Tarik tali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tarik tali
Acara tarik tali di kejohanan olahraga di Malaysia
Badan induk tertinggiTug of War International Federation
Nama samaranTOW
Pertama kali dimainkanPurba
Ciri-ciri
ContactTiada kontak
Ahli pasukanLapan (atau lebih)
Jantina bercampurcampuran 4+4 dan asing
JenisSukan berpasukan, luaran/dalaman
PeralatanTali dan kasut but
Kemunculan
Sukan OlimpikSebahagian Sukan Olimpik dari 1900 hingga 1920
Kejohanan dunia1981–kini

Tarik tali merupakan salah satu permainan yang popular pada banyak majlis kesukanan.

Cara permainan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan melibatkan dua regu, dengan 5 atau lebih peserta. Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan. Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawanan melepasi garis batasan. Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.

Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Perlawanan tarik tali di antara asuras dan devas[Catatan 1] (Angkor Wat, Kemboja)

Asal usul tarik tali tidak diketahui dengan pasti, tetapi permainan ini telah dimainkan di Kemboja, Mesir purba, Yunani, India dan China. Mengikut sebuah buku dinasti Tang, The Notes of Feng ("Nota-nota Feng"), tarik tali, di bawah nama "tarik cangkuk" (牽鉤), digunakan oleh panglima tentera negara Chu semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (dari abad ke-8 hingga abad ke-5 SM) untuk melatihkan pahlawan. Di dinasti Tang, Maharaja Xuanzong mempromosikan permainan tarik tali secara besar-besaran, menggunakan tali yang panjangnya sampai 167 meter (548 kaki) bersama dengan tali-tali lebih pendek yang disambungkan, dengan lebih daripada 500 orang pada setiap hujung tali-tali tersebut. Di samping itu, kedua-dua belah pelawan juga mempunyai pasukan pemain gendang yang memberi semangat kepada peserta tarik tali itu.[1]

Di Yunani purba, permainan ini dipanggil helkustinda (Yunani: ἑλκυστίνδα), efelkustinda (ἐφελκυστίνδα) dan dielkustinda (διελκυστίνδα),[2] yang berasal dari dielkō (διέλκω) yang salah satu maksudnya ialah "aku tahan sakit",[3] yang merupakan kata terbitan helkō (ἕλκω), "aku bentang, aku tarik".[4] Helkustinda dan efelkustinda merupakan jenis-jenis biasa tarik tali, manakala dielkustinda tidak melibatkan tali, menurut Julius Pollux.[5] Terdapat kemungkinan pemain-pemain saling memegang tangan apabila sedang menarik. Ini akan meningkatkan kepayahan disebabkan cengkaman tangan lebih sukar untuk ditahankan daripada cengkaman tali. Permainan tarik tali di Yunani purba merupakan antara permainan yang terpopular untuk kekuatan dan untuk membina kekuatan yang diperlukan untuk berperang memakai baju besi.[6]

Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa tarik tali juga digemari di India pada abad ke-12:

There is no specific time and place in history to define the origin of the game of Tug of War. The contest of pulling on the rope originates from ancient ceremonies and rituals. Evidence is found in countries like Egypt, India, Myanmar, New Guinea... The origin of the game in India has strong archaeological roots going back at least to the 12th century AD in the area what is today the State of Orissa on the east coast. The famous Sun Temple of Konark has a stone relief on the west wing of the structure clearly showing the game of Tug of War in progress.[7]

Terjemahan:

Tiada masa atau tempat yang spesifik yang mendefinisikan asal usul permainan Tarik Tali. Pertandingan menarik tali berasal dari upacara-upacara purba. Bukti dijumpa di negara Mesir, India, Myanmar, New Guinea... Asal usul permainan ini di India dapat dilihat dari penemuan arkeologi yang dari seawal abad ke-12 TM di kawasan yang hari ini ialah negeri Orissa di pantai timur. Kuil Matahari Konark yang terkenal mempunyai ukiran batu di belah baratnya yang menunjukkan permainan Tarik Tali dimainkan.

Wanita sedang bermain tarik tali di sebuah Pushkar Fair, Rajasthan, India

Cerita-cerita tarik tali tentang wira dari Skandinavia dan Jerman beredar di Eropah barat di mana pahlawan Viking menarik kulit haiwan di atas lubang api terbuka sebagai ujian kekuatan dan ketahanan, untuk bersedia berperang dan menjarah.[bila?]

