Tertier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Peristiwa-peristiewa Senozoik
view • discuss • edit
-70 —
-60 —
-50 —
-40 —
-30 —
-20 —
-10 —
0 —
Garis masa anggaran bagi peristiwa-peristiwa Senozoik.
Skala paksi: juta tahun sebelum masa kini.

Tertier merupakan istilah yang lapuk secara rasmi tetapi masih digunakan secara meluas untuk kala geologi dari 65 juta ke 1.806 juta tahun dahulu, iaitu jangka masa yang terletak di antara kala Sekunder dan Kuaterner. Tertier tidak lagi diterima sebagai unit formal oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa,[1][2][3][4] yang mana jangka masanya terbahagi kepada Kala Paleogen dan Neogen, dan peringkat pertama Pleistosen di Era Senozoik.

Kala ini bermula dengan kepupusan dinosaur bukan avian pada peristiwa kepupusan Usia Kapur–Paleogen, di permulaan Era Senozoik, dan menjangkau hingga bermulanya pengglasieran Kuaterner di penghujung epok Pliosen. Tertier turut merangkumi awal Pleistosen.

Peristiwa geologi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan tektonik berterusan sementara Gondwana akhirnya berpecah sama sekali, dan India bertembung dengan plat Eurasia.

Amerika Selatan bersambung dengan Amerika Utara menjelang penghujung Tertier Tertiary, dan ini menyebabkan perubahan iklim pada pertengahan hingga lewat Tertier.

Antartika — yang sudah pun berpisah — terhanyut ke kedudukan masa kininya di Kutub Selatan pada era ini. Kegiatan gunung berapi berleluasa pada zaman ini.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Iklim sewaktu zaman Tertier mendingin perlahan-perlahana, bermula di Paleosen dengan suhu sedunia tropika ke sederhana dan berakhir sebelum pengglasieran berleluasa yang pertama di permulaan Kuaterner.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ K. M. Cohen (January 2013). "International Chronostratigraphic Chart" (PDF). International Commission on Stratigraphy.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  2. ^ Ogg, James G.; Gradstein, F. M; Gradstein, Felix M. (2004). "1: Chronostratigraphy: linking time and rock". A geologic time scale 2004. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 45. ISBN 0-521-78142-6. 
  3. ^ Gradstein, Felix M. "On the Geologic Time Scale 2008" (PDF). International Commission on Stratigraphy. m/s. 5. Dicapai 18 December 2013.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  4. ^ Vandenberghe, N. (2012). "28: The Paleogene Period". dalam Felix M. Gradstein, James G. Ogg, Mark D. Schmitz and Gabi M. Ogg. The geologic time scale 2012 (edisi 1st ed.). Amsterdam: Elsevier. m/s. 856. ISBN 978-0-44-459425-9.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)