Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Sultan Ahmad Shah" dilencongkan di sini.
Yang di-Pertuan Agong
Img agung7 2.gif
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Yang di-Pertuan Agong ke- 7
Raja Permaisuri Agong Tengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad
Negeri Pahang
Keputeraan (1930-10-24)24 Oktober 1930
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Mula jawatan 26 April 1979
Tamat jawatan 25 April 1984
Penyandang terdahulu Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Penyandang kemudian Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Sultan Pahang Moden ke-5
Pahang Darul Makmur
Pemerintahan 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019
Pendahulu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Pengganti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Raja Muda Tengku Abdullah
Pasangan Tengku Afzan (k. 1954; m. 1988)
Sultanah Kalsom (k. 1991; m. 2019)
Anakanda
Tengku Meriam
Tengku Muhaini
Tengku Aishah Marcella
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Abdul Rahman
Tengku Nong Fatimah
Tengku Shahariah
Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah
Nama penuh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Tempat persemayaman Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang
Ayahanda Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah
Bonda Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Keputeraan (1930-10-24)24 Oktober 1930
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia[1]
Dimakamkan 23 Mei 2019
Makam Diraja Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang
Agama Islam Sunni

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) merupakan Sultan Pahang Moden kelima dari 8 Mei 1974 sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Januari 2019. Setelah itu, baginda dikurniakan gelaran Paduka Ayahanda.

Baginda merupakan paduka anakanda ketiga dan paduka putera tunggal kepada KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah dengan KDYMM Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah. Anakanda Baginda yang sulung adalah seorang puteri sementara anakanda kedua seorang putera yang mangkat semasa kecil.

Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh, memerintah Malaysia dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12:00 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang III,[2] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.

Kegemaran[sunting | sunting sumber]

Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.

Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 1984. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.

Pewaris takhta[sunting | sunting sumber]

Ketika pemerintahan paduka nenda baginda, Tengku Ahmad Shah berada dalam tempat kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan Pahang, di hadapan paduka ayahandannya. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1932 dan diganti oleh paduka ayahandanya, baginda berada tempat pertama dalam susur galur pewarisan takhta. Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia Kedua, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.[3]

Pada tahun 1965, baginda diangkat menjadi pemangku raja apabila paduka ayahandanya berangkat ke luar negara selama dua bulan.[4]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Sultan Pahang[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmad Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Pahang moden yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 8 Mei 1975.

Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmad Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketujuh menggantikan Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.

Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.

Kegeringan[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda.

Turun takhta[sunting | sunting sumber]

Baginda menyerahkan takhta kepada paduka putera baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun bagi membenarkan paduka putera baginda layak menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan Sultan Muhammad V turun takhta.[5]

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei 2019, Istana Pahang melaporkan Paduka Ayahanda telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8:50 pagi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur setelah gering sekian lama.[6] Baginda dimakamkan bersebelahan pusara isteri Baginda, Tengku Ampuan Afzan di Makam Diraja Pahang, berdekatan dengan Masjid Abu Bakar di Pekan, Pahang.[7]

Kerabat Sultan[sunting | sunting sumber]

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
Yang Amat Mulia Tengku Meriam (1955-04-01) 1 April 1955 (umur 64) Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang 24 April 1976 - bercerai Tengku Dato’ Sri Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
Yang Amat Mulia Tengku Muhaini (1956-10-31) 31 Oktober 1956 (umur 62) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 22 Januari 1981 - bercerai Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra
Yang Amat Mulia Tengku Aishah Marcella (1957-11-13) 13 November 1957 (umur 61) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 23 Oktober 1980 - bercerai & 2 Julai 1987 - kini Tunku Kamil Ikram bin Tunku Abdullah & Dato’ Muhammad Johan bin Dato’ Muhammad Yusuf Tunku Kaiyisah binti Tunku Kamil Ikram
Tun Putra Ahmad Aizuddin Shah bin Dato’ Muhammad Johan
Putri Afzan Shakira Nabila binti Dato’ Muhammad Johan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (1959-07-30) 30 Julai 1959 (umur 60) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 6 Mac 1986 - kini Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Tengku Amir Nasser Ibrahim (Anakanda Angkat)
Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat 24 Julai 1990)
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah
Tengku Puteri Iman Afzan
Tengku Puteri Ilisha Ameera
Tengku Ilyana
Tengku Adam Ibrahim Shah
Tengku Sulaiman Abdullah Shah
Tengku Zayn Edin Shah
Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman (1960-08-23) 23 Ogos 1960 (umur 59) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 27 Julai 2002 Cik Julita Aisha binti Abdul Latif & Cik Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip Tengku Eddie Akasya
Tengku Ahmad Firman Shah
Tengku Ameera Asya
Tengku Armaan Alam Shah
Yang Amat Mulia Tengku Nong Fatimah (1962-09-04) 4 September 1962 (umur 57) Dato’ Haji Muhammad Moiz
Yang Amat Mulia Tengku Shahariah (1964-09-12) 12 September 1964 (umur 55) Baharim
Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah (1994-02-10) 10 Februari 1994 (umur 25)

Rujukan kehormat, gelaran, darjah kebesaran dan lambang[sunting | sunting sumber]

Rujukan kehormat dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 24 Oktober 1930 – 23 Jun 1932: Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Shah ibni Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abu Bakar
  • 23 Jun 1932 – 25 Mei 1944: Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Shah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 25 Mei 1944 – 8 Mei 1974: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 8 Mei 1974 – 6 Mei 1975: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 6 Mei 1975 – 26 April 1979: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 26 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-7, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 25 April 1984 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang V Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 11 Januari 2019 – 22 Mei 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا ڤدوک سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بکر رعاية الدين المعظم شاه

Kurniaan Pahang[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Negara Luar[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bangunan, Jambatan dan Jalanraya[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Agong's father, former Pahang Sultan, dies at age 88". The Star Online. Dicapai 22 May 2019. 
  2. ^ "Sejarah Kesultanan Melayu Pahang". Berita Harian. 12 Januari 2019. Dicapai 12 Januari 2019. 
  3. ^ "Sultan Ahmad Shah serah takhta lepas 45 tahun". Utusan Online. 12 Januari 2019. Dicapai 22 Mei 2019. 
  4. ^ "Sultan Pahang ka-luar negeri". NewspaperSG. Berita Harian. 10 Februari 1965. Dicapai 23 Mei 2019. 
  5. ^ "Sultan Ahmad Shah serah takhta selepas 45 tahun pemerintahan". Kosmo! Online. 12 Januari 2019. Dicapai 22 Mei 2019. 
  6. ^ Mohd. Shariza Abdullah (22 Mei 2019). "Sultan Haji Ahmad Shah mangkat". Utusan Online. Dicapai 22 Mei 2019. 
  7. ^ "Sultan Ahmad Shah laid to rest at Pekan Royal Mausoleum". The Star Online. Dicapai 23 May 2019. 
  8. ^ "SAIJ". www.saij.gob.ar. Dicapai 14 January 2019. 
  9. ^ "Pahang". Diarkibkan daripada asal pada 2014-07-03. Dicapai 2014-05-23. 
  10. ^ "malay2". www.royalark.net. Dicapai 14 Januari 2019. 
  11. ^ http://www.kipsas.edu.my Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic College

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Yahya Petra
(Sultan Kelantan)
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7
26 April 1979 - 25 April 1984
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar
(Sultan Johor)
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
Sultan Pahang
8 Mei 1974 - 11 Januari 2019
Diikuti oleh:
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah