Tentera Darat Wilayah Ke-7 Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tentera Darat Wilayah Ke-7 Jepun
General F W Messervy receives the sword of General Itagaki.jpg
Jeneral FW Messervy menerima pedang Jeneral Itagaki
Aktif19 Mac 1944 - 15 Ogos 1945
NegaraEmpayar Jepun
CawanganTentera Darat Imperial Jepun
JenisInfantri
PerananTentera darat medan
Garison/HQSingapura
Nama samaran岡 (Oka = "bukit")
PertempuranKempen Borneo (1945)
Operasi Tiderace

Tentera Darat Wilayah Ke-7 Jepun (第7方面軍, Dai nana hōmen gun) ialah sebuah tentera darat medan buat Tentera Darat Imperial Jepun sewaktu penghujung Perang Pasifik, Perang Dunia Kedua.[1]

Tentera Darat Wilayah Ke-7 terbentuk pada 19 Mac 1944 di bawah Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan untuk menjalankan tugas khusus iaitu menentang pendaratan Pihak Bersekutu di wilayah-wilayah yang diduduki Jepun di Malaya British, Singapura dan Borneo, Pulau Jawa, dan Sumatera. Tugas tambahan pasukan ini adalah memperkukuhkan barisan pertahanan baharu selepas kehilangan Kepulauan Solomons, New Guinea dan bahagian-bahagian timur Hindia Timur Belanda.[2] Markas pasukan ini terletak di Singapura dan dimansuhkan di sana berikutan penyerahan kalah Jepun pada penghujung Perang Dunia Kedua.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marston, The Pacific War Companion: From Pearl Harbor to Hiroshima
  2. ^ Nalty, War in the Pacific: Pearl Harbor to Tokyo Bay
  3. ^ Madej, Japanese Armed Forces Order of Battle, 1937-1945