1500 dan 1600 - tarik tali digemari di pertandingan di taman-taman istana Perancis dan selepas itu di Britain.

1800 - tarik tali menjadi tradisi di kalangan pelayar yang ditugaskan untuk menarik tali bagi mengatur perjalanan kapal apabila berlayar dan juga masa berperang.[8]

Kaum Mohave kadang kala menggunakan pertandingan tarik tali untuk menyelesaikan perbalahan.[bila?][9]

Sebagai sukan[sunting | sunting sumber]

Perlawanan tarik tali di Sukan Olimpik 1904

Terdapat berbagai-bagai kelab tarik tali dalam banyak negara, dan kedua-dua golongan lelaki dan perempuan saling bertanding.

Permainan ini diadakan di Sukan Olimpik dari tahun 1900 hingga 1920, tetapi tidak pernah diadakan lagi sehingga kini. Permainan ini juga sebahagian daripada World Games. Tug of War International Federation (Gabungan Antarabangsa Tarik Tali) mengaturkan Kejuaraan Dunia untuk pasukan negara dua kali setahun, untuk kedua-dua permainan dalam dan luar, dan pertandingan serupa untuk pasukan kelab.

Di England, permainan ini diatur oleh AAA sehingga 1984, tetapi kini diatur oleh Tug of War Association (Persatuan Tarik Tali, ditubuhkan pada 1958) dan Tug of War Federation of Great Britain (Gabungan Tarik Tali Great Britain, ditubuhkan pada 1984). Di Scotland, Scottish Tug of War Association (Persatuan Tarik Tali Scotland) ditubuhkan pada 1980. Permainan ini juga diadakan di Sukan Tanah Tinggi.

Pertubuhan-pertubuhan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Regu tarik tali Harvard, 1888

Permainan tarik tali dimainkan di hampir setiap negara di seluruh dunia. Namun begitu, hanya segelintir negara telah menubuhkan sesuatu badan kebangsaan untuk mengatur permainan tersebut. Kebanyakan pertubuhan kebangsaan ini bersekutu dengan pertubuhan antarabangsa TWIF ataupun Tug of War International Federation (Gabungan Antarabangsa Tarik Tali). Setakat 2008, terdapat 53 negara yang bersekutu dengan TWIF. Antaranya ialah Scotland, Ireland, England, India, Switzerland, Belgium, Itali,[10] Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Kelainan mengikut kawasan[sunting | sunting sumber]

Tarik tali sebagai upacara agama di Jepun, dilukis pada abad ke-18. Perkara ini masih boleh dilihat di Osaka setiap bulan Januari.

Burma (Myanmar)[sunting | sunting sumber]

Di Myanmar (Burma), tarik tali ataupun lun hswe (လွန်ဆွဲ; disebut [lʊ̀ɰ̃ sʰwɛ́]) mempunyai asal usul kebudayaan dan kesejarahan. Permainan ini merupakan upacara penting di phongyibyan, upacara pembakaran sami Buddha yang berpangkat tinggi. Tarik tali juga digunakan sebagai adat pembuatan hujan (rainmaking) tradisional yang dipanggil mo khaw (မိုးခေါ်; disebut [mó kʰɔ̀]) untuk menyebabkan terturunnya hujan. Tradisi ini diwujudkan pada zaman pemerinthan Raja Shinmanthi pada zaman Bagan.[11] Orang Rakhine mengadakan upacara tarik tali yang dipanggil yatha hswe pwe (ရထားဆွဲပွဲ) pada bulan Tabodwe Burma.[12]

Sebuah perlawanan tarik tali pada sebuah sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Di Indonesia, tarik tali (Indonesia: tarik tambang) ialah sebuah permainan yang digemari yang diadakan di pelbagai acara seperti sambutan Hari Kemerdekaan, acara sekolah dan acara pengakap. Tali yang digunakan dipanggil dadung yang diperbuat daripada serat dan tali itu ditarik oleh dua pihak penarik. Dua blok sinder diletakkan pada kedudukan yang berjarak di antara kedua-dua blok itu dan kedua-dua regu penarik berdiri pada blok-blok tersebut dengan keadaan tali diregangkan di antara mereka. Matlamat untuk regu penarik adalah untuk sama ada:[13]

  • Menyebabkan regu lawan jatuh dari blok mereka, ataupun
  • Mengambil hujung tali regu lawan daripada mereka
Acara tahunan Otsunahiki (tarik tali raya) Naha mempunyai asal-usulnya dalam adat yang usianya berabad-abad. Acara ini ialah acara tarik tali yang terbesar antara acara-acara tarik tali tradisional Jepun.

