Pergi ke kandungan

Tengku Ampuan Afzan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Afzan
Raja Permaisuri Agong Negara Malaysia
Tengku Ampuan Besar Negeri Pahang Darul Makmur
Afzan
Tengku Ampuan Pahang 33
Pemerintahan1974 - 1988
Kemahkotaan1974
Didahului olehRaja Fatimah binti Al-Sultan Haji Sir Alang Iskandar Shah II
Diikuti olehTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Mahmood Iskandar I
Raja Permaisuri Agong Negara Malaysia III
Pemerintahan26 April 1979 - 25 April 1984
Didahului olehTengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra
Diikuti olehSultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad
Tengku Puan Pahang -
Pemerintahan1954 - 1974
Didahului olehTengku
Tengku Puan Ariff Bendahara Pahang
Kemahkotaan25 April 1954 - 1954
KeputeraanTengku Afzan binti Tengku Muhammad
(1932-12-04)4 Disember 1932
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan29 Jun 1988(1988-06-29) (umur 55)
Istana Pahang, Kuala Lumpur
Pemakaman30 jun 1988
Makam Diraja Abdullah
PasanganSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Anakanda Tengku Meriam, Tengku Muhaini, Tengku Aishah, Al Sultan Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Nong Fatimah, Tengku Shahariah
Nama selepas mangkat
Marhum Rahhimahaullah
KerabatPahang Darul Makmur
AyahandaTengku Muda Haji Sir Muhammad ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah, [bapa saudara kepada Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah]
Bonda-
Agamaislam sunni
Raja Permaisuri Agong
00
00
Raja Permaisuri Agong ke- 07
Yang di-Pertuan Agong 00
Negeri 00
Kelahiran 00
Kemangkatan 00
Mula jawatan 00
Tamat jawatan 00
Penyandang terdahulu 00
Penyandang kemudian 00

Tengku Afzan binti Tengku Muhammad diputerikan pada 4 Disember 1932 di Kuala Terengganu merupakan Tengku Ampuan Pahang dan Raja Permaisuri Agong ke 07.

Baginda ialah anakanda ke empat kepada Tengku Muda Pahang, Menteri Besar Terengganu, dan Menteri Besar Pahang, Tengku Muhammad ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah dan Tengku Puan Muda Pahang, Tengku Aishah Mandak binti Tengku Mustafa dan cucunda Sultan Haji Sir Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Datuk Bendahara (Bendahara Sri Maharaja) Tun Ali, Sultan Pahang.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan Melayu Pekan dan menerima kelas bimbingan khas dalam bahasa Inggeris.

Pada 22 April 1954, ketika berusia 22 tahun, baginda diijabkabulkan dengan Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Mahkota Pahang dan bergelar Tengku Puan Pahang.

Baginda dikurniakan tujuh anakanda, dua putera dan lima puteri iaitu Tengku Meriam, Tengku Muhaini, Tengku Aishah, Sultan Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Nong Fatimah III dan Tengku Shahariah.

Pada tahun 1974, apabila Sultan Ahmad Shah naik takhta negeri Pahang sebagai Sultan Pahang, baginda telah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Pahang.

Baginda juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong antara tahun 1979 sehingga 1984.

Pada 29 Jun 1988, baginda mangkat di Istana Pahang, Kuala Lumpur pada hari Rabu pukul 8:42 pagi di usia 55 tahun akibat kanser.

Baginda mangkat satu minggu selepas kemangkatan bonda mentua baginda iaitu Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah binti Sultan Alang Iskandar Shah II dan satu minggu selepas itu, bonda kandung baginda pula mangkat Tengku Aishah Mandak binti Tengku Mustafa. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam diraja Pekan.