nan: Tân Khìngliāng

Tan Keng Liang (Cina ringkas: 陈庆亮Cina tradisional: 陳慶亮pinyin: Chén Qìngliàng; lahir pada 14 November 1977) merupakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah dan seorang ahli politik Malaysia. Beliau tidak mewakili mana-mana kerusi dewan undangan negeri atau kerusi parlimen. Beliau diangkat sebagai Ketua Pemuda Gerakan selepas menewaskan pencabarnya, Encik Oh Tong Keong pada pemilihan parti 2013/2016.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Februari 2009, Tan Keng Liang berkata calon daripada MIC harus dipilih untuk bertanding bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebagai menghormati persefahaman pembahagian kerusi pilihan raya sesama kompenan parti Barisan Nasional.[1]

Pada 20 April, 2009, Tan Keng Liang mencadangkan penalti RM50,000 bagi anggota Dewan Undangan Negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah. Beliau juga menegaskan bahawa peruntukan yang ada bagi sesetengah keadaan tidak komprehensif kerana ia tidak menghukum wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa sebab yang munasabah.[2] Beliau turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa peruntukan sedia ada dalam Artikel 48 (6) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan di dalam perlembagaan negeri bagi menolak kelayakan seseorang wakil rakyat untuk tempoh lima tahun tidak digunapakai ke atas mereka yang ingin mendapatkan mandat baru dari pengundi untuk menyertai mana-mana parti gabungan.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat[3]
Tahun Parlimen Undi Pct Lawan Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2018 P60 Taiping, Perak Tan Keng Liang (Gerakan) 15,613 22.39% Teh Kok Lim (DAP) 42,997 61.65% 69,743 27,384 78.60%
Ibrahim Ismail (PAS) 11,133 15.96%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gerakan Mahu MIC Tanding Di Bukit Selambau, Bernama
  2. ^ Syor Penalti Ke Atas ADUN Dan MP Letak Jawatan Tanpa Sebab Munasabah, Bernama
  3. ^ "Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018". The Star (Malaysia) (dalam bahasa English). Kuala Lumpur. Dicapai pada 14 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)