Pergi ke kandungan

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Sultan Pahang
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Yang di-Pertuan Agong ke-7
Pemerintahan26 April 1979 – 25 April 1984
Kemahkotaan10 Julai 1980
Didahului olehSultan Yahya Petra
Diikuti olehSultan Iskandar
Pemangku rajaTengku Abdullah (1979–1984, 2016–2019)
Sultan Pahang ke-5
Pemerintahan7 Mei 1974 – 11 Januari 2019
Kemahkotaan8 Mei 1975
Didahului olehSultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
Diikuti olehAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-6
Pemerintahan21 September 1975 – 25 April 1979
Didahului olehSultan Yahya Petra
Diikuti olehSultan Ja'afar
Pemangku Raja Pahang
Pemerintahan1965 – 1966
Didahului oleh-
Diikuti olehJawatan Pemangku Tamat Tempoh
Tengku Mahkota Pahang
Pemerintahan1944 – 7 Mei 1974
Didahului olehSultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
Diikuti olehAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Presiden AFC ke-7
Pemerintahan1994 – 2002
Didahului olehHamzah Abu Samah
Diikuti olehMohamed bin Hammam
Presiden AFF ke-4
Pemerintahan2011 – 2019
Didahului olehTengku Ahmad Rithauddeen
Diikuti olehKhiev Sameth
Presiden FAM ke-4
Pemerintahan1984 – 2014
Didahului olehHamzah Abu Samah
Diikuti olehTengku Abdullah
Ketua Perlembagaan Canselor UIAM
Pemerintahan1983 – 2019
Didahului oleh(Jawatan sulung)
Diikuti olehTengku Ampuan Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Keputeraan(1930-10-24)24 Oktober 1930
Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang
Kemangkatan22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Pemakaman23 Mei 2019
Makam Diraja Pekan, Pahang
Pasangan
Anakanda
KerabatWangsa Bendahara
AyahandaSultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
BondaTengku Ampuan Besar Raja Fatimah
AgamaIslam Sunni
TandatanganTandatangan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه; 24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) merupakan Sultan Pahang Moden ke-5 yang memerintah dari 7 Mei 1974 sehingga baginda menyerahkan takhta pada 11 Januari 2019. Baginda juga melakar sejarah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7 yang memegang tampuk Ketua Utama Negara bagi tempoh 26 April 1979 hingga 25 April 1984.[1] [2]

Baginda merupakan anakanda ketiga serta putera tunggal kepada Sultan Pahang ke-4, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah bersama Tengku Ampuan Besar Pahang, Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah. Selepas turun dari takhta akibat kegeringan, baginda secara rasminya dikurniakan gelaran sebagai Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.[3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Tengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12:00 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang III,[4] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.

Minat Dan Sumbangan Dalam Bidang Sukan

[sunting | sunting sumber]

Penglibatan aktif dan kemahiran

[sunting | sunting sumber]

Sultan Haji Ahmad Shah amat dikenali sebagai seorang tokoh yang mencintai aktiviti luar, terutamanya dalam bidang sukan. Baginda bukan sahaja meminati sukan, malah memiliki kemahiran tinggi sehingga diiktiraf sebagai pemain polo yang hebat, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Selain polo, baginda juga aktif dalam sukan lain seperti hoki, badminton, dan golf.

Kepimpinan dalam arena bola sepak

[sunting | sunting sumber]

Sumbangan baginda dalam sukan bola sepak amat signifikan. Baginda telah dipilih untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai Presiden bermula dari tahun 1984 sehingga 2014. Atas jasa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan sukan ini di peringkat Asia, baginda telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa pada tahun 1982. Pencapaian ini meletakkan baginda sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah menerima anugerah berprestij tersebut. Baginda juga pernah dikurniakan anugerah FIFA Order of Merit pada tahun 2012 atas sumbangan sepanjang hayat kepada arena bola sepak.

Kehadiran di pentas dunia

[sunting | sunting sumber]

Keprihatinan dan minat mendalam baginda terhadap kecemerlangan sukan nasional turut dizahirkan melalui kehadiran baginda bagi memberi sokongan kepada kontinjen negara di pelbagai temasya Sukan Olimpik. Antara edisi yang pernah dihadiri baginda termasuklah di Los Angeles (1984), Seoul (1988), Barcelona (1992), dan Atlanta (1996).[5] [6] [7]

Pewaris Takhta

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan dalam susur galur

[sunting | sunting sumber]

Semasa pemerintahan paduka nenda baginda, Tengku Ahmad merupakan waris kedua dalam susur galur pewarisan takhta Kerajaan Pahang, mengekori paduka ayahanda baginda Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah. Susulan kemangkatan paduka nenda Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah pada tahun 1932, paduka ayahanda baginda telah menaiki takhta, sekali gus meletakkan Tengku Ahmad sebagai waris mutlak yang pertama dalam sistem pewarisan.

