Tentera Laut Diraja Brunei
| Tentera Laut Diraja Brunei | |
|---|---|
Lambang Tentera Laut Diraja Brunei | |
| Aktif | 14 Jun, 1965 |
| Negara | |
| Jenis | Tentera laut |
| Sebahagian daripada | |
| Pangkalan | Muara |
| Komander | |
| Pemerintah TLDB | Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB |
| Pemangku Timbalan Pemerintah TLDB | Kepten Haji Khairil bin Abdul Rahman, TLDB |
| Pemerintah Armada TLDB | Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB |
| Sarjan Mejar TLDB | Pegawai Waran 1 Mohammad Nasri bin Ladis, TLDB |
| Tanda kebesaran | |
| Panji | |
Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) merupakan sebuah cabang pasukan tentera laut dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Ia bertanggungjawab bagi mengawal, menjaga dan meronda perairan negara Brunei Darussalam. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Tentera Laut Diraja Brunei dilengkapi dengan kapal-kapal peronda dan kapal perang laju yang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu dan senjata anti pesawat dan permukaan.[1]
Tentera Laut Diraja Brunei telah ditubuhkan pada 14 Jun, 1965. Ia merupakan unit kedua yang ditubuhkan selepas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. TLDB berpangkalan di Muara, yang mana terletak kira-kira 4 km dari Bandar Muara dengan majoriti anggotanya berbangsa Melayu. Sejak tahun 1977, TLDB telah dilengkapkan dengan kapal-kapal berpeluru berpandu dan kapal peronda pantai. Kesemua kapal TLDB menggunakan awalan KDB yang bermaksud Kapal Diraja Brunei. TLDB dahulu telah diketuai oleh Kol (L) Hj Abdul Halim bin Hj Abu Hanifah sejak bulan Mei 2008.[2]
Kekuatan armada
[sunting | sunting sumber]
Tentera Laut Diraja Brunei mempunyai tiga cawangan iaitu Cawangan Operasi, Cawangan Tadbir dan Cawangan Bantu. Berikut merupakan kekuatan masa kini armada laut Brunei,
- KDB Waspada
- KDB Perwira
- KDB Jerambak
- KDB Pemburu (P15)
- KDB Penyerang (P-16)
- KDB Waspada (P02)
- KDB Pejuang(P03)
- KDB Seteria (PO4)
- KDB Nakhoda Ragam
- KDB Bendahara Sakam
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei
- Grup Tindak Permukaan Laut
- Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei
- Sekolah Ugama Tentera Laut Diraja Brunei
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Introduction - Royal Brunei Navy - Retrieved 19 April 2007
- ^ History - Royal Brunei Navy - Retrieved 19 April 2007
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi Angkatan tentera laut Diraja Brunei. Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine
- (Inggeris)Laman rasmi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Diarkibkan 2007-04-28 di Wayback Machine