Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Permaisuri Agong
Img queen2 2.gif
Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
Raja Permaisuri Agong ke- 2
Yang di-Pertuan Agong Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Negeri Selangor
Kelahiran 1900
Bandar Termasha, Kuala Langat, Selangor
Kemangkatan 8 April 1973
Mula jawatan 1 April 1960
Tamat jawatan 1 September 1960
Penyandang terdahulu Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Penyandang kemudian Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail

Seri Paduka Baginda Tengku Ampuan Jema’ah binti Raja Ahmad, Raja Permaisuri Agong Kedua diputerikan di Bandar Termasha, Kuala Langat, Selangor pada tahun 1900 dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu dalam kawasan Istana Bandar Termasha.

Pada tahun 1920, Seri Paduka Baginda Tengku Ampuan Jema'ah berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Sultan Hisamuddin Alam Shah yang ketika itu menjadi pengiring Diraja kepada DYMM Sultan Alaiddin Sulaiman Shah. Dengan itu juga baginda menjadi pengiring khas kepada DYMM Tengku Ampuan Fatimah.

Pada tahun 1926, Seri Paduka Baginda Tengku Ampuan Jema’ah telah dikurniakan dengan seorang putera, DYMM Tengku Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Ke-8.

Seri Paduka Baginda Tengku Ampuan Jema’ah rajin mencuba pelbagai kerja pertukangan tangan di istana dan mahir menyulam, mengait dan membuat sulaman tampal. Apabila Seri Paduka Baginda berpindah ke Klang, baginda mengumpul kaum wanita di kampung-kampung dan memulakan program latihan seni pertukangan tangan untuk mereka. Hasil pertukangan ini dihantar ke Hotel Raffles di Singapura di bawah jenama "Pertukangan Tangan Melayu Selangor" yang dibiayai oleh isteri Gabenor Singapura ketika itu. Kedai Pertukangan Tangan Melayu dibuka di Klang dan kemudiannya sebuah lagi cawangan dibuka di Kedai Robinson di Kuala Lumpur dengan bantuan pengurus kedai tersebut.

"Gerai Selangor" di pameran Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai pelancong Eropah, dan beberapa anugerah barangan perak yang dimenangi oleh gerai itu boleh dilihat di Muzium Istana Alam Shah. Penghargaan yang diterima ini adalah hasil usaha Tengku Ampuan Jema’ah.

Pada tahun 1952, Seri Paduka Baginda menunaikan fardu haji di Mekah dan pada tahun berikutnya Baginda mengiringi Seri Paduka Baginda Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk menyaksikan pertabalan Ratu Elizabeth II.