Pelantikan Tengku Mahkota dan zaman perang

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1944, ketika berusia 14 tahun, baginda telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang. Walaupun sesi pembelajaran formal baginda terganggu akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua, baginda memanfaatkan tempoh tersebut untuk mempelajari bahasa Jepun semasa era pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.[8]

Pemangku Raja Pahang

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1965, baginda telah diangkat sebagai Pemangku Raja Pahang berikutan keberangkatan paduka ayahanda baginda ke luar negara bagi tempoh dua bulan.[9]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]

Sultan Haji Ahmad Shah telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh bagi tempoh lima tahun bermula pada 26 April 1979 sehingga 25 April 1984. Baginda menggantikan Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Kelantan) yang mangkat semasa dalam tempoh jawatan. Sebagai Ketua Utama Negara, baginda juga menyandang jawatan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Sultan Pahang

[sunting | sunting sumber]

Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke-5 (Pahang Moden) pada 7 Mei 1974, sejurus selepas kemangkatan paduka ayahanda baginda, Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah. Istiadat pertabalan baginda telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975. Setelah memerintah selama hampir 45 tahun, baginda menyerahkan takhta kepada paduka anakanda baginda, Al-Sultan Abdullah, pada 11 Januari 2019 atas faktor kesihatan dan kemangkatan baginda berlaku pada 22 Mei 2019.[3]

Jawatan lain yang disandang

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan rekod perkhidmatan dan sumbangan baginda, berikut adalah senarai jawatan utama yang pernah disandang oleh Sultan Haji Ahmad Shah, disusun mengikut hierarki kedudukan:

Jawatan Peringkat Persekutuan & Negeri

[sunting | sunting sumber]
  • Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7 (1979–1984)
  • Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia (1975–1979)
  • Sultan Pahang ke-5 (1974–2019)
  • Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (Semasa memegang jawatan Agong)
  • Pemangku Raja Pahang (1965 – Semasa Sultan Abu Bakar ke luar negara)
  • Tengku Mahkota Pahang (1944–1974)

Jawatan Akademik & Institusi

[sunting | sunting sumber]
  • Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1983–2019) – Baginda merupakan individu pertama yang menyandang jawatan ini sejak penubuhan UIAM.[10]

Jawatan Sukan & Organisasi Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  • Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) (2011–2019)
  • Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (1994–2002)
  • Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (1984–2014)
  • Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)
  • Penaung Diraja bagi pelbagai kelab sukan termasuk Kelab Polo Diraja Pahang dan Kelab Golf Diraja Pahang.

Jawatan Ketenteraan

[sunting | sunting sumber]
  • Kolonel Yang Di-Pertua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Brigedier Jeneral (Kehormat), Rejimen 505 Askar Wataniah (2004)
  • Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah (1999)

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah kemudian mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.

Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik menjadi Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pertama pada Februari 1983.

Kegeringan dan Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Turun takhta dan pelantikan Paduka Ayahanda

[sunting | sunting sumber]

Setelah memerintah negeri Pahang selama hampir 45 tahun, kesihatan baginda mula merosot (gering) yang menyebabkan baginda tidak lagi dapat menjalankan tugas-tugas rasmi secara aktif. Pada 11 Januari 2019, Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang telah memutuskan untuk melantik anakanda sulung baginda, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebagai Sultan Pahang yang ke-6 menggantikan baginda.

Peralihan ini dilaksanakan bagi membolehkan anakanda baginda dipertimbangkan sebagai calon Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja. Susulan abdikasi tersebut, Sultan Haji Ahmad Shah secara rasmi diberikan gelaran Paduka Ayahanda sebagai tanda penghormatan tertinggi daripada kerajaan negeri dan rakyat Pahang.[3]

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Pada pagi Rabu, 22 Mei 2019 (bersamaan 17 Ramadan 1440H), baginda telah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 8:50 pagi akibat kegeringan berpanjangan. Berita sedih tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail. Baginda merupakan salah seorang Sultan yang paling lama memerintah dalam sejarah moden negeri Pahang.[11]

Bendera Pahang dikibarkan separuh tiang di Kuil Gua Chin Swee sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan baginda dan tempoh berkabung.

Istiadat Pemakaman

[sunting | sunting sumber]

Jenazah Almarhum telah dibawa pulang ke Pekan dan ditempatkan di Balairong Seri, Istana Abu Bakar bagi memberikan peluang kepada kerabat diraja, pemimpin negara, dan rakyat jelata untuk memberikan penghormatan terakhir. Baginda telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Pekan yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Abu Bakar, Pekan pada petang 23 Mei 2019.

Bagi menghormati kemangkatan baginda, kerajaan negeri Pahang telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari pemakaman serta tempoh berkabung selama 40 hari di seluruh negeri, dengan bendera Pahang dikibarkan separuh tiang.[12]

Kerabat Sultan

[sunting | sunting sumber]
Nama Keputeraan Pasangan Diraja Tarikh Berkahwin Anakanda Cucunda
Tengku Meriam (1955-04-01) 1 April 1955 (umur 71)
Istana Abu Bakar, Pekan
Tengku Dato’ Sri Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah 24 April 1976
(Bercerai)
* Tengku Aidy Ahmad Shah * Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
Tengku Muhaini (1956-10-31) 31 Oktober 1956 (umur 69)
Istana Manggal Tunggal, Pekan
Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra 22 Januari 1981
(Bercerai)
- -
Tengku Aishah Marcella (1957-11-13) 13 November 1957 (umur 68)
Istana Manggal Tunggal, Pekan
Tunku Kamil Ikram bin Tunku Abdullah 23 Oktober 1980
(Bercerai)
* Tunku Kaiyisah -
Dato’ Muhammad Johan bin Dato’ Muhammad Yusuf 2 Julai 1987 * Tun Putra Ahmad Aizuddin Shah
* Putri Afzan Shakira Nabila
-
Al-Sultan Abdullah (1959-07-30) 30 Julai 1959 (umur 66)
Istana Manggal Tunggal, Pekan
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah 6 Mac 1986 * Tengku Amir Nasser (Angkat)
* Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah
* Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
* Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
* Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
* Tengku Puteri Afzan Aminah
* Tengku Puteri Jihan Azizah
* Tengku Adam Ibrahim Shah
* Tengku Sulaiman Abdullah Shah
* Tengku Zayn Edin Shah
Cik Puan Julia Rais 1991 * Tengku Puteri Iman Afzan
* Tengku Puteri Ilisha Ameera
* Tengku Puteri Ilyana
Tengku Abdul Rahman (1960-08-23) 23 Ogos 1960 (umur 65)
Istana Manggal Tunggal, Pekan
Che Puan Julita Aishah binti Abdul Latiff 27 Julai 2002 * Tengku Eddie Akasya
* Tengku Ahmad Firman Shah
* Tengku Ameera Asya
* Tengku Armaan Alam Shah
-
Che Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip
Tengku Nong Fatimah (1962-09-04) 4 September 1962 (umur 63) Dato’ Haji Muhammad Moiz - - -
Tengku Shahariah (1964-09-12) 12 September 1964 (umur 61) Baharim - - -
Tengku Fahad Mua’adzam Shah (1994-02-10) 10 Februari 1994 (umur 32) - - - -

Petunjuk:

  • Sultan Haji Ahmad Shah mempunyai dua isteri: Tengku Ampuan Afzan (m. 1988) dan Sultanah Kalsom (Ibu kepada Tengku Fahad Mua’adzam Shah).
  • Senarai di atas disusun mengikut kronologi keputeraan.

Rujukan kehormat, gelaran, darjah kebesaran dan lambang

[sunting | sunting sumber]

Rujukan kehormat dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
  • 24 Oktober 1930 – 23 Jun 1932: Yang Mulia Tengku Ahmad ibni Tengku Mahkota Abu Bakar
  • 23 Jun 1932 – 25 Mei 1944: Yang Amat Mulia Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 25 Mei 1944 – 8 Mei 1974: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 8 Mei 1974 – 6 Mei 1975: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 6 Mei 1975 – 26 April 1979: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 26 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-7, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 25 April 1984 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang V Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 11 Januari 2019 – 22 Mei 2019: Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا ڤدوک سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بکر رعاية الدين المعظم شاه

Kurniaan Pahang

[sunting | sunting sumber]
  • Pahang:
    • Darjah Kerabat Pahang (mengasaskan sejak 24 Oktober 1977)
    • Darjah Kerabat kelas pertama (DK I) (sejak 1974)
    • Darjah Kebesaran Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (S.D.S.A., mengasaskan sejak 23 Oktober 2010)
    • Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P., mengasaskan sejak 24 Oktober 1977)
    • Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) dan Darjah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) (sejak 1974)
    • Pingat Jubli Perak Sultan Abu Bakar (24 Jun 1957)

Kurniaan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Negara Luar

[sunting | sunting sumber]

Penghormatan dan Senama

[sunting | sunting sumber]

Bagi menghargai jasa dan sumbangan baginda sepanjang tempoh pemerintahan, pelbagai institusi, bangunan, dan infrastruktur di seluruh Malaysia telah dinamakan sempena Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang

Institusi Pendidikan dan Penyelidikan

[sunting | sunting sumber]
Bil Nama Institusi Lokasi Jenis Institusi
1 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Pahang Pendidikan Teknikal
2 Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) Kuantan, Pahang Universiti Awam Negeri
3 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - Kampus Sultan Haji Ahmad Shah Muadzam Shah, Pahang Kampus Cawangan
4 Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Kajang, Selangor Pusat Latihan Teknikal
5 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) Kuantan, Pahang Sekolah Berasrama Penuh
6 Maahad Sultan Ahmad Shah AD-DINI Jengka, Pahang Sekolah Agama

Infrastruktur dan Bangunan Awam

[sunting | sunting sumber]
Bil Nama Mercu Tanda Lokasi Kategori
1 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, Pahang Hospital Kerajaan
2 Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) Kuantan, Pahang Pejabat Kerajaan Negeri
3 Masjid Sultan Ahmad Shah (Masjid Negeri) Kuantan, Pahang Masjid Negeri
4 Pangkalan Udara Kuantan (Pangkalan TUDM Sultan Ahmad Shah) Kuantan, Pahang Pangkalan Tentera Udara
5 Terminal Sentral Kuantan (Terminal Sultan Ahmad Shah) Kuantan, Pahang Terminal Bas Bersepadu
6 Kem Sultan Ahmad Shah Temerloh, Pahang Kem Tentera Darat

Jambatan dan Jalan Raya

[sunting | sunting sumber]
Bil Nama Laluan / Jambatan Lokasi Nota
1 Jambatan Sultan Ahmad Shah Temerloh Jambatan merentasi Sungai Pahang (Laluan Persekutuan 2)
2 Jambatan Sultan Ahmad Shah II Semantan Jambatan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1)
3 Jambatan Sultan Ahmad Shah III Chenor Jambatan menghubungkan Chenor dan Seberang Chenor
4 Jalan Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lumpur Dahulunya dikenali sebagai Jalan Khidmat Usaha
5 Jalan Sultan Ahmad Shah George Town, Pulau Pinang Dahulunya dikenali sebagai Northam Road

Sukan dan Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  • Piala Sultan Haji Ahmad Shah – Perlawanan pembukaan musim Liga Malaysia (Piala Sumbangsih).
  • Stadium Sultan Haji Ahmad Shah – Stadium utama di Bandar Pusat Jengka.
  • Pusat Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) – Pusat latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Gebeng, Kuantan.

Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Sultan Ahmad Shah raja disenangi rakyat". Harian Metro. 22 Mei 2019. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  2. ^ "Sultan Johor zahir takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah". Bernama. 22 Mei 2019. Dicapai pada 14 Mac 2026.
  3. ^ a b c Nizam, Mohammad Arif (2019-01-12). "Sultan Ahmad Shah diisytihar sebagai Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Sejarah Kesultanan Melayu Pahang". Berita Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  5. ^ "Sultan Ahmad Shah dinobat tokoh Sukan ASN 2017". Astro Awani. 14 Mac 2018.
  6. ^ "FAM Genap 95 Tahun Hari Ini". FAM. 11 September 2021.
  7. ^ "History of Polo in Malaysia". Royal Malaysian Polo Association.
  8. ^ "Sultan Ahmad Shah serah takhta lepas 45 tahun". Utusan Online. 12 Januari 2019. Dicapai pada 22 Mei 2019.
  9. ^ "Sultan Pahang ka-luar negeri". NewspaperSG. Berita Harian. 10 Februari 1965. Dicapai pada 23 Mei 2019.
  10. ^ "Passing of the First Constitutional Head of IIUM". UIAM News.
  11. ^ "Pahang's former ruler Sultan Ahmad Shah passes away". Malaysiakini. 22 Mei 2019.
  12. ^ "Sultan Ahmad Shah laid to rest in Pekan". Bernama. 23 Mei 2019.
  13. ^ "SAIJ". www.saij.gob.ar. Dicapai pada 14 January 2019.
  14. ^ "Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-03. Dicapai pada 2014-05-23. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  15. ^ "malay2". www.royalark.net. Dicapai pada 14 Januari 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Yahya Petra
(Sultan Kelantan)
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7
26 April 1979 - 25 April 1984
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar
(Sultan Johor)
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
Sultan Pahang
8 Mei 1974 - 11 Januari 2019
Diikuti oleh:
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah