Tentera darat medan

Tentera darat medan (field army) (juga dikenali sebagai tentera darat bernombor atau hanya dipanggil ketumbukan) ialah sebuah formasi tentera dalam kebanyakkan Angkatan Tentera, terdiri daripada dua atau lebih Kor dan boleh menjadi subordinat kepada sebuah Kumpulan Tentera Darat atau Barisan. Ketumbukan Udara adalah formasi bersamaan dalam Tentera Udara, manakala Armada ialah formasi setara dalam Tentera Laut. Sebuah tentera darat medan terdiri daripada 80,000 hingga 300,000 orang askar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tentera darat medan tertentu biasanya dinamakan atau dinomborkan untuk membezakannya daripada maksud umum "tentera darat" sebagai keseluruhan angkatan pertahanan negara atau angkatan darat. Dalam Bahasa Inggeris, gaya ortografi tipikal untuk menamakan tentera darat medan ialah dengan menggunakan nombor perkataan, seperti "Tentera Darat Pertama"; manakala kor biasanya dibezakan oleh angka rumi (contohnya Kor II) dan formasi bawahan divisyen mengikut nombor bertingkat (contohnya Divisyen Ke-2). Sebuah tentera darat medan juga boleh diberikan nama mengikut kawasan geografi selain daripada atau sebagai ganti kepada nama berangka, seperti Tentera Darat British Rhine, Tentera Darat Potomac, Tentera Darat Niemen atau Tentera Darat Aegia (juga dikenali sebagai Tentera Darat Keempat).
Tentera Rom adalah antara yang pertama untuk menampilkan secara rasmi tentera darat medan, dalam erti kata formasi gabungan tempur yang sangat besar, iaitu sacer comitatus, yang mungkin diterjemahkan secara literal sebagai "pengiring suci". Istilah ini diambil kerana mereka telah diperintah oleh Maharaja Rom (yang dianggap sebagai suci), apabila mereka bertindak sebagai panglima perang. Ketika comitatensis (jamak: comitatenses) Rom kadangkala diterjemahkan sebagai "tentera darat medan", ia juga boleh diterjemahkan sebagai "pasukan medan" atau "pasukan mudah alih" (dan bukan limitanei atau unit garison).
Di dalam beberapa angkatan tentera, "tentera darat" boleh menjadi setaraf dengan unit peringkat kor. Sebelum tahun 1945, ini yang berlaku dengan Gun (军; "tentera darat") dalam Tentera Darat Imperial Jepun, di mana formasi yang bersamaan saiz dengan tentera darat medan adalah "tentera darat kawasan" (方面军; Hōmen-gun). Dalam Tentera Darat Merah Soviet dan Tentera Udara Soviet semasa perang, sebuah tentera darat adalah subordinat kepada sebuah Barisan (bersamaan kumpulan tentera darat). Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga hingga lima divisyen berserta dengan meriam, pertahanan udara, peninjau dan unit sokongan yang lain. Ia boleh diklasifikasikan sebagai ketumbukan gabungan senjata (Combined Arms Army-CAA) atau ketumbukan kereta kebal (Tank Army-TA) dan sewaktu kedua-duanya menjadi formasi gabungan tempur, yang awal mengandungi sejumlah besar divisyen motoris sementara yang kemudian mengandungi sejumlah besar divisyen kereta kebal. Dalam masa aman, tentera darat Soviet biasanya berada dibawah wilayah tentera.
Tentera darat medan yang moden adalah formasi besar yang sangat berbeza antara angkatan tentera dari segi saiz, komposisi, dan skop tanggungjawab. Sebagai contoh, dalam Tentera Darat Medan NATO terdiri daripada sebuah markas, dan biasanya mengawal dua kor, didalamnya terdapat beberapa divisyen. Sesuatu pertempuran akan mempengaruhi tahap Tentera Darat Medan dengan memindahkan divisyen dan tenaga bantuan dari satu kor yang lain untuk meningkatkan tekanan ke atas musuh yang berada ditahap kritikal. Tentera darat medan NATO diperintah oleh seorang Jeneral atau seorang Leftenan Jeneral.