Jepun[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, tarik tali (綱引き/Tsunahiki dalam bahasa Jepun) ialah salah satu asasi hari sukan di sekolah. Tarik tali juga ialah kaedah tradisional untuk bersembahyang untuk tuaian yang banyak di seluruh Jepun dan merupakan upacara yang popular di negara itu. Tarik tali Kariwano di Daisen, Akita dikatakan sudah wujud semenjak sebelum 500 tahun dahulu, dan juga ialah aset kebudayaan folklore kebangsaan.[14] Pesta Tarik Tali dalam Air adalah setua 380 tahun dan diadakan setiap Januari.[15] Tarik Tali Raya Sendai di Satsumasendai, Kagoshima dikenali sebagai Kenka-zuna ataupun "rentapan bergaduh".[16] Seramai 3,000 orang lelaki menarik tali besar yang berpanjang 365 meter (1,198 kaki). Acara ini dikatakan dimulakan oleh hulubalang bangsawan Yoshiro Shimadzu, dengan matlamat untuk menguatkan semangat para askarnya di Pertempuran Sekigahara pada 1600. Tarik tali Nanba Hachiman Jinja, yang bermula pada zaman Edo, ialah aset kebudayaan Osaka.[17] Tarik Tali Naha di Okinawa juga terkenal.

Peraturan-peraturan rasmi[sunting | sunting sumber]

Pasukan Belanda di Kejohanan Dunia 2006

Dua regu berlapan yang jumlah beratnya tidak boleh melebihi berat maksimum yang ditetapkan mengikut kategori, bersusun pada hujung tali yang lilitannya sepanjang lebih kurang 11 sentimeter (4.3 inci). Tali ditanda dengan centre line (garisan tengah) dan dua penanda yang berada 4 meter daripada centre line pada kedua-dua belah centre line. Regu-regu berlawan bermula dengan keadaan centre line berada di atas garisan yang ditandakan pada tanah dan sebaik sahaja perlawanan (pull) dimulakan, regu-regu tersebut cuba menarik regu lawan mereka sehingga penanda pada tali yang berdekatan dengan regu lawan melepasi centre line, ataupun regu lawan membuat faul.[18]

Menurunkan siku diri ketika menarik (ataupun locking) dikira sebagai faul, sama juga dengan memegang tanah untuk tempoh yang lama. Tali semestinya berada di bawah tangan; perbuatan seperti menarik tali di atas bahu boleh dikira sebagai faul. Peraturan-peraturan ini dikuat kusa di pertandingan-pertandingan berperingkat tinggi seperti Kejohanan Dunia. Namun begitu, di pertandingan kecil atau tidak rasmi, peraturan-peraturan ini selalunya dikuat kuasa secara sembarangan sahaja.[19]

Risiko kecederaan[sunting | sunting sumber]

Selain kecederaan akibat jatuh dan sakit belakang, kecederaan parah boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada tubuh badan seperti amputasi jari, tangan atau lengan. Amputasi atau avulsi boleh disebabkan oleh dua faktor: penggulungan tali pada tangan atau pergelangan tangan, dan impak dari putusan tali. Penganjur amatur tarik tali mungkin termenganggar kurang daya tarikan yang dihasilkan, dan akibatnya, tidak sedar tentang kesan buruk putusan tali di bawah beban yang tinggi.[20]

Peristiwa-peristiwa[sunting | sunting sumber]

