Taranum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Taranum dari segi bahasa adalah lagu. Taranum dari segi istilah pula memberi maksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, dan rentak dan juga irama khusus.

Ia membawa maksud ilmiah atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu.[1]

Tetapi tidak bermaksud harus bernyanyi di dalam  bahasa arab tetapi haruslah dinyanyikan sesuai menurut bahasa bangsa untuk seseorang yang menyanyikan bacaan al quran di sesuatu masa.

Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah yang maha menjelaskan keterangan dan diterangkan menghayati Al-Quran sehingga dapat memahami maksud disampaikan kepada akal, setiap makhluk-makhluk telah dicipta oleh tuhan yang maha esa yang mengetahui segala-gala bahasa allah yang maha bijakasana dan juga minda yang dilengkapi dengan roh, iaitu bermaksud "nyawa tuhan yang maha esa" dan juga dipercayai dapat beramal dengannya secara menerusi "kanta kaca mata malaikat utama".

Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena sepotong hadis Rasulullah dan jika hari ini Baginda diketahui sebagai yang telah terasul akan digelarkan sebagai Rasul Pembela Agama iaitu bermaksud Baginda adalah merupakan pembela untuk segala-gala agama, dan juga hadis tersebut sepertimana diketahui dengan telah dihadiskan iaitu yang bermaksud, "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan al-Quran."[2]

Terdapat pelbagai aliran taranum seperti misri, hijazi, iraqi, kurdi dan ajami.

Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran misri.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Taranum di Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
  2. ^ a b Keindahan alunan seni taranum Utusan Malaysia Online - Johor. 10 Disember 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]