26 April
|
26 April merupakan hari ke-116 (hari ke-117 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 249 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Harta Intelek Sedunia.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1478 - 1478 - Dalam usaha menguasai Republik Florentine, Keluarga Pazzi menyerang Lorenzo de' Medici dan adiknya Giuliano daripada keluarga Medici di Katedral Florence.
- 1865 - Boston Corbett (gambar) dan askar Tentera Darat A.S. lain mengepung dan menembak mati John Wilkes Booth, pembunuh Presiden Abraham Lincoln.
- 1937 - Perang Saudara Sepanyol: Pengeboman Guernica oleh Legion Condor daripada Luftwaffe Jerman mengakibatkan ribut api dahsyat.
- 1956 - Kapal kontena pertama di dunia, SS Ideal X, berlayar dari Pelabuhan Newark New Jersey, memulakan pemiawaian antarabangsa kontena perkapalan.
- 1964 - Tanganyika dan Zanzibar bergabung untuk membentuk Tanzania.
- 1986 - Bencana Chernobyl: Sebuah reaktor nuklear (gambar) di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, RSS Ukraine mengalami letupan stim, mengakibatkan kebakaran serta leburan nuklear.
- 2007 - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 di Istana Negara, Jalan Istana.
- 2009 - Jenis baru selesema babi disahkan menjangkiti lebih 9,200 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih 75 orang.
- 2010 - Parti Presiden Omar al-Bashir memenangi pilihan raya Sudan 2010.
- 2010 - Raja Albert menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Belgium Yves Leterme, selepas kerajaannya runtuh.
- 2012 - Fayez al-Tarawneh menjadi Perdana Menteri Jordan buat kali kedua selepas Awn Shawkat Al-Khasawneh meletak jawatan.