Tarikh Lokasi Tali terputus # kematian # cedera parah # keseluruhan cedera # jumlah peserta Punca kematian / kecederaan Maklumat tali
13 Jun 1978[21] Harrisburg, Pennsylvania, Amerika Syarikat ☑Y 0 6 200 ~2,300 6 jari diamputasi 2000 kaki (600 m) dan dinilaikan 13,000 lbf (58 kN)
4 Jun 1995[22] Westernohe, Jerman ☑Y 2 5 29 650 Dihimpit dan jatuh dengan kuat "Thumb-thick" nylon
25 Oktober 1997[23][24][25][26] Taipei, Taiwan ☑Y 0 2 42 1500 Lengan cedera parah di bawah bahu 5 cm (2 in) nylon, max. strength 26,000 kilogram (57,000 lb)
4 Februari 2013[27] El Monte, California, Amerika Syarikat ☑Y 0 2 2 ~40[28] 9 jari diamputasi[28] Tidak diketahui
14 Disember 2018[29] Somaiya Vidyavihar University, Mumbai, India ☒N 1 0 0 Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak diketahui

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ukiran Churning of the Sea of Milk menunjukkan Vishnu di tengah, avatar penyunya di bawah, asuras dan devas di kiri dan kanan, dan apsaras dan Indra di atas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tang dynasty Feng Yan: Notes of Feng, volume 6
  2. ^ διελκυστίνδα, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  3. ^ διέλκω, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  4. ^ ἕλκω, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  5. ^ Pollux, 9.112
  6. ^ Jaime Marie Layne, The Enculturative Function of Toys and Games in Ancient Greece and Rome, ProQuest, UMI Dissertation Publishing, 2011
  7. ^ Tug of War Federation of India: History [pautan mati]
  8. ^ "Equity Gaming: History of Tug of War". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-15. Dicapai pada 2008-06-01.
  9. ^ "Figest.it".
  10. ^ "Tug of War for Rain". The Myanmar Times (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-31. Dicapai pada 2019-05-31.
  11. ^ ကံထွန်း (2017-08-02). "ရခိုင်ရိုးရာ ရထားဆွဲပွဲ ပျော်ပျော်ရွှင်ရွှင်တူဆင်နွှဲ". Myanmar Ministry of Information.
  12. ^ Mary Hirt, Irene Ramos (2008), "Rope Jousting", Maximum Middle School Physical Education, m/s. 144, ISBN 978-0-7360-5779-0
  13. ^ Kariwano Ootsunahiki NHK
  14. ^ Underwater Tug-of-War Festival in Mihama Fukui Shimbun, 2013/01/20
  15. ^ SENDAI GREAT TUG-of WAR (Sendai Otsunahiki / 川内大綱引き)[pautan mati kekal] Kagoshima Internationalization Council.
  16. ^ Tsunahiki Shinji(Shinto ritual) Nanba Hachiman Jinja, 2015/01/18
  17. ^ "TWIF Rules". 2017 TWIF Rules Manual. Tug of War International Federation. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-09. Dicapai pada 2018-04-08.
  18. ^ "TWIF Rules". 2017 TWIF Rules Manual. Tug of War International Federation. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-09. Dicapai pada 2018-04-08.
  19. ^ Crockett, Zachary. "A History of Tug-of-War Fatalities". Priceonomics. Dicapai pada 21 February 2021.
  20. ^ "Tug-of-War Ends in Multiple Injuries". Gadsden Times. 14 June 1978. Dicapai pada 15 March 2017.
  21. ^ "2 Boy Scouts Die When Tug-Of-War Rope Snaps". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-26. Dicapai pada 2015-06-25.
  22. ^ Two Men Lose Arms in tug-of-war, The Nation, October 27, 1997 (available at Google.news).
  23. ^ Tug-of-war: accident leaves arms hanging and mayor apologetic Diarkibkan 2013-05-28 di Wayback Machine (China Times Tue, Oct 28, 1997 edition (available at Chinainformed.com).
  24. ^ Taiwanese doctors reattach arms ripped off in tug-of-war, Boca Raton News, October 27, 1997, Page 7A, (available as new
  25. ^ Disarmed - Disarmanent at Snopes.com.
  26. ^ "Teens recovering after losing fingers during tug-of-war match". Associated Press. February 5, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada February 7, 2013.
  27. ^ a b "The finger-severing tug-of-war incident".
  28. ^ "Mumbai: Teen student dies playing tug of war on campus". The Times of India. December 15, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2018.