Tempoh haram puasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tempoh haram puasa adalah tempoh masa apabila orang-orang Islam dilarang berpuasa. Hikmahnya adalah ketika semua orang bergembira, seseorang itu perlu turut bersama meraikannya.

Selain itu, terdapat juga tempoh apabila puasa diharamkan sementara atas sebab tertentu:

  1. Puasa Hari Syak iaitu hari ke-30 Sya'ban (puasa kerana tidak pasti Ramadan sudah masuk atau belum)
  2. Puasa wanita yang mendapat haid & nifas
  3. Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya
  4. Puasa bagi orang sakit yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya
  5. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Selain keadaan di atas, ada juga tempoh di mana puasa bersifat makruh, seperti puasa sunat hari Jumaat tanpa diiringi puasa pada hari Khamis atau Sabtu atau apabila diajak ke walimatulurus.